ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  ​CROWN BIOSCIENCE MENGEMBANGKAN KOLEKSI PDX DENGAN PEMEROLEHAN MODEL UNIK DARIPADA PUSAT PERUBATAN AKADEMIK UTAMA

Thursday 09/04/2020



Perjanjian dengan CoMotion di University of Washington dan Dana-Farber Cancer Institute menambahkan model kanser prostat dan limfoma baharu kepada koleksi PDX terbesar dunia

SAN DIEGO, 9 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Crown Bioscience hari ini mengumumkan pengembangan strategik koleksi PDX mereka melalui perjanjian baharu dengan CoMotion di University of Washington dan Dana-Farber Cancer Institute. Perjanjian ini akan memberikan model kanser prostat dan limfoma yang amat diperlukan, kepada komuniti pembangunan ubat onkologi masing-masing.

Model PDX merupakan model in vivo praklinikal paling boleh diterjemah yang tersedia buat masa ini dan merupakan model pilihan untuk penemuan dan pembangunan ubat onkologi praklinikal. Namun, sesetengah PDX mungkin sukar diterbitkan daripada penunjuk khusus, termasuk kanser prostat, manakala mutasi klinikal lain yang berkaitan kurang diwakili dalam koleksi PDX semasa.

Lesen CrownBio dengan CoMotion di University of Washington akan mengembangkan bilangan model PDX kanser prostat yang tersedia kepada pasaran secara ketara. Meluaskan koleksi PDX kanser prostat yang diwujudkan CrownBio, panel PDX LuCaP baharu ini akan menyediakan pelbagai model yang berkaitan secara klinikal termasuk kanser prostat tahan pengembirian yang sukar dirawat, PDX dengan ketahanan kepada agen sasaran seperti abiraterone dan enzalutamide, dan model dengan penyakit yang berkaitan profil ekspresi reseptor androgen termasuklah Arv7.

Kerjasama dengan Dana-Farber Cancer Institute akan membawakan pelbagai jenis limfoma kepada portfolio CrownBio, termasuk T/NK, sel mantel dan limfoma folikular, serta DLBCL daripada pesakit refraktori atau relaps. Model yang menampilkan sasaran ubat biasa juga disertakan, seperti PDX kanser otak dengan mutasi IDH1 dan PDX SCC NSCLC yang menampilkan pengubahan kinase tirosina reseptor yang penting kepada penemuan ubat disasarkan.

“Melalui perjanjian menarik ini kami dapat menyediakan PDX yang berciri baik untuk menyelidik bahagian yang lebih banyak model sangat diperlukan,” kata Dr. Davy Ouyang, Naib Presiden, Penyelidikan Saintifik & Inovasi CrownBio. “CrownBio adalah mantap sebagai pemimpin global dalam teknologi PDX dan koleksi model Barat kami akan dikukuhkan secara ketara melalui tambahan ini, membolehkan pangkalan pelanggan global kami akses yang lebih luas kepada model canggih terkini.”

Model baharu kini akan dikembangkan dalam syarikat di CrownBio, dimasukkan dalam biobank, dan dicirikan, sebelum dijadikan tersedia untuk pelbagai kajian onkologi dan imuno-onkologi. Ini termasuk penilaian keberkesanan, percubaan klinikal mencit, penilaian terapi sel CAR-T, pemanusiaan dan pembangunan organoid.

Perihal Crown Bioscience Inc.

Crown Bioscience, sebuah syarikat JSR Life Sciences, merupakan sebuah syarikat perkhidmatan penemuan dan pembangunan ubat global yang menyediakan platform translasi untuk memajukan kajian onkologi, keradangan, penyakit metabolisme. Dengan portfolio menyeluruh bagi model berkaitan dan alat ramalan, Crown Bioscience membolehkan pelanggan menyampaikan calon klinikal yang superior. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati:

· https://www.crownbio.com
Perihal University of Washington dan CoMotion

Dinilai oleh Reuters sebagai universiti awam #1 yang paling inovatif di dunia, University of Washington (UW) merupakan penerima utama penyelidikan dana persekutuan, menghasilkan inovasi yang mempunyai kuasa untuk mengubah dunia—daripada alternatif bahan api bio, kepada rawatan lebih berkesan untuk penyakit Alzheimer dan kanser otak, sehinggalah teknologi penulenan untuk air minum di kawasan yang membangun. CoMotion di UW ialah hab inovasi kolaboratif yang didedikasikan untuk mengembangkan impak ekonomi global dan sosial komuniti UW. Dengan membangunkan dan berhubung dengan ekosistem inovasi setempat dan global, CoMotion membantu penginovasi mencapai impak terbesar daripada idea dan penemuan mereka.
Cari maklumat lanjut di https://comotion.uw.edu.

Pertanyaan Media:
Crown Bioscience
Jody Barbeau
Crown Bioscience Inc.
pr@crownbio.com

CoMotion di University of Washington
Donna O’Neill
donnao3@uw.edu

SUMBER: Crown Bioscience

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.