ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  HYTERA SECARA AKTIF MENGAMBIL BAHAGIAN DI DALAM BERJUANG MEMERANGI COVID-19, MEMBANTU UNTUK MENCEGAH JANGKITAN BERSILANG

Monday 13/04/2020



Table
Sejumlah 1 juta topeng telah disumbangkan oleh Hytera kepada Filipina, Thailand, Myanmar, Rusia, Afrika Selatan dan negara-negara lain. (Foto: Business Wire)​

SHENZHEN, China, 13 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Setakat 9 April, 2020, lebih daripada 1.5 juta orang telah didiagnosis dengan COVID-19 di seluruh dunia, demikian menurut data daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Pada detik yang kritikal ini, Hytera, sebagai sebuah penyedia terkemuka dunia bagi rangkaian komunikasi tanpa wayar profesional dan persendirian, telah mengambil tindakan segera untuk menyediakan produk yang pelbagai dalam sumbangan dan sokongan perkhidmatan kepada negara-negara dan wilayah yang menghadapi wabak COVID-19 yang serius. Di samping itu, syarikat itu juga dengan pantas telah menugaskan kilang pengeluaran pintar mereka untuk beralih kepada pengeluaran topeng muka. Sebanyak 1 juta topeng telah disumbangkan oleh Hytera kepada Filipina, Thailand, Myanmar, Rusia, Afrika Selatan dan negara-negara lain.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200409005427/en/
 
Satu daripada nilai-nilai teras bagi komunikasi tanpa wayar profesional dan persendirian adalah untuk menyediakan komunikasi kritikal dan arahan dan sokongan penghantaran kepada kerajaan dan agensi tindak balas pertama bagi membantu memastikan keselamatan orang awam semasa keadaan kritikal.

Di peringkat global, penyelesaian perniagaan Hytera telah digunakan di lebih daripada 120 buah negara dan wilayah, dan digunakan dalam komunikasi persendirian untuk keselamatan awam, pengangkutan, penyelamatan kecemasan dan perkhidmatan operator untuk melawan COVID-19. Pada masa ini, banyak hospital dan pihak berkuasa polis di Sepanyol, United Kingdom, Filipina, dan Korea sedang memerangi wabak itu dengan sokongan penyelesaian komunikasi Hytera. Di Abu Dhabi, satu perintah berkurung telah dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha pencegahan semasa wabak itu. Polis menggunakan radio termaju pelbagai mod Hytera untuk membantu mengawal pergerakan orang ramai di kawasan awam.

Hytera sedang memperkasakan orang ramai untuk mengurus dan menyelesaikan keadaan kelam-kabut yang dicetuskan oleh wabak COVID-19, dan memberikan perlindungan untuk mencegah jangkitan bersilang di kalangan pegawai kastam yang menjalankan pemeriksaan sempadan, pegawai kerajaan yang membincangkan program anti-wabak dan menjalankan penyeliaan, polis yang memantau dan menjalankan pemeriksaan di pintu masuk semasa wabak itu, agensi penyelamat yang menggerakkan bahan-bahan pencegahan wabak dan kakitangan perubatan yang menghadapi penyakit itu di barisan hadapan.

Sebagai sebuah syarikat perkilangan dengan keupayaan pengeluaran pintar yang bertaraf dunia, sejak 10 Februari, Hytera telah memanfaatkan dengan pesat kelebihan mereka di dalam pengeluaran pintar dan integrasi rantaian bekalan bagi mewujudkan tiga barisan pengeluaran untuk pengeluaran topeng muka.

Selain usaha yang terserlah di atas, Hytera juga telah membangunkan Penyelesaian Pencegahan Pandemik mereka yang memberi tumpuan kepada menyokong pemeriksaan sempadan kastam, pengurusan hospital dan pemeriksaan perusahaan, yang akan dipasarkan sekitar 10 April.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200409005427/en/

Hubungi

Shaowa Cai
Shaowa.cai@hytera.com

Sumber : Hytera

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.