LONDON, 14 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sebuah syarikat permulaan keselamatan siber di United Kingdom,
swIDch, telah mengumumkan satu teknologi alternatif untuk mengatasi batasan bagi kad-kad tanpa nombor dengan menggunakan PAN (nombor akaun utama) dinamik, dengan itu mewujudkan sebuah persekitaran keselamatan baharu di dalam proses pembayaran.
Menghapuskan nombor pada kad-kad pembayaran meningkatkan keselamatan jika pelanggan hilang kad mereka. Walau bagaimanapun, penggodam boleh mengeksploitasi kelemahan melalui pembayaran dalam talian.
Kad tanpa nombor nampaknya merupakan satu trend baharu di dalam kewangan yang digabungkan dengan pertumbuhan perkhidmatan e-dompet yang cukup besar. Kad kredit Apple, GrabPay di Asia dan beberapa Fintech Eropah merancang untuk melancarkan produk itu dengan faedah yang sama. Tujuan bagi kad tanpa nombor itu adalah untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan. Ia mengurangkan risiko bagi kehilangan maklumat peribadi apabila kad itu jatuh ke tangan orang lain. Walau bagaimanapun, apabila ia menggunakan pembayaran dalam talian, bukti kelayakan pelanggan masih berisiko untuk menjadi sasaran bagi penipuan CNP (Kad Tidak Hadir). Ini adalah kerana maklumat kad bagi pelanggan itu adalah statik.
Untuk pembayaran dalam talian, pelanggan sering kali diminta untuk memasukkan maklumat kad mereka. Bagi mereka yang mempunyai kad tanpa nombor, mereka boleh melihat nombor kad mereka di dalam App pengeluar. Dalam prosedur ini, PAN statik boleh didedahkan kepada penggodam dan pemegang kad menjadi mangsa bagi penipuan CNP. Akibat lain daripada penggunaan PAN statik adalah serangan BIN (Nombor Pengenalan Bank) yang membiarkan penjenayah siber mengetahui nombor BIN dan secara sistematik berpotensi menjanakan nombor kad yang sah.
Untuk mengelakkan penipuan CNP, penyedia e-dompet menggunakan teknologi tokenisasi untuk menggantikan data sensitif bagi pembayaran mudah alih. Walau bagaimanapun, hanya 35% daripada pedagang dalam talian telah mengintegrasikan teknologi ini, manakala selebihnya terdedah kepada penipuan CNP.
Walaupun sebahagian bank menggunakan kad maya yang boleh guna sebagai satu penyelesaian, kos untuk mengekalkan perkhidmatan ini adalah sangat mahal. Bagaimana jika pelanggan boleh menjanakan kad maya dinamik tanpa sambungan internet bagi setiap urus niaga dalam talian yang mengurangkan kos untuk bank?
swIDch telah memperkenalkan teknologi PAN Maya Dinamik untuk perniagaan yang menawarkan satu penyelesaian kad tanpa nombor. Teknologi yang dipatenkan ini adalah sebuah penyelesaian keselamatan CNP yang lengkap yang dipacu oleh API yang menggantikan statik dengan PAN dinamik serta menghapuskan titik akses bagi penggodam.
swIDch juga membangunkan sebuah ‘Kad paparan digital’ yang dibolehkan secara biometrik yang menunjukkan sebuah nombor kad dinamik untuk pengesahan. Kad itu tidak mempunyai bateri dan sebaliknya menggunakan sistem penuaian tenaga untuk menarik kuasa dari peranti NFC. Syarikat itu merancang untuk melancarkan kad digital baharu itu pada Jun 2020 dengan kerjasama pengeluar-pengeluar kad
Galeri Foto/Multimedia Tersedia:
https://www.businesswire.com/news/home/52201949/enHubungiswIDch Ltd.
Su Hyun Luquet
+44-7951-409-765
info@swidch.comSumber : swIDch Ltd.Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.--BERNAMA