Kioxia Corporation: Pelancaran produk pengguna berjenama “KIOXIA” (Foto: Business Wire)Lihat dan rasa yang bertenaga mencerminkan kualiti, prestasi dan kebolehpercayaan tinggi yang telah diketahui dan dipercayai oleh pengguna
TOKYO, 15 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kioxia Corporation, pemimpin dunia di dalam penyelesaian ingatan, amat berbangga untuk mengumumkan pelancaran produk pengguna berjenama “KIOXIA”, termasuk kad ingatan mikroSD/SD, ingatan USB dan SSD. Kioxia dan syarikat kumpulan mereka mula beroperasi di bawah nama syarikat baharunya pada 1 Oktober 2019. Selepas pertukaran jenama bagi produk perniagaan ke perniagaan mereka, Kioxia akan melancarkan produk pengguna dengan satu penampilan yang sama sekali baharu pada April 2020.
[1]Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200414006160/en/ Dengan portfolio kad ingatan mikroSD/SD, ingatan USB dan SSD mereka yang komprehensif, Kioxia menawarkan produk pengguna yang direka khusus untuk membolehkan pengguna akhir menyimpan cara hidup digital mereka di mana sahaja dan pada bila-bila masa yang mereka mahukan. Produk pengguna Kioxia terutamanya ditumpu dan dioptimumkan untuk digunakan dengan telefon pintar, tablet dan komputer meja, kamera digital dan lebih banyak lagi.
Dengan produk pengguna baharu mereka, Kioxia memberikan penekanan untuk mengekalkan standard kualiti, prestasi dan kebolehpercayaan cemerlang yang sama seperti yang telah diketahui dan dipercayai oleh pengguna daripada barisan produk Toshiba Memory yang terkenal sebelum ini. Kioxia akan terus berusaha untuk mempertahankan standard tinggi, dan dedikasi mereka terhadap pengembangan dan pengeluaran bagi penyelesaian penyimpanan kilat berinovatif yang terkemuka dalam kelasnya untuk memenuhi permintaan pelanggan yang sentiasa berubah.
Kioxia memberikan suatu pengalaman menggembirakan yang direalisasikan oleh satu penampilan baharu bagi produk ingatan. Reka bentuk produk dan pakej mempunyai satu reka bentuk yang segar dan berwarna-warni moden yang mencerminkan visi Kioxia sebagai sebuah pengeluar ingatan kilat persendirian. Setiap produk mengandungi satu warna tertentu (Biru Muda, Magenta, Kuning, Kelabu Cerah, Hijau Muda, Oren) yang digunakan untuk menjadikannya sangat dikenali dan lebih mudah daripada sebelumnya bagi pelanggan untuk memilih produk yang tepat bagi aplikasi unik mereka.
Di bawah nama baharu itu, Kioxia sangat memberi tumpuan kepada inovasi dan lebih tangkas daripada sebelumnya untuk menyampaikan teknologi kilat baharu yang menarik, bagi memberikan lebih banyak pilihan dengan semua barisan produk kami bagi pelanggan dan membolehkan pengguna akhir di mana sahaja untuk mendapat manfaat daripada penyelesaian ingatan Kioxia. Misi Kioxia adalah untuk menciptakan suatu pengalaman yang menggembirakan dan mengubah dunia dengan mengembangkan “ingatan”.
Produk pengguna berjenama KIOXIA akan dilancarkan oleh pengedar Kioxia dari April 2020. Untuk ketersediaan di kawasan anda, sila hubungi pihak Kioxia anda yang terdekat.
[1]Sila ikuti pautan itu untuk maklumat lanjut mengenai produk pengguna berjenama KIOXIA yang baharu itu.
https://personal.kioxia.com Nota
[1] Ketersediaan/barisan produk mungkin berbeza mengikut wilayah. Pelancaran di Jepun dijadualkan pada pertengahan Mei.
* Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan yang dinyatakan di dalam ini adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
Maklumat mengenai Kioxia
Kioxia adalah sebuah peneraju dunia di dalam penyelesaian ingatan, berdedikasi kepada pembangunan, pengeluaran dan penjualan ingatan kilat dan pemacu keadaan pepejal (SSD). Pada April 2017, syarikat yang terdahulu Toshiba Memory telah dijual dari Toshiba Corporation, syarikat yang telah mencipta ingatan kilat NAND pada tahun 1987. Syarikat ini mempelopori penyelesaian dan perkhidmatan ingatan canggih yang memperkayakan kehidupan orang ramai dan memperluas lingkungan atau batas masyarakat yang lebih luas. Teknologi ingatan kilat 3D Kioxia yang berinovatif, BiCS FLASH™, sedang membentuk masa hadapan bagi penyimpanan di dalam aplikasi berkepadatan tinggi, termasuk telefon pintar canggih, komputer meja, SSD, automotif dan pusat data.
Pertanyaan Pelanggan:
https://personal.kioxia.com/support/*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200414006160/en/HubungiPertanyaan Media:
Kioxia Corporation
Bahagian Perancangan Strategik Jualan
Koji Takahata
Tel: +81-3-6478-2404
Sumber : Kioxia CorporationTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA