ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 10, 2024 -Jumaat

 
  PMI DAN PEARSON VUE KINI MENAWARKAN PILIHAN UJIAN DALAM TALIAN BAGI PEPERIKSAAN PENSIJILAN PROFESIONAL PENGURUSAN PROJEK (PMP)®

Friday 17/04/2020



Menggunakan perisian ujian diawasi dalam talian OnVUE Pearson VUE, calon-calon PMP kini boleh mengambil peperiksaan mereka secara dalam talian mengikut keselesaan mereka

PHILADELPHIA, 17 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Bermula hari ini, Project Management Institute (PMI) kini menawarkan kepada kalangan profesional projek dengan keupayaan untuk menjadualkan dan mengambil peperiksaan Profesional Pengurusan Projek (PMP)® mereka secara dalam talian dari rumah atau pejabat mereka. Peperiksaan PMP itu kini menyertai dua peperiksaan pensijilan PMI yang lain yang boleh diambil oleh kalangan profesional secara dalam talian: peperiksaan pensijilan PMI Agile Certified Practitioner (PMI-ACP) dan Certified Associate in Project Management (CAPM).

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200416005135/en/

Calon-calon akan mengambil peperiksaan itu secara dalam talian dengan menggunakan perisian ujian diawasi dalam talian OnVUE Pearson VUE. Seperti ujian berasaskan pusat, ujian diawasi dalam talian memerlukan calon untuk dipantau oleh seorang proktor. Walau bagaimanapun, proktor itu akan berada di luar lokasi dan akan memantau calon-calon secara langsung melalui mikrofon dan kamera web peranti mereka dengan bantuan Kecerdasan Buatan (AI). Calon-calon masih perlu menjadualkan peperiksaan dalam talian mereka lebih awal, tetapi temu janji ditawarkan 24/7 oleh itu calon-calon dapat mencari waktu yang sesuai dengan jadual mereka.

“Dalam tempoh masa yang tidak menentu ini, kami bekerja dengan tekun untuk menyediakan kepada anggota dan calon-calon pensijilan dengan sumber yang mereka perlukan untuk melabur di dalam pengembangan profesional mereka,” kata Michael DePrisco, naib presiden, pengalaman & penyelesaian global di PMI. “Ujian diawasi dalam talian untuk peperiksaan PMP adalah satu langkah yang penting di dalam perjalanan itu. Ia sentiasa termaktub dalam masa depan kami, tetapi kami mengutamakannya sekarang untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat kita. Usaha ini, yang akan memberikan impak yang positif dalam tempoh jangka panjang berhubung pengalaman pengujian PMI, tidak akan mungkin dilakukan tanpa kepakaran dan perkongsian Pearson VUE.”

Selain diawasi secara jarak jauh dan secara langsung dengan dibantu oleh AI, yang termasuk keupayaan proktor untuk dengan segera menamatkan sesuatu sesi jika salah laku dikesan, PMI dan Pearson VUE telah melaksanakan satu program forensik data yang ketat untuk mengenal pasti dan bertindak di atas isu-isu salah laku dan masalah kesahan yang lain. Selain itu, semua calon mesti melengkapkan proses daftar masuk sendiri secara maya, yang merangkumi pengesahan pengenalan AI yang dipertingkatkan dan padanan muka dengan foto.

“Perjanjian ini adalah bukti kepada platform pengawasan dalam talian Pearson VUE, OnVUE, dalam memenuhi syarat ketat PMI, persatuan terkemuka di dunia bagi profesional pengurusan projek,” kata Eric D'Astolfo, naib presiden, pengembangan perniagaan di Pearson VUE. “Kami amat berbangga kerana sekarang dapat menambahkan pensijilan PMP - yang diiktiraf sebagai standard emas bagi profesional pengurusan projek - kepada pensijilan PMI yang lain yang mana kami menyediakan penyampaian peperiksaan secara dalam talian. Kami amat berbangga untuk menawarkan satu penyelesaian yang membolehkan calon-calon untuk terus maju di dalam mendapatkan sijil mereka sepanjang tempoh masa ini.”

Untuk maklumat lanjut mengenai pengalaman ujian diawasi dalam talian dan cara bagaimana untuk menjadualkan peperiksaan diawasi dalam talian PMP anda, sila klik di sini.

Maklumat mengenai Project Management Institute (PMI)

Project Management Institute (PMI) adalah persatuan yang terkemuka di dunia bagi mereka yang menganggap pengurusan projek, program atau portfolio sebagai profesion mereka. Melalui sokongan, kerjasama, pendidikan dan penyelidikan global, kami berusaha untuk mempersiapkan lebih daripada tiga juta profesional di seluruh dunia bagi Ekonomi Projek Itu: ekonomi yang akan datang di mana kerja, dan individu, dirancang mengikut projek, produk, program dan aliran nilai. Merayakan ulang tahun ke-50 penubuhannya, kami bekerja di hampir setiap negara di dunia untuk memajukan kerjaya, meningkatkan kejayaan organisasi dan memajukan lagi profesion pengurusan projek melalui piawaian, pensijilan, komuniti, sumber, peranti, penyelidikan akademik, penerbitan, kursus pembangunan profesional dan peluang-peluang rangkaian yang diiktiraf di peringkat global. Sebagai sebahagian daripada keluarga PMI, ProjectManagement.com mewujudkan komuniti global dalam talian yang menyampaikan lebih banyak sumber, peranti yang lebih baik, rangkaian yang lebih besar dan perspektif yang lebih meluas. Layari kami di www.PMI.orgwww.projectmanagement.comwww.facebook.com/PMInstitute  dan di Twitter @PMInstitute.

Maklumat mengenai Pearson VUE

Pearson VUE telah menjadi sebuah pelopor di dalam industri pengujian berasaskan komputer selama beberapa dekad, dengan menyampaikan lebih daripada 16 juta peperiksaan pensijilan dan perlesenan setiap tahun di setiap industri dari akademik dan kemasukan ke IT dan penjagaan kesihatan. Kami adalah peneraju dunia di dalam membangun dan menyampaikan peperiksaan bertaraf tinggi melalui rangkaian paling komprehensif di dunia dengan hampir 20,000 pusat ujian yang sangat terjamin serta ujian dalam talian yang selamat di lebih 180 buah negara. Kepimpinan kami di dalam industri penilaian adalah hasil daripada perkongsian kerjasama kami dengan pelbagai pelanggan, dari firma teknologi terkemuka hingga kepada kerajaan dan agensi pengawalseliaan. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari PearsonVUE.com.
 
Lihat sumber versi di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200416005135/en/

Hubungi

Rachael Ballard, 443-618-7014 atau Rachael.ballard@pmi.org

Sumber : Project Management Institute
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.