ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  IMU BEKERJASAMA DENGAN FUSIONEX UNTUK MENGINTEGRASIKAN TEKNOLOGI DIGITAL BAGI MENINGKATKAN PENDIDIKAN DAN PENYELIDIKAN PERUBATAN

Monday 20/04/2020



Table
Pejabat Adi Wira Fusionex (Foto: Business Wire)

KUALA LUMPUR, Malaysia 20 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pakar teknologi data terkemuka yang memenangi pelbagai anugerah Fusionex dengan kerjasama bersama institusi pendidikan perubatan dan sains kesihatan persendirian perintis Malaysia Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) menggabungkan teknologi digital canggih ke dalam program peringkat siswa universiti itu dalam satu inisiatif untuk menyokong peningkatan permintaan bagi kesihatan digital sebagai akibat langsung daripada pandemik Covid-19.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200417005172/en/

Kedua-dua pihak telah menyatakan komitmen mereka sepenuhnya terhadap inisiatif ini melalui penandatanganan satu Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Timbalan Naib Canselor IMU Profesor Peter Pook dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex, Dato’ Seri Ivan Teh semasa Forum Analisis Data Besar Penjagaan Kesihatan.

Kerjasama ini akan menyaksikan Analisis Data Besar dan Kecerdasan Buatan (AI) Fusionex dilaksanakan dalam pelbagai aspek penyelidikan dan pengembangan perubatan untuk menawarkan pandangan yang tidak ternilai, mengurangkan tempoh masa bagi diagnostik dan rawatan, dan mempercepatkan penemuan kejayaan yang cemerlang di dalam penyelidikan perubatan. Pendekatan digital ini ke dalam  bidang perubatan akan membolehkan pelajar dan pendidik untuk terus mengikuti perkembangan terkini mengenai penyebaran penyakit, menerima pendidikan kesihatan yang lebih baik dan lebih pantas, mengekalkan komunikasi yang konsisten dan meningkatkan langkah membuat keputusan berdasarkan kepada pandangan pintar dan holistik.

Bagi melengkapkan penyedia penjagaan kesihatan di masa hadapan dengan set kemahiran dan pengetahuan yang betul, kerjasama itu akan menyaksikan teknologi data canggih disepadukan ke dalam lima program IMU peringkat siswa. Program-program ini adalah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian), BSc (Kepujian) dalam Bioteknologi Perubatan, BSc (Kepujian) dalam Dietetik dengan Pemakanan, BSc (Kepujian) dalam Pemakanan, dan BSc (Kepujian) dalam Sains Bioperubatan. Program-program ini akan memberikan empat hasil: satu gambaran keseluruhan berhubung kitaran hidup analisis, bagaimana analisis menyumbang kepada industri penjagaan kesihatan, mengapa membuat keputusan berdasarkan data adalah kunci bagi sesebuah organisasi, dan bagaimana penggunaan kemahiran analisis dan AI yang berkesan dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan penjagaan kesihatan.

Di samping itu, MoA itu akan membolehkan Fusionex untuk menyediakan jurulatih, saintis data dan pakar-pakar bahan pelajaran untuk mendidik dan membantu IMU dari jarak jauh melalui Akademi Fusionex. Langkah ini akan melengkap dan mendedahkan fakulti itu kepada kelebihan Data Besar melalui pelajaran yang mendalam dan aplikasi praktikal untuk memupuk pakar-pakar kesihatan digital generasi akan datang.

“Berhadapan dengan krisis Covid-19, penjagaan kesihatan bergerak pantas ke arah penggunaan yang lebih besar bagi teknologi digital yang lebih canggih dan bertujuan. Dengan penggunaannya, tidak diragukan lagi bahawa ia akan sangat membantu bidang perubatan mengatasi sebarang krisis kesihatan massa yang mungkin meletus, seperti pandemik Koronavirus yang sedang kita hadapi sekarang. Oleh itu, kami komited sepenuhnya untuk berpadu tenaga dengan IMU bagi memupuk penyedia penjagaan kesihatan masa hadapan yang dapat menggunakan sepenuhnya teknologi berinovatif untuk menyelamatkan nyawa,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex, Dato’ Seri Ivan Teh.

Maklumat mengenai Fusionex

Fusionex adalah sebuah penyedia teknologi data yang telah mantap yang memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam Analisis, Data Besar, IR 4.0, Pembelajaran Mesin dan Kecerdasan Buatan. Penawaran mereka adalah tertumpu kepada membantu pelanggan membuka nilai dan memperolehi wawasan daripada data. Dipaparkan di Forbes, Bloomberg, Gartner, IDC, Forrester, Edison dan Huffington Post, Fusionex adalah syarikat Analisis Data Besar yang terbesar dan pemimpin pasaran di ASEAN, dengan membawa platform paling canggih, berinovatif dan dipacu oleh kejayaan data kepada pelanggan mereka (termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, syarikat FTSE, konglomerat besar dan juga pelbagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS)) yang merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Pasifik. Fusionex juga adalah merupakan sebuah syarikat MDEC GAIN serta sebuah penerima anugerah MGS.

Laporan 2018 Gartner mengenai Analisis Moden dan Kecerdasan Perniagaan telah menyenarai pendek dan memuji platform teknologi data Fusionex. Di samping itu, Fusionex telah dikenal pasti sebagai sebuah Pemain Utama di dalam Laporan MarketScape IDC untuk Data Besar & Analisis. Fusionex adalah satu-satunya syarikat yang berpangkalan di ASEAN yang dipaparkan di dalam kedua-dua laporan tersebut, sekali gus mengesahkan kelayakan mereka di dalam pasaran teknologi data untuk rantau ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fusionex, sila layari www.fusionex-international.com

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200417005172/en/

Hubungi

Media:
Nancy Baker
nancy@international-marketinsights.com

Sumber : Fusionex

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.