Leo Hiroshi Nagatake menerajui syarikat itu dari 1 April 2020.
SINGAPURA, 23 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Topcon Singapore Medical Pte. Ltd. (“TSM”) telah mengumumkan bahawa Leo Hiroshi Nagatake, yang pada masa ini menerajui Topcon Healthcare Solutions Asia Pasifik (“THSAP”), telah dilantik sebagai pengarah urusan TSM yang baharu. Leo menggantikan Calvin Lee, bekas pengarah urusan bagi TSM, yang bersara pada akhir Mac 2020.
“Saya sangat berbesar hati dan amat teruja dengan peranan baharu ini. Saya akan melakukan yang terbaik untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada pelanggan di Asia bukan sahaja dengan menyediakan peralatan oftalmik, tetapi juga dengan penyelesaian yang membantu pelanggan untuk menangani masalah mereka. Untuk lebih memahami titik-titik kesakitan pelanggan, kami semua komited untuk bermula dengan meningkatkan titik hubungan pelanggan dan mendengar lebih banyak lagi daripada mereka.” kata Leo. Sebagai seorang pemimpin THSAP, Leo selanjutnya berkata, “Dengan memanfaatkan aktiviti masa lampau THSAP di Asia, kami sekarang sudah bersedia untuk mula menyediakan penyelesaian digital di kebanyakan negara di Asia. Kami percaya ini akan membuktikan kedudukan Topcon sebagai penyedia penyelesaian terkemuka serta mengubah proposisi nilai kami di dalam industri penjagaan mata seiring dengan rancangan jangka pertengahan global Topcon.”
“Dengan Identiti Korporat yang baharu bagi perniagaan Penjagaan Mata kami, ‘Topcon Healthcare – Melihat Kesihatan Mata Dengan Cara Yang Berbeza,’ kami pada masa ini berhadapan dengan jangkaan yang semakin meningkat ke arah penawaran digital dan penyelesaian,” kata Fumio Ohue, Pegawai Eksekutif Urusan dan Pengurus Besar bagi Bahagian Perniagaan Penjagaan Mata di Topcon Corporation. “Saya mengharapkan satu perubahan perniagaan yang hebat akan berada di bawah kepimpinan baharu beliau.”
Leo seterusnya berkata, “Ketika mengambil kira amalan global masa kini bagi ‘Penjarakan Sosial’ yang disebabkan oleh COVID-19, dunia sangat memerlukan satu penyelesaian jarak jauh, berautomatik dan kendiri dan peralatan yang berkaitan di dalam bidang oftalmologi, optometri dan optisianri. Kami sekarang lebih menekankan pentingnya untuk menggunakan penyelesaian sedemikian dengan kadar segera.”
Maklumat mengenai perniagaan Topcon Healthcare di Asia
Topcon adalah sebuah pengeluar peralatan diagnostik komprehensif di dalam komuniti penjagaan mata di seluruh dunia. Topcon Singapore Medical dan Topcon Healthcare Solutions Asia Pasifik, kedua-duanya berpusat di Singapura, menyediakan bukan sahaja perkakasan oftalmik tetapi juga penyelesaian penjagaan mata digital yang canggih seperti tele-oftalmologi/optometri dan penyelesaian pengurusan data berasaskan awan kepada pelanggan di seluruh Asia. Untuk memastikan anda sentiasa dikemas kini dengan kerjasama Topcon di masa hadapan, sila layari
https://www.facebook.com/THSAsiaPacific/.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200422005048/en/HubungiAlvin Su
Pengurus Pemasaran Produk
Topcon Singapore Medical Pte. Ltd.
Telefon: +65-6872-0606
E-mel:
medical_sales@topcon.com.sgURL Syarikat:
http://www.topcon.com.sg/Sumber : Topcon Singapore Medical Pte. Ltd.Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA