ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  MHPS MENGUMUMKAN NAMA SYARIKAT BAHARU "MITSUBISHI POWER"

Monday 27/04/2020



Table
Logo Jenama Korporat bagi Mitsubishi Power

-- Penyahkarbonan Kuasa Elektrik bagi sebuah Masa Depan yang Lestari --

YOKOHAMA, Jepun, 27 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mitsubishi Hitachi Power Systems, Ltd. (MHPS), sebahagian daripada Kumpulan Mitsubishi Heavy Industries  (MHI), hari ini mengumumkan nama syarikat baharu mereka, Mitsubishi Power, dan akan juga menggunakan sebuah logo jenama korporat yang baharu. Dengan nama baharu mereka, Mitsubishi Power akan berusaha untuk meningkatkan reputasi mereka di seluruh dunia sebagai satu daripada syarikat yang membolehkan penyahkarbonan bagi kuasa elektrik.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200424005210/en/

Mitsubishi Power, sebagai satu daripada anak syarikat teras bagi Kumpulan MHI, menawarkan teknologi canggih dan penyelesaian tenaga bagi industri kuasa, dengan menyokong bekalan kuasa yang mampu milik dan boleh dipercayai di wilayah-wilayah di seluruh dunia. Selanjutnya, dengan menyediakan teknologi baharu untuk mengurang dan menghapuskan pelepasan CO2  pada titik bagi penjanaan dan penyimpanan kuasa, Mitsubishi Power adalah satu peserta penting di dalam mewujudkan sebuah ekonomi yang nyahkarbon dan membantu untuk menyelesaikan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat global.

Nama Syarikat Baharu

Mitsubishi Power, Ltd.

Logo Jenama Korporat

Logo jenama baharu itu menggabungkan tiga tanda berlian figuratif bagi Mitsubishi dengan nama syarikat dalam Bahasa Inggeris. Fon logo itu, sebuah reka bentuk moden yang bulat dalam rupa huruf gothik, telah digunakan untuk menyampaikan sebuah imej bagi teknologi penjanaan kuasa termaju dan mesra alam yang ingin ditawarkan oleh Mitsubishi Power, dan pada masa yang sama menyatakan satu pendirian korporat untuk bertindak balas secara fleksibel kepada perubahan masyarakat.

Syarikat itu telah merancang untuk menukar nama mereka berikutan pemindahan kesemua saham yang dipegang oleh Hitachi, Ltd. kepada Mitsubishi Heavy Industries, Ltd. Mitsubishi Power akan mula beroperasi dengan nama baharu itu setelah ia mendapat persetujuan daripada pihak berkuasa antipakat di beberapa buah negara, dan prosedur yang diperlukan bagi pemindahan saham telah selesai.

Syarikat-syarikat Kumpulan

Sila layari https://www.mhps.com/news/pdf/20200424.pdf

Maklumat mengenai Mitsubishi Hitachi Power Systems, Ltd.
Mitsubishi Hitachi Power Systems, Ltd. (MHPS), yang beribu pejabat di Yokohama, Jepun, adalah sebuah usaha sama yang dibentuk pada Februari 2014 oleh Mitsubishi Heavy Industries, Ltd. dan Hitachi, Ltd. yang mengintegrasikan operasi mereka di dalam sistem penjanaan kuasa terma dan perniagaan lain yang berkaitan. MHPS hari ini berada di antara pembekal terkemuka dunia bagi peralatan dan perkhidmatan untuk pasaran penjanaan kuasa, dengan disokong oleh 100 bilion yen di dalam modal dan kira-kira 20,000 orang pekerja di seluruh dunia. Produk Syarikat itu termasuk GTCC (kitaran gabungan turbin gas) dan IGCC (kitaran gabungan penggasan arang batu bersepadu), loji kuasa, loji kuasa gas/arang batu/minyak (wap), dandang, alat penjana, turbin gas dan wap, loji kuasa geoterma, AQCS (sistem kawalan kualiti udara), peralatan periferal loji kuasa dan sel bahan bakar oksida pepejal (SOFC). Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Syarikat itu di https://www.mhps.com
 
Ikuti kami di
https://twitter.com/MHPS_Global, atau http://www.linkedin.com/showcase/mhps

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200424005210/en/

Hubungi

HUBUNGAN MEDIA:
Naoya Kanamura
Timbalan Pengurus
Kumpulan Komunikasi Korporat
Mitsubishi Hitachi Power Systems, Ltd.
Telefon Bimbit: +81-(0)80-9592-0069
E-mel: naoya_kanamura@mhps.com

Sumber : Mitsubishi Hitachi Power Systems, Ltd.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.