ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  AVIATION WEEK NETWORK MENGEHOSKAN WEBINAR PERCUMA INTERAKTIF YANG MENAWARKAN PANDANGAN DARIPADA PENERAJU INDUSTRI TENTANG COVID-19

Monday 27/04/2020



NEW YORK, 27 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Aviation Week Network mengadakan siri webinar percuma yang berkongsi pandangan berharga daripada peneraju industri dan editor Aviation Week tentang cara menghadapi krisis COVID-19 dan langkah seterusnya dalam MRO penerbangan. Webinar tersebut adalah interaktif, menawarkan peluang belajar dan berkongsi pengetahuan kepada peserta, dan atas permintaan, memberikan akses selepas tarikh siaran kepada penonton.

Minggu April 27 ini menampilkan lima webinar baharu seperti dinyatakan di bawah:

Menilai Cabaran Pulangan Pajakan (Assessing the Challenges of Lease Returns), Selasa, 28 April, 9 pagi, waktu EDT
Klik sini untuk mendaftar.

Penerusan Penggabungan? (A Continuation of Consolidation?) Rabu, 29 April, 9 pagi, waktu EDT Klik sini untuk mendaftar.

Kelestarian Pantas dalam Era COVID-19 - Mengekalkan Kerjasama (Rapid Sustainment in the COVID-19 Era - Maintaining Collaboration), Rabu, 29 April, 2 petang, waktu EDT, Klik sini untuk mendaftar.

Kecairan MRO (Liquidity of MROs), Khamis, 30 April, 9 pagi, waktu EDT
Klik sini untuk mendaftar.

Panel Syarikat Penerbangan - Strategi Risiko dan Kembali Berkhidmat (Airline Panel - Risk Strategies and Returning To Service), Khamis, 30 April, 10:30 pagi, waktu EDT
Klik sini untuk mendaftar.

Webinar terkini termasuk Pematuhan MRO Semasa COVID-19 (MRO Compliance During COVID-19); COVID-19, Airbus & Boeing: Seteruk Manakah Situasi akan Berlaku? (COVID-19, Airbus & Boeing: How Bad will it Get?) dan MRO & COVID-19: Menangani Pesawat dan Enjin yang Diparkir atau Melahu. (MRO & COVID-19: Dealing with Parked or Idle Aircrafts and Engines.) Semua ini dan banyak lagi boleh diakses atas permintaan di sini. Senarai penuh webinar dan pengucap boleh ditemukan sini.

“Acara Aviation Week Network sentiasa menawarkan peluang terbaik untuk perangkaian industri, mempelajari tentang teknologi dan perkembangan terkini, berkongsi pengetahuan dan membuat kenalan,” kata Lydia Janow, Pengarah Pengurusan, Acara, Aviation Week Network. “Buat masa ini, kami ingin memastikan bahawa kami terus menawarkan peluang interaktif ini dan berkongsi maklumat yang relevan dengan perkara yang dihadapi oleh industri kita sekarang.”

PERIHAL AVIATION WEEK NETWORK
Aviation Week Network merupakan penyedia maklumat dan perkhidmatan multimedia terbesar untuk industri penerbangan global, aeroangkasa dan pertahanan, berkhidmat untuk 1.7 juta profesional di seluruh dunia. Golongan profesional industri bergantung pada Aviation Week Network untuk membantu mereka memahami pasaran, membuat keputusan, meramalkan arah aliran dan berhubung dengan orang dan peluang perniagaan. Pelanggannya termasuk pengilang dan pembekal aeroangkasa terkemuka dunia, syarikat penerbangan, lapangan terbang, operator penerbangan perniagaan, tentera, kerajaan dan organisasi lain yang berkhidmat untuk pasaran sedunia ini. Portfolio Aviation Week Network menyampaikan sumber kewartawanan yang memenangi anugerah, data, kecerdasan dan analisis, pameran perdagangan dan persidangan bertaraf dunia serta perkhidmatan pemasaran dan pengiklanan yang didorong oleh hasil. Prinsip kami adalah untuk membantu pelanggan berjaya.

Aviation Week Network merupakan sebahagian daripada Informa Markets, sebuah bahagian Informa PLC.

PERIHAL INFORMA MARKETS
Informa Markets mencipta platform untuk pakar industri dan pasaran untuk berdagang, berinovasi dan berkembang. Portfolio kami terdiri daripada lebih 550 acara dan jenama B2B antarabangsa dalam pasaran yang merangkumi antaranya Penjagaan Kesihatan & Farmaseutikal, Infrastruktur, Pembinaan & Hartanah, Fesyen & Pakaian, Hospitaliti, Makanan & Minuman dan Kesihatan & Pemakanan. Kami menyediakan pelanggan dan rakan kongsi di seluruh dunia dengan peluang untuk melibatkan diri, memperoleh pengalaman dan menjalankan perniagaan melalui pameran secara bersemuka, kandungan digital pakar dan penyelesaian data yang boleh diambil tindakan. Sebagai penganjur pameran terkemuka dunia, kami merealisasikan pelbagai pasaran pakar, membuka peluang dan membantu mereka untuk berkembang maju 365 hari sepanjang tahun. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.informamarkets.com.

ORANG HUBUNGAN MEDIA:
Elizabeth Kelley Grace
Elizabeth@thebuzzagency.net
561.702.7471 (m)

SUMBER: Aviation Week Network

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.