ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  MHPS PEMIMPIN BAHAGIAN PASARAN GLOBAL PADA TAHUN 2019 UNTUK SISTEM PENYAHSULFURAN GAS SEROMBONG

Monday 27/04/2020



Table
Sistem FGD bagi Loji Kuasa Kozienice (Poland) (Foto: Business Wire)


-- Penyelidikan Pasaran daripada Laporan McCoy Power --

• Bahagian teratas dengan 37.2% daripada pasaran global, kali kelima sejak tahun 2014
• Menyumbang kepada pengurangan yang signifikan di dalam bahan pencemar udara, dan peningkatan di dalam persekitaran global


YOKOHAMA, Jepun, 27 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mitsubishi Hitachi Power Systems, Ltd. (MHPS), mencapai bahagian pasaran teratas bagi sistem penyahsulfuran gas serombong (FGD) pada tahun 2019, dengan memperolehi 37.2% daripada pasaran global.* Menurut satu laporan penyelidikan pasaran terkemuka, untuk tempoh enam tahun yang terakhir, MHPS telah memperolehi bahagian pasaran terkemuka dunia dengan 37%, dengan menyampaikan sistem itu dengan gabungan output 51.010 MW. Ini adalah kali kelima MHPS telah memperoleh bahagian pasaran teratas di dalam tempoh ini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200427005233/en/

MHPS telah menyatukan teknologi persekitaran bagi loji kuasa terma yang telah dibangun dan dikumpulkan oleh Mitsubishi Heavy Industries, Ltd. (MHI) dan Hitachi, Ltd., dengan menyediakan syarikat itu dengan keupayaan untuk menawarkan sebuah Sistem Kawalan Kualiti Udara (AQCS) bersepadu yang terdiri daripada FGD, Pengurangan Pemangkinan Terpilih (SCR) untuk denitrifikasi, dan Pemendak Elektrostatik (ESP) bagi sistem pengumpulan habuk. Pemusatan ini telah membentuk satu asas bagi MHPS sebagai satu-satunya pengeluar di dunia yang dapat menawarkan cadangan secara bersendirian dan menyediakan sistem ini. Teknologi mereka yang terkemuka di dunia yang dapat dengan banyaknya mengurangkan bahan pencemar udara seperti sulfur oksida (SOx), nitrogen oksida (NOx), dan bahan zarahan, sekali gus membantu meningkatkan persekitaran global dengan ketara.

MHPS telah menghantar lebih daripada 300 sistem FGD kepada pasaran global. Kami telah mengembangkan perniagaan itu dengan menyediakan teknologi dan panduan di negara dan wilayah di mana permintaan untuk AQCS termaju telah meningkat seiring dengan pembangunan ekonomi, dan menerapkan teknologi ini di dalam projek-projek pembangunan bersama dengan Mitsubishi Shipbuilding Co., Ltd. untuk peralatan penyahsulfuran bagi kapal-kapal. MHPS juga mempunyai bahagian pasaran global terkemuka bagi sistem SCR, dan adalah merupakan sebuah peneraju industri.

Bergerak ke hadapan, dengan didorong oleh sokongan kuat yang ia diterima daripada pelanggan yang telah menghasilkan di dalam bahagian pasaran yang begitu besar, MHPS akan memberikan tumpuan yang lebih kepada usaha mereka  pada penerapan AQCS secara meluas dan pada masa yang sama menilai dengan tepat keperluan pelanggan, serta menyediakan jaminan tenaga yang penting kepada pembangunan ekonomi, menggalakkan penyahkarbonan tenaga, dan menyumbang kepada pemeliharaan persekitaran global.

Nota
*Sistem FGD dipasang di kemudahan penjanaan kuasa terma dengan output 5MW dan ke atas, berdasarkan kepada angka untuk pemilik teknologi (termasuk operator yang dilengkapi dengan teknologi) di dalam Laporan McCoy Power, sebuah firma penyelidikan pasaran Amerika Syarikat  yang menyediakan analisis terperinci mengenai perniagaan penjanaan kuasa global .
 
Maklumat mengenai Mitsubishi Hitachi Power Systems, Ltd.
Mitsubishi Hitachi Power Systems, Ltd. (MHPS), yang beribu pejabat di Yokohama, Jepun, adalah sebuah usaha sama yang dibentuk pada Februari 2014 oleh Mitsubishi Heavy Industries, Ltd. dan Hitachi, Ltd. yang mengintegrasikan operasi mereka di dalam sistem penjanaan kuasa terma dan perniagaan lain yang berkaitan. MHPS hari ini berada di antara pembekal terkemuka dunia bagi peralatan dan perkhidmatan untuk pasaran penjanaan kuasa, dengan disokong oleh 100 bilion yen di dalam modal dan kira-kira 20,000 orang pekerja di seluruh dunia. Produk Syarikat itu termasuk GTCC (kitaran gabungan turbin gas) dan IGCC (kitaran gabungan penggasan arang batu bersepadu), loji kuasa, loji kuasa gas/arang batu/minyak (wap), dandang, alat penjana, turbin gas dan wap, loji kuasa geoterma, AQCS (sistem kawalan kualiti udara), peralatan periferal loji kuasa dan sel bahan bakar oksida pepejal (SOFC). Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Syarikat itu di https://www.mhps.com
Ikuti kami di
https://twitter.com/MHPS_Global, atau http://www.linkedin.com/showcase/mhps


Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200427005233/en/

Hubungi

Naoya Kanamura
Kumpulan Komunikasi Korporat
Mitsubishi Hitachi Power Systems, Ltd.
Telefon Bimbit: +81-(0)80-9592-0069
E-mel: naoya_kanamura@mhps.com

Sumber : Mitsubishi Hitachi Power Systems, Ltd.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.