DALLAS, 30 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dalam satu usaha untuk membantu memperlahankan penyebaran pandemik COVID-19 dan menyokong petugas barisan hadapan, Mary Kay Inc. telah memperuntukkan hampir $10 juta dalam bentuk sumbangan wang tunai, sumbangan produk, dan sokongan pengedaran di negara-negara di mana ia beroperasi dan komuniti dalam keadaan yang sangat memerlukan bantuan di seluruh dunia.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200429005893/en/“Kesan yang meluas bagi pandemik ini terhadap ekonomi kita, penduduk dan dunia pada umumnya tidak mungkin diketahui dengan tepat untuk beberapa ketika,” kata David Holl, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Mary Kay Inc. “Akan tetapi ini yang kami pasti pada masa sekarang: orang sedang menderita, dan satu krisis yang belum pernah terjadi sebelum ini memerlukan sokongan daripada semua pihak. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu mereka yang terjejas oleh virus ini — sama ada secara langsung, seperti petugas barisan hadapan kita, atau secara tidak langsung, seperti wanita dan kanak-kanak yang terjejas oleh pertambahan kes-kes keganasan rumah tangga yang membimbangkan.”
Sebagai tindak balas terhadap wabak COVID-19 global itu, Mary Kay Inc., anak-anak syarikatnya di seluruh dunia, dan bersama dengan empat buah Yayasan yang ditaja oleh syarikat itu di Kanada, Brazil, China dan Amerika Syarikat, telah mengambil tindakan berikut yang disasarkan untuk menyokong usaha bantuan di peringkat kebangsaan dan global:
Menyokong Petugas Barisan Hadapan:· Menumpukan semula usaha pembuatan global untuk pengeluaran dan sumbangan bagi barang-barang keperluan sahaja, termasuk produk penjagaan diri dan kebersihan, serta pensanitasi tangan yang telah disumbangkan kepada hampir 20 sistem penjagaan kesihatan, 1,000 buah hospital dan gabungan 1.5 juta responder, doktor, dan kakitangan barisan hadapan di seluruh dunia.
· Dalam satu usaha untuk menyokong Global Outbreak Alert and Response Network (GOARN), Mary Kay telah menyumbangkan pensanitasi tangan kepada Organisasi Kesihatan Pan Amerika, Pejabat Wilayah bagi Americas of the World Health Organization (PAHO/WHO). Sumbangan itu akan menyokong negara-negara di benua Amerika sebagai tindak balas terhadap COVID-19.
· Menyumbang pensanitasi tangan kepada CARE (sebuah agensi kemanusiaan antarabangsa) untuk menyokong usaha respons COVID-19 yang sangat diperlukan mereka di 63 buah negara membangun di Asia, Afrika, Eropah, dan wilayah Timur Tengah bagi memerangi krisis itu dengan sumber yang tidak mencukupi.
· Menyertai Platform Tindakan COVID baharu di Forum Ekonomi Sedunia yang diwujudkan dengan sokongan Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Platform global itu, yang pertama seumpamanya, berhasrat untuk mengadakan komuniti perniagaan bagi tindakan kolektif, melindungi mata pencarian orang ramai dan memudahkan kesinambungan perniagaan, dan menggerakkan sokongan bagi tindak balas terhadap COVID-19. Platform itu akan menyokong mekanisme bagi sumbangan pensanitasi tangan kepada tindak balas kesihatan awam di wilayah-wilayah di seluruh dunia di mana bekalan keperluan yang sangat diperlukan tidak mudah diperolehi.
· Diselaraskan dengan Personal Care Products Council (PCPC) dan Feeding America untuk menyumbangkan pensanitasi tangan kepada organisasi yang memerlukan.
· Menyumbangkan pensanitasi tangan kepada sistem penjagaan kesihatan dan hospital-hospital di 10 bandar raya utama di Amerika Syarikat yang paling teruk dilanda.
· Sokongan tempatan untuk kawasan-kawasan di sekitar ibu pejabat global dan kemudahan pembuatan Mary Kay:
o Berhampiran ibu pejabat global Mary Kay Inc. (Dallas, Texas), membekalkan pensanitasi tangan dan bekalan lain kepada Dallas County First Responders, Jabatan Polis Addison, Tenet Healthcare, Baylor Scott & White Health, Pusat Perubatan UT Southwestern, Steward Health Care, HCA Hospital Network, Christus Health, Medical City Dallas, Parkland Health and Hospital, dan Kay Bailey Hutchison Convention Center Pop-Up Hospital.
o Di Lewisville, Texas, lokasi bagi kemudahan pembuatan global syarikat itu, Mary Kay Inc. membekalkan pensanitasi tangan kepada Jabatan Polis Lewisville dan First Responders.
o Mary Kay Inc. membekalkan pensanitasi tangan kepada Tarrant County First Responder yang berjiran dan keperluan kesihatan awam.
Menyokong Pencegahan Keganasan Rumah Tangga dan Keperluan Tindak Balas:· Yayasan Mary Kay
℠ (Amerika Syarikat) mengumumkan pembukaan permohonan geran bantuan COVID-19, dengan menawarkan geran kewangan tanpa had untuk tempat-tempat perlindungan keganasan rumah tangga yang memerlukan. Tiga tempat perlindungan keganasan rumah tangga tempatan di atau sekitar Dallas (Denton County Friends of the Family, The Family Place dan Hope's Door New Beginning Center) masing-masing menerima $25,000 untuk menyokong perkhidmatan perlindungan kecemasan dan program impak mereka. Yayasan itu juga menyumbangkan $75,000 kepada Genesis Women's Shelter & Support dan usaha Conference on Crimes Against Women (CCAW) dengan kerjasama Jabatan Polis Dallas, yang menyokong misi untuk menamatkan semua keganasan terhadap wanita.
· Yayasan Mary Kay
℠ (Amerika Syarikat), Pengarah-pengarah Jualan Nasional Mary Kay yang Bebas dan Pengarah-pengarah Jualan Nasional Mary Kay yang Bebas
Emeriti telah menyumbangkan pensanitasi tangan kepada hampir 500 tempat perlindungan keganasan rumah tangga di seluruh Amerika Syarikat untuk memastikan persekitaran yang sihat dan selamat bagi wanita dan kanak-kanak yang mencari perlindungan dari perintah tempat perlindungan yang memerangkap mereka dalam situasi yang kasar. Hampir 500 tempat perlindungan keganasan rumah tangga menyokong lebih daripada 1.5 juta wanita dan kanak-kanak setiap tahun di Amerika Syarikat.
· Awal tahun ini, Yayasan Amal Mary Kay Ash (Kanada) mengeluarkan $100,000 dalam bentuk geran keganasan rumah tangga kepada 10 tempat perlindungan keganasan rumah tangga. Untuk meneruskan usaha bantuan, Yayasan Amal itu akan memberikan bentuk sumbangan yang lebih kecil kepada hampir 40 tempat perlindungan dan menyediakan hampir 50 tempat perlindungan secara keseluruhan dengan pensanitasi tangan.
· Instituto Mary Kay (Brazil) mendermakan kepada NGO Fala Mulher agar organisasi itu dapat membeli peralatan pencegahan yang diperlukan (seperti pensanitasi tangan, sarung tangan dan topeng muka) untuk memastikan kesinambungan bagi penjagaan untuk mangsa-mangsa keganasan rumah tangga.
Menyokong Usaha-usaha Tambahan:· Tabung Amal Mary Kay China telah menyumbang kepada Yayasan Amity (sebuah organisasi sosial China yang bebas yang dikhaskan untuk kesihatan awam, kesejahteraan sosial, bantuan bencana dan usaha dermawan yang lain), dan membuat sumbangan awal kepada usaha bantuan COVID-19 di Wuhan, China. Mary Kay China juga menyumbangkan produk pemakanan, penjagaan kulit dan penjagaan tangan kepada petugas dan sukarelawan kesihatan barisan hadapan wanita.
· Mary Kay Brazil dan Instituto Mary Kay menyumbang kepada FIOCRUZ –Yayasan Oswaldo Cruz untuk membantu menghasilkan 5,000 ujian moden COVID-19 bagi hospital-hospital awam; menyumbang kepada Tabung Negeri São Paulo untuk menyokong usaha bagi membeli alat bantuan pernafasan; dan menyumbang kepada Jabatan Kesihatan Negeri untuk menyokong apron perlindungan khas bagi pekerja Unit Rawatan Rapi di hospital-hospital awam.
· Mary Kay Mexico akan menyumbangkan unit pensanitasi tangan untuk menyokong komuniti ekonomi yang lebih rendah: Bancos de Alimentos de Mexico (Foodbank Network Mexico), Unidas Contigo Monterrey (kesedaran tentang kanser payudara) dan Fondo Semillas Mexico (pencegahan keganasan rumah tangga).
· Mary Kay Russia telah menyumbangkan produk kebersihan kepada petugas barisan hadapan di Institut Penyelidikan Saintifik The N.V. Sklifosovsky bagi Pertolongan Cemas dan A.S.Puchkov ER di Jabatan Kesihatan Moscow.
· Terdapat banyak lagi usaha yang dilakukan di seluruh dunia di negara-negara di mana Mary Kay beroperasi untuk menyokong usaha bantuan tempatan COVID-19.
Petikan daripada Rakan-rakan/Yang Menyokong Barisan Hadapan:Dr. Ciro Ugarte, Pengarah bagi PAHO Health Emergencies “Kami berterima kasih di atas sumbangan pensanitasi tangan yang begitu banyak oleh Mary Kay kepada Organisasi Kesihatan Pan Amerika, Pejabat Wilayah bagi Americas of the World Health Organization (PAHO/WHO). Sumbangan ini akan menyokong tindakan Organisasi itu terhadap pandemik COVID-19, membantu negara-negara di benua Amerika dalam memperlahankan penyebaran virus itu di dalam persekitaran penjagaan kesihatan dan melindungi pekerja kesihatan yang berada di barisan hadapan untuk menangani wabak ini.”
Michelle Nunn, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CARE“CARE bekerja setiap hari dalam komuniti yang terjejas di seluruh dunia di mana sistem penjagaan kesihatan adalah yang paling rapuh. Pada masa pandemik, kehidupan menjadi lebih berbahaya di dalam komuniti ini. Pensanitasi tangan adalah satu sumber yang penting dalam menghalang penyebaran COVID-19, terutamanya di tempat-tempat yang mempunyai akses terhad kepada air dan sanitasi, dan di mana penjarakan sosial merupakan satu cabaran untuk kelangsungan hidup. Itulah sebabnya kami sangat berterima kasih di atas sumbangan besar Mary Kay untuk membantu menjaga keselamatan komuniti.”
Pat Drury, Pengurus WHO, Global Outbreak Alert and Response Network (GOARN)“Misi bagi Global Outbreak Alert and Response Network (GOARN), yang bekerjasama dengan WHO, adalah untuk menyediakan sumber kesihatan awam antarabangsa untuk mengawal wabak dan kecemasan kesihatan awam di seluruh dunia. Rangkaian itu menghubungkan institusi-institusi rakan untuk mendapatkan hasil kesihatan yang lebih baik dan jaringan sumber kesihatan awam antarabangsa bagi menyokong komuniti, dan menyelamatkan nyawa pada ketika wabak besar dan kecemasan kesihatan awam tercetus. Ketika kita meraikan ulang tahun ke-20 kita di tengah-tengah pandemik COVID-19, misi kita bergema sekarang, lebih daripada sebelumnya. Bagi pihak mereka yang akan mendapat banyak manfaat daripada kemurahan hati ini, kami mengucapkan terima kasih kepada Mary Kay di atas sumbangan mereka itu.”
Zara Ingilizian, Ketua bagi Industri Pengguna dan Masa Depan bagi Platform Penggunaan, Forum Ekonomi Sedunia“Forum Ekonomi Sedunia, dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia, sedang menggerakkan semua pihak yang berkepentingan untuk melindungi nyawa dan mata pencarian melalui Platform Tindakan COVID-19. Penyebaran penyakit itu menuntut kerjasama global di antara kerajaan, organisasi antarabangsa dan komuniti perniagaan. Syarikat-syarikat Industri Pengguna, seperti Mary Kay, dan sumbangan mereka yang terdiri daripada produk sanitasi yang menyelamatkan nyawa memainkan satu peranan penting di dalam melindungi kesihatan dan kesejahteraan pekerja, profesional penjagaan kesihatan dan pengguna.”
Petikan daripada Rakan-rakan/Menyokong Keperluan Pencegahan dan Tindak Balas terhadap Keganasan Rumah Tangga:Michelle Nunn, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CARE“Ketika digabungkan di negara-negara yang mengalami perang, kemiskinan, dan ketidakstabilan, COVID-19 mewujudkan satu bentuk keadaan yang akan memburukkan lagi cabaran yang sedia ada yang dihadapi oleh kebanyakan wanita dan gadis dalam pengalaman persekitaran ini, termasuk keganasan berasaskan jantina (GBV). Kita perlu memastikan bahawa tindak balas kecemasan terhadap COVID-19 tidak melupakan mereka yang paling terpinggir dan terjejas. Sumbangan bermurah hati Mary Kay akan membantu untuk menjaga keselamatan wanita dan gadis daripada GBV dan ancaman lain semasa krisis ini.”
Maklumat mengenai Mary KaySatu daripada pemecah
glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan beliau lebih 56 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk kaum wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan bebas di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, memberi tumpuan kepada penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang selamat daripada penderaan domestik, mencantikkan komuniti kita, dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar—selangkah demi selangkah. Maklumat lanjut di
MaryKay.com.
Maklumat mengenai Yayasan Mary Kay℠Dengan berpandukan impian Mary Kay Ash untuk memperkayakan kehidupan wanita di mana jua, Yayasan Mary Kay
℠ mengumpul dan mengagihkan dana untuk melabur dalam penemuan penyelidikan kanser untuk mencari penawar bagi kanser yang berkaitan dengan wanita dan menghentikan keganasan rumah tangga terhadap wanita. Sejak tahun 1996, Yayasan Mary Kay
℠ telah menyumbang lebih daripada $80 juta kepada organisasi yang selari dengan misi dua matlamat mereka. Selain itu, Yayasan itu menyokong inisiatif kesedaran, program jangkauan komuniti, dan menyokong undang-undang untuk memastikan wanita sihat dan selamat. Bersama-sama, kita dapat menjadikan dunia lebih baik untuk kaum wanita. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara untuk mendidik, menyokong, menjadi sukarelawan dan menyumbang, dan menyertai usaha yang menyelamatkan nyawa untuk menyokong dan memperkasakan wanita, sila layari marykayfoundation.org, temui kami di Facebook dan Instagram, atau ikuti kami di Twitter.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200429005893/en/HubungiKomunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau
media@mkcorp.comSumber : Mary Kay Inc.Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA