ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  HAMPIR SEPARUH DARIPADA EKSPORT DARI THAILAND DILAKUKAN MELALUI BENTUK BAHARU PERDAGANGAN, KATA PUSAT ASEAN-JEPUN

Friday 08/05/2020



Table
Kertas Kerja “Mod Bukan Ekuiti bagi Perdagangan di ASEAN: Thailand” boleh dimuat turun dari Laman Web AJC. (Grafik: Business Wire)

TOKYO, 8 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Perdagangan Thailand tidak lagi berlaku di antara pengeksport dan pengimport bebas, atau di antara intra firma bagi perbadanan transnasional (TNC), tetapi juga melalui mod bukan ekuiti (NEM) bagi pengeluaran. Mod eksport ini telah meningkat, dengan mencapai satu anggaran sekurang-kurangnya $150 bilion dalam barangan dan perkhidmatan, atau 48% daripada jumlah eksport dari Thailand pada tahun 2016, demikian menurut penemuan baharu oleh Pusat ASEAN-Jepun mengenai NEM di dalam laporan (Mod Bukan Ekuiti bagi Perdagangan di ASEAN: Thailand [https://www.asean.or.jp/en/trade-info/nem_papers/]), yang dikeluarkan pada April.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200506006169/en/

Firma-firma Thailand terlibat di dalam pelbagai jenis NEM, termasuk pertanian kontrak, subkontrak, kontrak pengurusan dan francais. Jenis NEM berbeza mengikut industri.

Industri automotif adalah merupakan satu daripada penjana paling tinggi bagi eksport dan peluang pekerjaan di dalam perniagaan NEM yang terlibat dalam subkontrak. Kedai-kedai serbaneka lazimnya dikendalikan melalui perjanjian francais dan pelesenan.

Perniagaan luar pesisir sedang muncul di beberapa industri, yang mencerminkan kemajuan di dalam kuasa reka bentuk, kemahiran teknologi maklumat dan julat lebar bagi minat pengguna. Satu daripada contoh itu adalah industri kandungan hiburan. Jumlah pendapatan bagi industri ini adalah kira-kira $6.3 bilion.

Dengan mewujudkan perjanjian NEM dengan TNC, firma-firma tempatan dan industri mereka dapat meraih manfaat daripada sejumlah peluang perniagaan. Bagaimanapun, ada juga cabaran untuk firma-firma tempatan, terutamanya disebabkan oleh ciri-ciri bagi NEM dan pengalaman unik bagi pembangunan industri (misalnya penguasaan oleh firma-firma besar) di Thailand. TNC boleh dengan mudah menamatkan kontrak mereka, terutama jika kualiti perkhidmatan atau barangan yang dibekalkan tidak memenuhi standard persaingan mereka atau apabila pembekal yang lebih kompetitif muncul di negara lain.

Oleh itu, kerajaan harus membantu di dalam pengembangan keupayaan NEM agar firma-firma tempatan dapat memanfaatkan sinergi ekonomi yang sesuai yang didorong oleh TNC ketika persaingan memaksa TNC untuk melakukan pembaikan yang berterusan di dalam kualiti dan harga bagi pembekal.

Oleh kerana tidak ada perhubungan ekuiti tadbir urus TNC ada kalanya hampir tidak ada di firma-firma NEM tempatan. Oleh itu kerajaan tidak dapat bergantung kepada tahap pematuhan dan panduan oleh pelanggan asing untuk tadbir urus bagi firma-firma NEM tempatan.

Kerajaan harus mempertimbangkan untuk melaksana dan memperkuatkan kerangka kawal selia bagi firma-firma NEM bagi membolehkan firma-firma NEM untuk mengeksport, mempromosikan inovasi, memperluaskan pekerjaan mereka dan meningkatkan teknologi.

Lihat sumber versi di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200506006169/en/

Hubungi

Pusat ASEAN-Jepun
Tomoko Miyauchi
URL: www.asean.or.jp/en/
E-mel: toiawase_ga@asean.or.jp

Sumber : Pusat ASEAN-Jepun

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.