Melaporkan Hasil dan Tempahan Suku Tahun Pertama Paling Tinggi di dalam Sejarah Zynga Kekuatan Merentasi Portfolio Perkhidmatan Langsung Memacukan Pencapaian Garis Atas yang Lebih Baik Daripada JangkaanMeningkatkan Panduan bagi Pendapatan dan Tempahan untuk Tahun Penuh 2020SAN FRANCISCO, 8 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA) hari ini mengeluarkan keputusan kewangan mereka bagi suku pertama yang berakhir pada 31 Mac, 2020 dengan memaparkan Surat Perolehan Suku Tahun Q1 2020 pengurusan pada laman web Perhubungan Pelabur mereka. Sila lihat Surat Perolehan Suku Tahun yang dilampirkan atau layari
http://investor.zynga.com/financial-information/quarterly-results untuk mengakses surat tersebut.
“Semasa tempoh masa yang tidak pernah berlaku sebelum ini, misi Zynga – untuk menghubungkan dunia menerusi permainan – telah menjadi lebih bermakna bagi syarikat kami. Ketika manusia di seluruh dunia berlindung di tempat mereka, rakan taulan dan keluarga telah beralih ke permainan sosial sebagai satu cara yang sangat menarik dan sangat mudah diakses untuk berhubungan,” kata Frank Gibeau, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Zynga. “Saya amat bangga dengan cara bagaimana pasukan Zynga telah bertindak balas dengan terus menyampaikan perkhidmatan permainan langsung yang berkualiti tinggi kepada berjuta-juta pemain di seluruh dunia. Kami sangat berterima kasih di atas peluang untuk menyediakan keseronokan dan hubungan sosial, serta satu rasa komuniti, semasa pandemik ini.”
Pengurusan Zynga akan juga mengadakan satu panggilan persidangan pada pukul 2:00 petang Waktu Pasifik (5:00 petang Waktu Timur) hari ini untuk membincangkan mengenai pencapaian syarikat itu. Soalan boleh diajukan semasa panggilan persidangan itu dan Zynga akan menjawab seberapa banyak mungkin soalan.
Panggilan persidangan itu boleh diakses di
http://investor.zynga.com – satu ulang semula akan tersedia melalui laman web itu selepas panggilan itu – atau melalui nombor mendail persidangan di bawah:
Maklumat mengenai Zynga Inc.Zynga adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif dengan satu misi untuk menghubungkan dunia menerusi permainan. Setakat ini, lebih daripada satu bilion orang telah memainkan francais Zynga termasuk
CSR Racing™, Empires & Puzzles™, Merge Dragons!™, dan
Words With Friends™. Permainan Zynga boleh didapati di lebih daripada 150 buah negara dan boleh dimainkan merentasi platform sosial dan peranti mudah alih di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2007, syarikat itu beribu pejabat di San Francisco dan mempunyai studio di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, India, Turki dan Finland. Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.zynga.com atau ikuti Zynga di
Twitter,
Instagram,
Facebook atau di
blog Zynga.
Kenyataan Yang Berpandangan ke Hadapan Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan, yang berkaitan dengan, antara lain, nama, unjuran panduan bagi pendapatan dan tempahan tahun penuh 2020. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan sering kali merangkumi perkataan seperti “pandangan,” “unjuran,” “dirancang,” “bercadang,” “akan,” “menjangka,” “percaya,” “sasaran,” “mengharapkan,” dan kenyataan-kenyataan dalam bentuk kala kelak yang umumnya berpandangan ke hadapan. Pencapaian atau kejayaan bagi perkara-perkara yang diliputi oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu melibatkan risiko, ketidaktentuan, dan tanggapan yang signifikan. Kebergantungan berlebihan tidak seharusnya diletakkan pada kenyataan yang berpandangan ke hadapan seperti itu, yang didasarkan kepada maklumat yang tersedia kepada kami pada tarikh tersebut. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini kenyataan tersebut. Maklumat lanjut tentang risiko, ketidaktentuan, dan tanggapan ini adalah atau akan dijelaskan dengan lebih terperinci dalam pemfailan awam kami dengan Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti (“SEC”), dan salinannya boleh diperolehi dengan melayari laman web Perhubungan Pelabur kami di
http://investor.zynga.com atau di laman web SEC di
www.sec.gov.
Nota EditorUntuk memuat turun rakaman bahagian filem B-roll Zynga dan visual penting bagi permainan itu, sila layari
https://bit.ly/ZyngaQ12020EarningsGaleri Foto/Multimedia Tersedia:
https://www.businesswire.com/news/home/52213795/enHubungiPerhubungan Pelabur:
Rebecca Lau
Investors@zynga.comMedia:
Sarah Ross
Sarah@zynga.comSumber : ZyngaTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.