ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  SIRI ASAL AMAZON REGULAR HEROES AKAN MENGADAKAN TAYANGAN PERDANA PADA 8 MEI YANG MEMAPARKAN CERITA-CERITA BERANI DARIPADA BARISAN HADAPAN DALAM MENGHADAPI COVID-19

Friday 08/05/2020



Dokumentari Bersiri Lapan Episod akan Memaparkan Penampilan Tetamu Khas oleh Alicia Keys dalam Episod Perdana

Episod-episod Baharu Tersedia secara Mingguan di Prime Video yang Menampilkan Wira-wira Baharu yang telah Melakukan Perubahan yang Signifikan di dalam Komuniti Tempatan Mereka Merentasi Amerika

KLIK DI SINI UNTUK IMEJ YANG TERSEDIA

KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT BAHAGIAN FILEM PERTAMA
 
CULVER CITY, Calif., 8 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Regular Heroes adalah sebuah dokumentari bersiri yang mengandungi lapan episod yang menyoroti sumbangan dan pengorbanan peribadi oleh segelintir individu yang paling bermurah hati pada hari ini yang membuat sumbangan yang lebih besar daripada yang dijangka untuk menyokong komuniti mereka semasa krisis COVID-19. Siri itu mengadakan tayangan perdana di Amazon Prime Video di Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Australia pada Jumaat, 8 Mei. Selain menyoroti usaha wira-wira yang tidak mengenal penat itu dan memperincikan usaha mereka di bandar raya-bandar raya termasuk New York City, Los Angeles, New Orleans, Chicago, dan Seattle antara lain, siri itu akan menawarkan sokongan dan bantuan dengan sumbangan barangan, perkhidmatan dan lebih banyak lagi agar mereka dapat terus membalas kebaikan itu dan membantu komuniti mereka. Episod-episod baharu bagi Regular Heroes akan tersedia pada setiap Jumaat. Siri itu akan mengadakan tayangan perdana di wilayah Amazon Prime Video yang lain pada 12 Mei, 2020.

Dalam episod perdana Regular Heroes, anak kelahiran New York dan penyanyi yang telah memenangi Anugerah Grammy sebanyak 15 kali, penerbit dan pengarang Alicia Keys akan membantu memberi penerangan mengenai Trevor Henry, Burnell Cotlon dan Athena Hayley ketika mereka masing-masing membuat pengorbanan peribadi untuk keluarga dan komuniti mereka. Selain itu, lagu baru Keys yang menyentuh perasaan, “Good Job,” akan dipaparkan dalam siri itu. Episod seterusnya dengan bakat dan wira tambahan akan diumumkan pada kemudian hari.

“Rancangan ini sungguh Mengagumkan!!! Begitu suci dan tulen! Saya gembira untuk mengetahui bahawa siri ini akan bukan sahaja memberi sokongan tetapi juga meletakkan wajah kepada mereka yang luar biasa seperti Trevor, Burnell dan Hayley. Mereka adalah golongan yang akan kita berikan tepukan pada setiap malam pada pukul 7 malam di New York. Mereka adalah Wira. Dan saya sangat berbesar hati untuk meraikan mereka!!” kata Keys.

“Kami sangat berbangga untuk meraikan mereka yang telah melakukan begitu banyak usaha untuk mengubah kehidupan orang ramai di dalam komuniti mereka. Rancangan ini diilhamkan oleh individu-individu yang telah memberikan begitu banyak kepada orang lain pada setiap hari pada sepanjang tahun tetapi lebih-lebih lagi pada masa yang mencabar ini. Mereka adalah suri teladan yang sebenar dan kami tidak sabar untuk berkongsi cerita mereka dengan pelanggan Prime Video di mana sahaja,” kata Jennifer Salke, Ketua bagi Amazon Studios.

Episod Satu (8 Mei, 2020): “Wira Jenis Baharu” dengan penampilan khas oleh Alicia Keys. Menampilkan:

TREVOR HENRY (NEW YORK CITY)
Trevor Henry, dilahirkan dan dibesarkan di the Bronx, adalah seorang suami dan bapa kepada empat orang anak yang bekerja sebagai Pakar Inventori Kanan di HSS (Hospital untuk Pembedahan Khas). Beliau menumpukan masa selama 10 jam sehari untuk membantu doktor dan jururawat ketika mereka menguruskan pesakit COVID-19 yang paling sakit di unit tersebut. Apabila Trevor tidak berada di hospital, beliau membantu anak-anaknya dengan kerja sekolah mereka ketika dia bertukar syif kerja dengan isterinya yang juga seorang pekerja perlu di sebuah hospital lain di New York.
 
BURNELL COTLON (NEW ORLEANS)
Selama 10 tahun yang terakhir, Burnell Cotlon telah menjadi orang penting di Lower 9th Ward di New Orleans. Selepas Taufan Katrina melenyapkan semua perniagaan yang berdaya maju di bandar itu, Burnell telah melaburkan wang simpanannya untuk membina sebuah kedai runcit – “Burnell’s 9th Ward Grocery.” Sebagai satu-satunya kedai runcit dalam lingkungan jarak 5 batu, Burnell terus memberikan perkhidmatan kepada pelanggannya yang telah dihentikan kerja sementara secara besar-besaran, termasuk menyumbangkan makanan kepada mereka yang memerlukan. Misi hidupnya adalah untuk mengembalikan Lower 9th Ward setanding dengan bahagian lain di New Orleans.
 
ATHENA HAYLEY (LOS ANGELES)
Setelah mengatasi kehilangan tempat berteduh, Athena Hayley, yang menggunakan nama keluarganya, telah menetapkan satu misi untuk membantu orang lain yang berada dalam situasi yang sama. Sebagai seorang yang tidak pernah berputus asa, dan apabila tidak lagi menjadi seorang gelandangan, Hayley telah menyewakan ruang tamu di apartmennya, agar dia dapat mencukupkan wang perbelanjaan untuk barangan keperluan dan menyimpan sejumlah wang untuk memulakan “Yayasan Love My Neighbor.” Selama lima tahun yang terakhir, Hayley telah bertindak sebagai seorang tokoh keluarga kepada penduduk di Skid Row yang terkenal, dan melalui organisasi beliau, dia membantu memberi makanan dan menyumbangkan pakaian kepada mereka yang memerlukan.
 
Regular Heroes akan menampilkan mereka yang telah membuat usaha yang signifikan terhadap kehidupan manusia di bandar raya dan komuniti mereka dari segenap lapisan masyarakat: Penjagaan kesihatan dan pekerja kecemasan, pekerja kedai runcit, petani, pemandu bas, pekerja penghantaran, pekerja sanitasi, pegawai polis, dan lain-lain. Sekiranya anda atau seseorang yang anda kenali telah melakukan pengorbanan yang luar biasa dalam komuniti mereka, sila layari Regular-Heroes.com untuk memohon.

Regular Heroes dihasilkan oleh Amazon Studios dengan kerjasama Philymack, TyTy & Jay Brown Productions dan MGM Big Fish Entertainment. Philip McIntyre, John Lloyd Taylor, Laurence “Jay” Brown, Tyran “Ty Ty” Smith, Dan Cesareo, Lucilla D’Agostino dan Jordana Starr berperanan sebagai Penerbit Eksekutif.

Maklumat mengenai Prime Video

Prime Video menawarkan kepada pelanggan dengan satu koleksi yang banyak bagi video digital — kesemuanya tersedia untuk ditonton di hampir kesemua peranti.
 

• Termasuk dengan Prime Video: Menonton beribu-ribu filem dan rancangan TV yang popular, termasuk filem asal Amazon yang telah memenangi anugerah dan eksklusif yang lain, sukan, dan banyak lagi. Pemenang Anugerah Think Emmy Fleabag and The Marvelous Mrs. Maisel, Jack Ryan oleh Tom Clancy, Late Night oleh Mindy Kaling, Guava Island oleh Donald Glover, filem yang dicalonkan untuk Anugerah Akademi The Big Sick, Troop Zero, The Boys, Homecoming, Thursday Football Night dan kandungan yang dilesen dan diterbitkan sendiri. Prime Video tersedia di lebih daripada 240 buah negara dan wilayah di seluruh dunia (tawaran dan tajuk berbeza mengikut lokasi).
• Saluran Prime Video: Ahli-ahli Prime boleh menambahkan saluran seperti HBO, Cinemax, STARZ, SHOWTIME, CBS All Access, NBA League Pass dan MLB.tv — tiada aplikasi tambahan untuk dimuat turun, dan tidak ada kabel diperlukan. Hanya bayar untuk apa yang anda mahukan, dan ia boleh dibatalkan pada bila-bila masa. Lihat senarai lengkap bagi saluran yang tersedia di amazon.com/channels.
• Sewa atau Beli: Nikmati filem-filem yang baharu dikeluarkan untuk disewa atau dibeli, keseluruhan musim bagi episod TV semasa tersedia untuk dibeli, dengan tawaran istimewa hanya untuk ahli Prime.
• Akses segera: Tonton di rumah atau di mana sahaja dengan pilihan anda dari ratusan peranti yang serasi. Strim dari web atau dengan menggunakan aplikasi Prime Video pada telefon pintar, tablet, kotak set-top, konsol permainan anda, atau pilih tv pintar. Untuk satu senarai lengkap bagi peranti yang serasi, sila layari amazon.com/howtostream.
• Pengalaman yang dipertingkatkan: Manfaatkan sebaik-baiknya setiap tontonan dengan kandungan yang serasi dengan 4K Ultra HD dan High Dynamic Range (HDR). Lihat di sebalik tabir bagi filem dan rancangan TV kegemaran anda dengan akses X-Ray yang eksklusif, yang dikuasakan oleh IMDb. Simpan untuk kemudian hari dengan memuat turun mudah alih yang dipilih untuk tontonan di luar talian.

Prime Video adalah hanya satu daripada begitu banyak faedah yang disertakan dengan keahlian Prime, bersama dengan penghantaran percuma yang cepat untuk berjuta-juta barangan di Amazon.com, penyimpanan gambar tanpa had, tawaran eksklusif dan diskaun, dan akses kepada muzik yang bebas daripada iklan dan e-buku Kindle. Untuk mendaftar atau memulakan percubaan percuma bagi Amazon Prime sila layari: amazon.com/prime.

Lihat versi sumber di  businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200507005887/en/

Hubungi

HUBUNGAN PUBLISITI:

Bagi pihak Amazon Studios:
Kristen Hall
Kristen.Hall@AmazonStudios.com

Bagi pihak Philymack:
Alexis Rasten
Alexis@Philymack.com

Bagi pihak Big Fish Entertainment:
Leslie Oren, Babygrande PR
leslie@babygrandepr.com

Sumber : Amazon Prime Video

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.