ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

September 21, 2024 -Sabtu

 
  LEDDARTECH MENGUMUMKAN PENGELUARAN VOLUM BAGI LIDAR KOKUN LEDDAR PIXELL DENGAN RAKAN KONGSI PENGELUARAN CLARION MALAYSIA, AHLI KUMPULAN PERNIAGAAN FAURECIA CLARION ELECTRONICS

Thursday 14/05/2020



QUEBEC CITY, 14 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju industri dalam teknologi LiDAR yang menyediakan platform LiDAR auto dan mobiliti paling serba boleh dan boleh skala,  mengumumkan mereka akan memulakan pengeluaran volum bagi Modul LiDAR Kokun Leddar Pixell dengan rakan kongsi terpilih Clarion Malaysia, ahli bagi Faurecia Clarion Electronics, sebuah Kumpulan syarikat Faurecia.

Leddar Pixell merupakan LiDAR kilat berkeadaan pepejal 3D yang memenangi anugerah dengan sudut pandangan 180 darjah yang direka bentuk dan diuji untuk kenderaan luar jalan raya, ulang alik, teksi robot, penghantaran, komersial, dan industri berat selain aplikasi robotik dan automasi lain apabila LiDAR berkeadaan pepejal merupakan pilihan penderiaan 3D terbaik. Leddar Pixell menyediakan pengesanan yang boleh diharapkan bagi pejalan kaki, penunggang basikal dan halangan lain dalam sekeliling kenderaan dan sesuai untuk platform persepsi yang dimaksudkan untuk memastikan keselamatan dan perlindungan pengguna jalan rentan (VRU). Leddar Pixell merupakan penyelesaian kokun pengesanan yang optimum untuk penggunaan kenderaan berautonomi dan telah digunakan oleh penyedia kenderaan berautonomi terkemuka di Amerika Utara, Asia dan Eropah.

Leddar Pixell menyepadukan teknologi berpaten LeddarTech yang dibenamkan dalam LeddarEngine LCA2 yang canggih. LCA2 menggunakan LeddarSP™ LeddarTech (perisian pemprosesan isyarat) untuk menghasilkan data LiDAR mentah seperti jarak, kedudukan dan keamatan gema. LCA2 sesuai untuk pelbagai jenis aplikasi dan boleh dihasilkan dengan volum tinggi untuk pengerahan pasaran besar-besaran dengan cepat dan sesuai untuk LiDAR berkeadaan pepejal yang digunakan dalam AD/ADAS.

“Di LeddarTech, kami mengkhusus dalam teknologi LiDAR berkeadaan pepejal dengan seni bina terbuka, dengan lebih daripada sedekad penyelesaian LiDAR kepada pelanggan yang beroperasi dalam pelbagai keadaan persekitaran yang teruk yang memerlukan operasi berterusan 24/7” kata CEO LeddarTech Charles Boulanger. “Clarion Malaysia mempunyai reputasi bertaraf dunia dan diiktiraf sebagai pembekal Peringkat 1 utama yang amat boleh dipercayai dan berkualiti tinggi untuk industri automotif, dan kami berasa sukacita untuk mengumumkan kerjasama ini untuk pengeluaran Leddar Pixell. Pengeluaran berskala besar Leddar Pixell akan membolehkan kami menyokong pelanggan dengan cepat di seluruh dunia dengan penyelesaian LiDAR kokun yang amat mendapat sambutan ini. Pelanggan kami menuntut kualiti yang tertinggi dan dengan Clarion Malaysia sebagai rakan kongsi kami, kami yakin bahawa kami akan melebihi jangkaan pelanggan kami" simpulkan En. Boulanger.

“Clarion Malaysia gembira untuk bekerjasama dengan LeddarTech bagi pengeluaran Leddar Pixell. Sebagai peneraju dalam teknologi LiDAR, LeddarTech menonjol dalam industri dengan platform LiDAR automotif dan mobiliti mereka, dan secara khususnya penyelesaian seni bina terbuka LeddarEngine LCA2 dan LCA3 yang penting untuk pembangunan penyelesaian LiDAR berkeadaan pepejal yang cekap kos dan boleh skala untuk industri mobiliti dan automotif.” Kata En. TK Tan, Pengarah Urusan Clarion Malaysia. “Kami mempunyai pemahaman mendalam tentang industri automotif dan standard tinggi yang dijangkakan dalam pembuatan dan kami menantikan kerjasama ini dengan LeddarTech untuk membawa Pixell kepada pasaran dengan kepakaran pengeluaran automotif bertaraf dunia kami.” simpul En. T.K. Tan

Perihal Clarion Malaysia
Diasaskan pada tahun 1970, Clarion Malaysia merupakan pemain utama dalam industri automotif. Dengan pengalaman selama 50 tahun, Clarion Malaysia bukan sahaja membekalkan unit maklumat hibur automotif tetapi juga unit pencarian dan telematik kenderaan kepada pelbagai pelanggan di seluruh dunia. Clarion Malaysia merupakan Faurecia Clarion Electronics, Kumpulan syarikat Faurecia. Untuk maklumat lanjut tentang Clarion Malaysia, sila lawati www.clarion.com.my

Perihal LeddarTech
LeddarTech ialah peneraju industri yang menyediakan platform LiDAR auto dan mobiliti paling serba boleh, dan boleh skala berdasarkan LeddarEngine™ unik, yang terdiri daripada suit SoC bergred automatif, keselamatan fungsian disahkan yang berfungsi selari dengan perisian pemprosesan isyarat proprietari LeddarSP. Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh mobiliti canggih, dengan lebih 70 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan ADAS dan keupayaan memandu berautonomi.

LeddarTech juga menyediakan pasaran mobiliti dengan penyelesaian modul LiDAR berprestasi tinggi berkeadaan pepejal untuk kenderaan ulang-alik berautonomi, trak, bas, kenderaan penghantaran dan teksi robot. Modul ini dibangunkan untuk menyokong pasaran mobiliti tetapi juga mempamerkan keupayaan platform auto dan mobiliti LeddarTech sebagai asas untuk dibina pembekal LiDAR lain.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.LeddarTech.com, dan pada LinkedInTwitterFacebook, dan YouTube.

Maklumat Hubungan: Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi, LeddarTech
Tel.: +1-418-653-9000 samb. 232 Daniel.Aitken@Leddartech.com

Logo Leddar, LeddarTech, LeddarEngine, LeddarSP, LeddarCore, dan LeddarTech ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. Semua jenama lain, nama produk dan tanda ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing.

SUMBER: LeddarTech inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.