ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  SMITHS MEDICAL MEMPEROLEH PERNIAGAAN BAGI ACCESS SCIENTIFIC, LLC, MEMPERLUASKAN PENAWARAN AKSES VASKULAR

Thursday 14/05/2020



MINNEAPOLIS, 14 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Smiths Medical, sebuah pengeluar alat perubatan global terkemuka, hari ini mengumumkan pemerolehan perniagaan bagi Access Scientific, LLC, sebuah syarikat milik persendirian yang berpusat di San Diego, CA. Access Scientific adalah sebuah syarikat akses vaskular spektrum luas dan pencegahan jangkitan yang mengeluarkan garis tengah POWERWAND™ dan kateter inap yang diperluaskan. Rangkaian produk POWERWAND™ memperluaskan portfolio produk akses vaskular Smiths Medical dan membolehkan pilihan klinisian yang lebih besar untuk merawat pesakit.

Rangkaian produk POWERWAND™ adalah penyelesaian akses vaskular yang dibezakan secara klinikal, dengan disokong oleh sembilan (9) makalah yang dikaji semula oleh rakan setara dan sembilan (9) poster ilmiah. Jangkitan aliran darah adalah satu risiko yang diketahui yang dikaitkan dengan kateter akses vaskular. Kesimpulan daripada kajian klinikal baru-baru ini menunjukkan tidak ada kejadian jangkitan aliran darah yang berkaitan dengan penggunaan produk POWERWAND™. Apabila digabungkan, kajian ini mempunyai sejumlah 35,000 hari kateter tanpa jangkitan bakteria.¹-³

Rangkaian produk POWERWAND™ itu menawarkan nilai kepada penyedia penjagaan kesihatan yang ingin menawarkan penjagaan yang berkualiti untuk pesakit mereka. Apabila digabungkan dengan kateter Jelco® IV yang berprestasi tinggi dan produk Port-A-Cath® keluaran Smiths Medical, Smiths Medical kini menawarkan lebih banyak penyelesaian kepada klinisian untuk merawat pesakit mereka melalui sebuah portfolio yang lebih luas.

“Pemerolehan Smiths Medical ke atas Access Scientific meningkatkan komitmen kami terhadap penjagaan dan hasil pesakit, mendorong kepemimpinan kategori di dalam portfolio akses vaskular kami yang sedia ada,” kata JehanZeb Noor, Ketua Pegawai Eksekutif Smiths Medical. “Kami percaya pemerolehan ini meningkatkan kedudukan kami sebagai sebuah syarikat penyelesaian pengurusan perubatan yang dipercayai. Pada masa yang tidak menentu ini, kami merasa istimewa untuk menawarkan kepada pelanggan kami di barisan hadapan dengan lebih banyak pilihan untuk merawat pesakit mereka.”

Maklumat mengenai Smiths Medical

Sebuah pembekal terkemuka bagi peranti perubatan khusus dan peralatan untuk pasaran global, yang memberi tumpuan kepada segmen pasaran penghantaran ubat-ubatan, penjagaan penting dan peranti keselamatan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.smiths-medical.com.

Maklumat mengenai Kumpulan Smiths

Sebuah syarikat teknologi global yang telah beroperasi selama 160 tahun, menyampaikan produk dan perkhidmatan untuk pasaran teknologi perubatan, keselamatan & pertahanan, industri am, tenaga dan ruang & aeroangkasa komersial di seluruh dunia. Kumpulan Smiths menggajikan c. 22,000 rakan sekerja di lebih 50 buah negara dan disenaraikan di Bursa Saham London. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.smiths.com.

(1) Devries M, Lee J, Hoffman L. Pelaksanaan kateter garis tengah bebas jangkitan di sebuah hospital komuniti (2 tahun). American Journal of Infection Control. 2019; 47 (9): 1118-1121.
(2) Caparas JV, Hung H-S. Pentadbiran Vancomycin Melalui sebuah Kateter Garis Tengah Baharu: Ringkasan Pengalaman Pesakit-1086 selama 5 Tahun di sebuah Hospital Komuniti Bandar. Journal of the Association for Vascular Access. 2017; 22(1): 38-41.
(3) Pathak R, Patel A, Enuh H, Adekunle O, Shrisgantharajah V, Diaz K. Insidens bagi Garis Tengah–Bakteremia yang Dikaitkan Selepas Pengenalan Kateter Garis Tengah di dalam sebuah Alat Pengalih Udara Unit Populasi. Penyakit Berjangkit dalam Amalan Klinikal. 2015; 23(3): 131-134.
 
M. Devries adalah seorang perunding berbayar dengan Access Scientific.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200513005134/en/

Hubungi

Perhubungan Media Smiths Medical di media.relations@smiths-medical.com atau Ashley Voge di 763-383-3111.
 
Sumber : Smiths Medical

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.