ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  PETRONAS SANTUNI 900 BUAH KELUARGA DI KEDAH, PERAK, PERLIS DAN PULAU PINANG SEMPENA PROGRAM SENTUHAN KASIH LEBARAN

Thursday 14/05/2020



ALOR SETAR, 14 Mei (Bernama) -- PETRONAS, menerusi cabang tanggungjawab sosial korporat Yayasan PETRONAS dan anak syarikat PETRONAS Dagangan Berhad (PDB), telah menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan asas makanan seperti beras, susu, minyak, telur, makanan dalam tin, tepung gandum dan kad minyak Mesra PETRONAS kepada 900 buah keluarga yang kurang berkemampuan di Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang.
 
Sumbangan tersebut yang merupakan sebahagian daripada Program Sentuhan Kasih PETRONAS, disampaikan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di negeri-negeri terlibat. Mewakili penyampaian ini, Pengurus Besar PETRONAS Wilayah Tengah dan Utara, Zukifli Othman berkata: “Di samping meringankan beban golongan kurang berkemampuan yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19, sumbangan ini juga diharap dapat membantu membangkitkan kegembiraan mereka dalam membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.”
 
Melalui program Sentuhan Kasih, 5,000 buah keluarga golongan kurang berkemampuan di seluruh negara menerima sumbangan bernilai RM1 juta sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Kaamatan dan Gawai tidak lama lagi.
 
Sumbangan disampaikan secara berperingkat bermula dari 4 Mei hingga 5 Jun 2020 dan dikendalikan oleh lebih 100 pengedar stesen minyak PDB bersama-sama wakil JKM serta sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan PETRONAS dan Yayasan PETRONAS.
 
Program Sentuhan Kasih dianjurkan sempena sambutan perayaan-perayaan utama di Malaysia sebagai saluran bagi Yayasan PETRONAS bekerjasama dengan komuniti dalam menyediakan keperluan sara hidup dan membina keyakinan diri.
 
Mengenai Yayasan PETRONAS
Yayasan PETRONAS merupakan cabang Tanggungjawab Sosial Korporat PETRONAS dengan misinya untuk menyumbang terhadap kesejahteraan masyarakat. Yayasan PETRONAS berhasrat untuk menyampaikan kelestarian impak, mempertingkatkan kualiti kehidupan dan hasil sosioekonomi komuniti di seluruh negara menerusi bidang-bidang fokus yang merangkumi Pendidikan, Kesejahteraan dan Pembangunan Komuniti serta Alam Sekitar.
 
Website: https://www.yayasanpetronas.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/yayasanpetronasmy/
Instagram: https://www.instagram.com/yayasanpetronas
 
Dikeluarkan bagi pihak:
Yayasan PETRONAS

Gambar: https://www.dropbox.com/t/rdgQMNLqcOnHnwnN 

Kapsyen Gambar


Gambar 1: Pengurus Besar PETRONAS Wilayah Tengah dan Utara, Zukifli Othman (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima di Perlis dengan dibantu oleh wakil Jabatan Kemajuan Masyarkat.

Gambar 2: Sumbangan disampaikan kepada Asrama Anak-anak Yatim Soleha, Tanjung Tualang, Perak dengan dibantu sukarelawan daripada Universiti Teknologi PETRONAS.

Gambar 3: Antara barangan keperluan asas makanan untuk disampaikan kepada 900 keluarga di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia.

Gambar 4: Antara sukarelawan PETRONAS dan Yayasan PETRONAS yang terlibat dalam penyampaian sumbangan

SUMBER: Yayasan PETRONAS

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama: Helmi Majid
Tel: +6014 228 0877 
E-mel: muhamadhelmi.abdmaj@petronas.com

Nama: Putri Nur Asma
Tel: +6012 299 5727 
E-mel: tunkuputrinurasma.t@petronas.com

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.