ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  PERTANDINGAN KRAF KREATIF E-KRAF BAZAR

Monday 18/05/2020



KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mengadakan beberapa pertandingan kraf kreatif melibatkan video sambutan perayaan menggunakan produk kraf dari 18 hingga 20 Mei 2020. Pertandingan ini diadakan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tadau Kaamatan dan Gawai Dayak.
 
“Pertandingan ini hanya terbuka kepada ahli Facebook group E-Kraf Bazar yang melibatkan 3 pertandingan iaitu Aidilfitri Deco Challenge, Ratu Kaamatan Video Challenge dan Ngajat Gawai Dayak Video Challenge. Pertandingan ini juga merupakan aktiviti galakan kepada ahli yang menyokong kejayaan platform E-Kraf Bazar”.
 
“Kepada usahawan-usahawan kraf dan orang ramai yang berminat untuk menyertai ketiga-tiga pertandingan ini tetapi belum berdaftar dengan E-Kraf Bazar, anda dijemput untuk berdaftar sekarang dan ia adalah percuma”. Cik Fazlin Mohamad Zaki, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, Kraftangan Malaysia.
 
E-Kraf Bazar merupakan inisiatif pemasaran online di media sosial Facebook yang dibangunkan oleh Kraftangan Malaysia bertujuan untuk memasarkan produk kraf usahawan kraf tempatan secara online sejak 8 April 2020. Sehingga ke hari ini, E-Kraf Bazar telah disertai lebih 9000 orang ahli.
 
Syarat-syarat penyertaan dan maklumat lanjut berkaitan Pertandingan Video Perayaan E-Kraf Bazar ini boleh didapati di www.kraftangan.gov.my / laman sosial Facebook @Kraftangan Malaysia / hubungi Urus Setia Pertandingan, Cik Farina Darus (012-3045354) / Encik Shafiq Khairi (0175263659).

SUMBER: Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Cik Farina Darus
Tel: 012-3045354

Nama: Encik Shafiq Khairi
Tel: ​0175263659

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.