-- Permintaan Melonjak untuk Turbin Gas Kelas Maju –YOKOHAMA, Jepun, 20 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mitsubishi Hitachi Power Systems (MHPS) menduduki tempat pertama di dalam bahagian pasaran mengikut megawatt untuk pesanan turbin gas pada tahun 2020 menurut data yang diperolehi daripada McCoy Power Reports. Pesanan global untuk suku pertama bagi 2,638 MW menjadikan bahagian pasaran MHPS meningkat kepada 28.5 peratus di seluruh dunia. Peningkatan ini di dalam bahagian pasaran turbin gas sebahagian besarnya bertanggungjawab untuk tempahan pesanan di seluruh dunia yang meningkat 19.7 peratus semasa tahun fiskal MHPS yang berakhir pada 31 Mac, 2020.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200519005485/en/“Pasaran turbin gas global yang sangat kompetitif itu telah bergerak ke arah kami dengan satu pilihan yang jelas untuk turbin gas JAC kami, yang lebih boleh dipercayai berbanding dengan turbin gas pesaing dan pada masa yang sama memberikan kecekapan bahan api dan output yang mencatatkan rekod,” kata Ken Kawai, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MHPS. “Penjualan bagi turbin gas MHPS di dalam segmen kelas termaju dan derivatif aero telah mendapat momentum ketika utiliti, pengeluar kuasa persendirian dan perbandaran di seluruh dunia berusaha untuk menurunkan kos elektrik mereka melalui gabungan kami yang unik yang terbukti boleh dipercayai dan berprestasi kelas dunia.”
Turbin gas Siri J MHPS mula memasuki operasi komersial pada tahun 2011 dan mengekalkan rekod dunia bagi kebolehpercayaan pada 99.5%. Di samping itu, mereka memberikan kecekapan kitaran gabungan yang lebih besar daripada 64%. Armada turbin gas Siri J yang dipasang baru-baru ini telah mencapai satu juta jam operasi komersial di seluruh dunia, yang merupakan hampir dua kali ganda berbanding dengan turbin gas bersaiz serupa daripada pesaing.
Meningkatkan bahagian pasaran MHPS pada suku pertama 2020 adalah satu pesanan untuk dua turbin gas JAC berkeupayaan hidrogen yang boleh diperbaharui untuk Intermountain Power Agency di Delta, Utah. Dan Eldredge dari Intermountain Power Agency berkata, “Kami memilih rangkaian kuasa JAC MHPS kerana mereka menawarkan penyelesaian keseluruhan yang terbaik untuk keperluan peralatan penjanaan kuasa kami, termasuk kelenturan bahan api yang akan membolehkan kami untuk memenuhi matlamat tambahan kami ke arah 100% penjanaan kuasa bebas karbon menjelang tahun 2045. Dengan peralatan dan sokongan MHPS, kami berharap dapat menyediakan kuasa yang lebih bersih untuk beberapa dekad akan datang.”
Empat puluh lima turbin gas Siri J sedang beroperasi secara komersial, dan jumlah kapasiti yang dipesan melebihi 25 GW di seluruh dunia. Satu ratus empat unit telah dipilih secara teknikal di Brazil, Kanada, Jepun, Mexico, Peru, Korea Selatan, Taiwan, Thailand, dan Amerika Syarikat.
“Tempat pasaran itu telah mengiktiraf usaha kami melalui satu gelombang pemilihan teknikal dan pesanan yang dibuat,” kata Junichiro Masada, Naib Presiden Kanan, Ketua Pegawai Teknologi Bersama, dan Timbalan Ketua bagi Ibu Pejabat Jentera Turbo, MHPS. “Dan kami terus berusaha memperbaiki teknologi kami. Sebagai contoh, kami baru-baru ini menyelaraskan ke grid di Takasago, Jepun, dan mencapai beban penuh dengan penambahan 60 Hz terkini JAC, menunjukkan penetapan rekod output dan kecekapan kitaran gabungan. Pesaing masih ketinggalan bertahun lamanya daripada beroperasi dengan sebuah turbin gas yang bersaiz dan cekap seperti ini. Sebagai tambahan, kami baru-baru ini menunjukkan satu penambahan prestasi yang signifikan bagi FT4000 di kemudahan ujian kami di West Palm Beach, Florida.”
Turbin gas derivatif aero FT4000 itu, dengan pelbagai projek aktif di Amerika Utara dan antarabangsa, telah meningkatkan tiga kali ganda jejak global mereka di dalam dua tahun yang lampau ini dan memperoleh bahagian pasaran yang signifikan di dalam kelasnya sejak pembelian PW Power Systems (PWPS) pada tahun 2013. PWPS FT4000 itu kali pertama memasuki operasi komersial pada tahun 2015 dan menyampaikan kecekapan kitaran biasa, masa mula dan kadar tanjakan yang terkemuka di dalam industri.
“Kami berbangga bahawa teknologi kami telah melonjakkan kami ke tampuk kepimpinan global di dalam pasaran turbin gas yang kompetitif,” kata Ken Kawai, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif. “Kami menghargai sumbangan pekerja kami di seluruh dunia yang fokus untuk membawa teknologi canggih dan penyelesaian tenaga ke tempat pasaran untuk bekalan kuasa yang berpatutan dan boleh dipercayai. Kami tetap komited untuk membolehkan sebuah ekonomi nyahkarbon dan membantu untuk menyelesaikan cabaran yang dihadapi masyarakat global kami.”
Maklumat mengenai Mitsubishi Hitachi Power Systems, Ltd.Mitsubishi Hitachi Power Systems, Ltd. (MHPS), yang beribu pejabat di Yokohama, Jepun, adalah merupakan satu usaha sama yang dibentuk pada Februari 2014 oleh Mitsubishi Heavy Industries, Ltd. dan Hitachi, Ltd. yang menggabungkan operasi mereka di dalam sistem penjanaan kuasa terma dan perniagaan lain yang berkaitan. MHPS baru-baru ini mengumumkan bahawa nama mereka akan diubah kepada Mitsubishi Power. MHPS hari ini berada di antara pembekal yang terkemuka di dunia bagi peralatan dan perkhidmatan ke pasaran penjanaan kuasa, dengan disokong oleh 100 bilion yen dalam bentuk modal dan kira-kira 20,000 orang pekerja di seluruh dunia. Produk-produk Syarikat itu termasuk GTCC (kitaran gabungan turbin gas) dan loji kuasa IGCC (kitaran gabungan penggasan arang batu bersepadu), loji kuasa yang dijanakan oleh gas/arang batu/minyak (wap), dandang, penjana, turbin gas dan wap, loji kuasa geoterma, AQCS (sistem kawalan kualiti udara), peralatan periferal loji kuasa dan sel bahan bakar oksida pepejal (SOFC). Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Syarikat itu di
https://www.mhps.com.
Ikuti kami di
https://twitter.com/MHPS_Global, atau
http://www.linkedin.com/showcase/mhpsLihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200519005485/en/HubungiNaoya Kanamura
Timbalan Pengurus
Kumpulan Komunikasi Korporat
Mitsubishi Hitachi Power Systems, Ltd.
Mudah Alih: +81-(0)80-9592-0069
E-mel:
naoya_kanamura@mhps.comSumber : Mitsubishi Hitachi Power Systems, Ltd.Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA