ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  2AFRICA: AFRIKA DAN RAKAN KERJASAMA GLOBAL MENGUMUMKAN KABEL DASAR LAUT TRANSFORMATIF UNTUK SAMBUNGAN INTERNET MASA HADAPAN DI AFRIKA

Thursday 21/05/2020



Table
Peta bagi negara-negara pendaratan 2Africa. (Foto: Business Wire)


2Africa adalah salah satu projek dasar laut terbesar di dunia, yang menghubungkan 23 buah negara di Afrika, Timur Tengah dan Eropah dan diperluaskan ke Asia melalui kabel dasar laut utama Eropah-ke-Asia

HONG KONG, 21 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- China Mobile International, Facebook, MTN GlobalConnect, Orange, stc, Telecom Mesir, Vodafone dan WIOCC hari ini mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama untuk membina 2Africa, yang akan menjadikan kabel dasar laut paling komprehensif bagi menyalurkan perkhidmatan kepada benua Afrika dan rantau Timur Tengah, dan juga menghubungkan melalui Afrika timur dengan kabel dasar laut yang lain bagi memperluaskan sambungan di Asia. Pihak-pihak itu telah melantik Alcatel Submarine Networks (“ASN”) untuk membina kabel tersebut di dalam sebuah projek yang dibiayai sepenuhnya yang akan meningkatkan sambungan yang ketara merentasi Afrika dan Timur Tengah.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200514005389/en/

Dengan jarak panjang 37,000km, 2Africa akan menjadi salah satu projek kabel dasar laut terbesar di dunia dan akan menghubungkan Eropah (ke arah timur melalui Mesir), Timur Tengah (melalui Arab Saudi), dan 21 pendaratan di 16 buah negara di Afrika. Sistem itu dijangka beroperasi pada tahun 2023/4, dengan menyampaikan lebih daripada jumlah gabungan kapasiti bagi kesemua kabel dasar laut yang  menyalurkan perkhidmatan ke Afrika pada hari ini, dengan kapasiti yang direka sehingga 180Tbps pada bahagian-bahagian utama pada sistem itu. 2Africa akan menyampaikan kapasiti dan kebolehpercayaan internet yang sangat diperlukan merentasi sebahagian besar Afrika, dengan melengkapkan permintaan kapasiti yang pesat berkembang di Timur Tengah dan menyokong pertumbuhan seterusnya bagi akses jalur lebar 4G, 5G dan tetap untuk ratusan juta orang.

Di negara-negara di mana kabel 2Africa akan mendarat, penyedia perkhidmatan akan mendapatkan kapasiti di pusat-pusat data neutral pembawa atau stesen pendaratan kabel akses terbuka secara adil dan saksama. Ini akan menyokong pembangunan ekosistem internet yang sihat dengan memudahkan peningkatan kemudahan akses bagi perniagaan dan pengguna.

Kabel 2Africa telah direka untuk meningkatkan daya tahan dan memaksimumkan prestasi, termasuk pilihan bagi sebuah lintasan optik yang lancar di antara Afrika Timur dan Eropah. Pihak-pihak 2Africa dan Airtel telah menandatangani satu perjanjian dengan Telecom Mesir untuk menyediakan sebuah lintasan yang serba baharu bagi menghubungkan Laut Merah dan Mediterranean, yang pertama dalam lebih satu dekad. Ini termasuk stesen pendaratan kabel baharu dan penyebaran gentian generasi seterusnya pada dua laluan terestrial yang baharu dan berbeza selari dengan Terusan Suez dari Ras Ghareb ke Pelabuhan Said, dan satu sambungan dasar laut baharu yang akan menyediakan satu laluan ketiga di antara Ras Ghareb dan Suez.

Kabel 2Africa itu akan melaksanakan satu teknologi baharu, SDM1 dari ASN, yang membolehkan penggunaan sehingga 16 pasangan gentian dan bukan lapan pasangan gentian yang disokong oleh teknologi yang lebih lama, sekali gus membawakan kapasiti yang jauh lebih besar dan penjimatan kos yang lebih. Kabel itu akan menggabungkan teknologi pertukaran optik bagi membolehkan pengurusan jalur lebar yang fleksibel. Kedalaman penanaman kabel juga telah meningkat sebanyak 50% jika dibandingkan dengan sistem yang lebih lama, dan penghalaan kabel akan mengelakkan lokasi yang mengalami gangguan dasar laut yang diketahui, kesemuanya membantu untuk memastikan tahap ketersediaan yang paling tinggi.

“Pelancaran 2Africa membolehkan kami untuk menawarkan kepada sambungan yang lancar di antara Afrika dan Eropah kepada para pelanggan, bersama dengan sumber kabel dasar laut SEA-ME-WE 5 dan AAE-1 kami untuk terus diperluaskan ke Asia, yang merupakan satu kejayaan penting bagi strategi pembangunan global kami,” kata Jessica Gu, Pengarah & Ketua Pegawai Teknologi bagi China Mobile International. “Kapasiti maksimum dan penghantaran yang lebih cepat membolehkan kami untuk memenuhi keperluan negara-negara Afrika pada hari ini dan pada masa depan, yang mencerminkan komitmen tegas kami untuk membangunkan sebuah kehidupan digital global.”

“Kami sangat teruja kerana dapat bekerjasama dengan rakan-rakan 2Africa kami pada kabel dasar laut yang paling komprehensif yang akan menyalurkan perkhidmatan kepada benua itu,” kata Najam Ahmad, Naib Presiden, Infrastruktur Rangkaian di Facebook. “2Africa adalah satu elemen utama bagi pelaburan kami yang berterusan di Afrika untuk membawa lebih ramai orang dalam talian ke internet yang lebih pantas. Kami telah melihat sendiri kesan positif yang dibawa oleh peningkatan sambungan kepada komuniti, dari pendidikan sehingga kepada penjagaan kesihatan. Kami tahu bahawa ekonomi akan berkembang apabila terdapat internet yang boleh diakses secara meluas untuk perniagaan. 2Africa adalah satu tonggak utama yang menyokong perkembangan internet yang luar biasa ini sebagai sebahagian daripada ekonomi digital Afrika yang terus meningkat.”

Menurut Frédéric Schepens, Ketua Pegawai Eksekutif bagi operasi borongan Kumpulan MTN, MTN GlobalConnect, “MTN GlobalConnect gembira kerana dapat turut serta di dalam projek kabel dasar laut 2Africa yang berani ini. Inisiatif ini melengkapkan strategi gentian terestrial MTN GlobalConnect untuk menghubungkan negara-negara Afrika di antara satu sama lain dan ke seluruh dunia. Kami bangga kerana dapat memainkan satu peranan penting di dalam menyediakan manfaat bagi sebuah kehidupan moden yang bersambung – satu teras kepercayaan MTN.”

Alioune Ndiaye, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Orange Timur Tengah dan Afrika, berkata, “Sebagai satu daripada operator telekomunikasi perkhidmatan pelbagai yang terkemuka di dunia dan wujud di 18 buah negara di Afrika dan Timur Tengah, adalah wajar bagi Orange untuk menjadi sebahagian daripada projek 2Africa. Pelaburan utama ini akan melengkapkan infrastruktur terestrial dasar laut dan pan-Afrika kami yang sedia ada untuk menyediakan akses kepada sambungan antarabangsa dengan cara yang berlebihan di seluruh pantai barat Afrika. Ini akan membolehkan Orange untuk memenuhi permintaan bagi peningkatan lebar jalur yang diperlukan untuk pengembangan digital yang berterusan bagi rantau di seluruh sistem 2Africa.”

Mohammed A. Alabbadi, Naib Presiden Borongan di stc mengulas, “stc gembira kerana dapat menjadi sebuah Rakan dalam 2Africa. Kabel 2Africa itu akan disepadukan ke dalam pusat data MENA Gateway (MG1) di Jeddah, bagi membolehkan pelanggan untuk mengakses kandungan antarabangsa kami yang luas dan memperkembangkan sambungan serantau mereka melalui rangkaian geo-mesh terestrial stc yang meluas ke semua negara jiran. Ini sudah pasti akan memainkan satu peranan penting di dalam meningkatkan kemampuan jaringan antarabangsa stc, dan pada masa yang sama turut menempatkan stc sebagai sebuah pemain digital serantau terkemuka di wilayah MENA. Perkongsian itu menunjukkan komitmen stc, sejajar dengan Visi Saudi 2030, untuk menyampaikan transformasi digital yang bermakna dan membina sebuah masyarakat digital untuk semua.”

Adel Hamed, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Telecom Mesir, mengulas, “Sumbangan Telecom Mesir kepada 2Africa menandakan satu kejayaan penting di dalam usaha kami untuk menyumbang kepada transformasi digital di Afrika. Hubungan Mesir dengan negara-negara Afrika telah dan akan selalu menjadi satu keutamaan bagi Mesir, ia diperluaskan di sini untuk menjajarkan dengan  strategi Mesir bagi menyumbang di dalam pembangunan semasa di Afrika. Kami berasa istimewa untuk menjadi sebahagian daripada sebuah projek revolusi bersama dengan rakan-rakan global dan Afrika yang terkenal. Selama bertahun-tahun, kami telah mencapai langkah-langkah nyata dalam memperbaiki infrastruktur antarabangsa kami dan meningkatkan aset kepelbagaian geo kami agar dapat mengikuti peningkatan permintaan global untuk lebar jalur yang besar dan jangkauan global. Kami percaya bahawa 2Africa akan menjadi satu penambahan yang lumayan kepada pelaburan kami yang pelbagai di dalam industri kabel dasar laut.”

“Meningkatkan sambungan bagi Afrika adalah satu langkah penting yang menjadi landasan bagi peningkatan digital merentasi seluruh benua,” kata Vinod Kumar, Ketua Pegawai Eksekutif Vodafone Business. “2Africa akan memberikan perniagaan dan pengguna tempatan satu pengalaman dalam talian yang lebih baik dan pada masa yang sama lebih banyak sambungan di antara Afrika, Eropah dan Timur Tengah akan membantu untuk membina sebuah masyarakat digital yang lebih luas dan inklusif merentasi seluruh dunia. Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan rakan-rakan kami di dalam projek ini untuk membantu menyampaikannya.”

Ketua Pegawai Eksekutif WIOCC, Chris Wood, berkata, “Selama lebih satu dekad WIOCC telah menjadi penyedia berkapasiti hiperskala untuk Afrika, berdasarkan kepada satu strategi pelaburan strategik yang berterusan di dalam infrastruktur dasar laut dan terestrial yang penting. Penyertaan di dalam 2Africa meneruskan komitmen ini untuk menyediakan pengguna berkapasiti besar dengan jaringan yang berdaya tahan yang mereka perlukan bagi menyokong keperluan lebar jalur pelanggan mereka yang semakin meningkat. Pelaburan kami membuktikan keupayaan rangkaian kami untuk masa depan dan memberikan daya tahan tambahan untuk memaksimumkan masa kendali bagi infrastruktur kritikal kami.”

Alain Biston, Presiden bagi Alcatel Submarine Networks berkata, “Kami berbesar hati dengan kepercayaan oleh rakan-rakan kami dan bangga kerana dipilih untuk projek ini. Dengan sistem dasar laut yang canggih ini, Afrika akan membuat lonjakan yang besar kepada era digital berkat teknologi terbaik dalam kelasnya. Afrika adalah satu kisah panjang bagi ASN: kami telah menggerakkan sebahagian besar kabel dasar laut di seluruh benua. 2Africa akan menjadi satu bab baharu yang hebat!”

Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web 2Africa di www.2AfricaCable.com.

(NB. Laman web itu mungkin memerlukan masa sehingga 48 jam untuk beroperasi secara langsung selepas penyiaran pengumuman ini. Sementara itu, sila hubungi contact@2AfricaCable.com  untuk sebarang pertanyaan).

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200514005389/en/

Hubungi

Media:
Yan Cheng
contact@2AfricaCable.com

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Sumber : China Mobile International

--BERNAMA 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.