ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 23, 2024 -Selasa

 
  PLATFORM ONKOLOGI PRAKLINIKAL PENTING BERKEMBANG UNTUK MERANGKUMI MODEL ORGANOID DITERBITKAN DARIPADA PESAKIT YANG BAHARU

Wednesday 27/05/2020



~ Organoid Diterbitkan daripada Pesakit (PDO) HUB ditambahkan kepada platform unik CrownBio yang direka bentuk untuk mengganggu aliran kerja penemuan ubat tradisional ~

SAN DIEGO, 27 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Crown Bioscience hari ini mengumumkan pengembangan platform organoid unik mereka dengan tambahan 130 organoid diterbitkan daripada pesakit (PDO) Hubrecht Organoid Technology (HUB). Hal ini menandakan perkembangan penting dalam pembangunan platform organoid inovatif CrownBio dan ketersediaan komersial skala besar pertama PDO HUB untuk perkhidmatan penemuan ubat onkologi.

Teknologi organoid sedang mentransformasikan pembangunan ubat onkologi dan mengganggu aliran kerja yang diikuti secara tradisional. CrownBio mempunyai lesen eksklusif daripada HUB untuk menyediakan perkhidmatan pembangunan dan pengesahan ubat onkologi praklinikal menggunakan Teknologi Organoid HUB yang terkemuka, yang pada awalnya dibangunkan oleh Clevers lab.

“Model organoid akan merevolusikan cara penyelidikan onkologi praklinikal dijalankan,” kata Henry Li, PhD, ketua pegawai saintifik di CrownBio. “Menggunakan organoid, penyaringan ubat akan berkembang daripada aliran kerja linear semasa kepada pendekatan penyaringan hasil tinggi yang mengikut matriks, membolehkan calon utama diuji secara serentak merentasi berbilang populasi pesakit dalam sistem model yang mudah diskala dan relevan secara klinikal.”

Model yang baru tersedia ini menyertai platform CrownBio yang platform organoid diterbitkan daripada PDX (PDXO) yang telah mantap dan terus berkembang. PDXO dijana menggunakan protokol HUB untuk menerbitkan organoid tumor daripada koleksi PDX CrownBio, yang merupakan panel PDX yang tersedia secara komersial yang terbesar di dunia. Panel pelengkap pesakit dan organoid diterbitkan daripada PDX serta model PDX induk, memberikan peluang untuk mengubah cara penemuan ubat dilakukan.

Koleksi gabungan model diterbitkan daripada pesakit in vitro dan in vivo mempunyai kerelevanan dan kebolehramalan klinikal, dan pasangan model yang dipadankan menawarkan lebih banyak peralihan berkesan dan termaklum daripada kajian in vitro kepada in vivo untuk membantu dalam mengurangkan kadar atrisi yang tinggi pada masa ini dalam agen antikanser.

“Saya berasa sukacita untuk melihat biobank Organoid HUB tersedia untuk komuniti penyelidikan yang lebih luas bagi penemuan ubat onkologi,” kata Rob Vries, PhD, ketua pegawai eksekutif HUB. “Kerjasama kami dengan CrownBio terus melengkapi syarikat farmaseutikal dan bioteknologi dengan model canggih yang diperlukan untuk mentransformasikan program pembangunan agen antikanser mereka.”

Manfaat model PDO yang baru tersedia merangkumi ketersediaan organoid yang diterbitkan daripada tisu yang bukan malignan dan sihat. Ini membolehkan kajian PDO dikawal dengan baik untuk mengkaji ketoksikan sebatian dan tetingkap terapeutik, termasuk kawalan tisu yang sepadan.

Model baharu ini merangkumi petunjuk penting kanser payudara, kolon, paru-paru dan pankreas dan diterbitkan secara langsung daripada pesakit Eropah. Pengumpulan ini termasuk PDO daripada lesi utama dan metastatik, berbilang lesi daripada pesakit yang sama untuk menangkap keanekajenisan intra-pesakit, serta kedua-dua organoid tumor dan sihat.

Platform organoid CrownBio tersedia kepada klien secara global. Model PDO yang baru diperoleh telah selesai dipindahkan kepada CrownBio. Model PDO ini tersedia untuk kajian klien serta-merta untuk penilaian keberkesanan dan kemujaraban, pengoptimuman strategi gabungan dan pemilihan calon utama.

Perihal Crown Bioscience Inc.

Crown Bioscience, sebuah syarikat JSR Life Sciences, merupakan sebuah syarikat perkhidmatan penemuan dan pembangunan ubat global yang menyediakan platform translasi untuk memajukan kajian onkologi, keradangan, penyakit metabolisme. Dengan portfolio menyeluruh bagi model berkaitan dan alat ramalan, Crown Bioscience membolehkan pelanggan menyampaikan calon klinikal yang superior. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati:

• https://www.crownbio.com
• https://www.jsrlifesciences.com

Perihal HUB

Hubrecht Organoid Technology (HUB) diasaskan secara bersama oleh Hubrecht Institute, University Medical Center Utrecht, dan Royal Netherlands Academy of Arts and Sciences. HUB terdiri daripada platform mengubah paradigma untuk penemuan dan pembangunan ubat, stratifikasi pesakit (pra)klinikal, diagnosis ramalan, ubat diperibadikan, dan diagnosis peneman. HUB memanfaatkan hasil kerja perintis Prof. Hans Clevers, yang menemukan kaedah untuk menumbuhkan ‘organ mini’ (Organoid HUB) daripada tisu epitelium manusia yang diterbitkan daripada sel stem dewasa. Organoid HUB, yang merupakan sebahagian daripada biobank hidup, dicirikan dengan jujukan genom, pemprofailan ekspresi dan kesensitifan terhadap ubat yang diketahui dan bereksperimen untuk mewujudkan pangkalan data yang menghubungkan maklumat genetik dan transkrip kepada keresponsifan ubat. HUB menawarkan lesen kepada Teknologi Organoid berpatennya dan menyediakan perkhidmatan (pra)klinikal dan percubaan klinikal, kerjasama penyelidikan dan pembangunan, diagnostik ramalan dan akses kepada `biobank hidup`. Maklumat lanjut di https://huborganoids.nl/

Pertanyaan Media:

Crown Bioscience
Jody Barbeau
pr@crownbio.com

HUB
Svenja Meiler
marketing@huborganoids.nl

SUMBER: Crown Bioscience

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.