Pengintegrasian akan membolehkan jenama-jenama untuk mengukur penukaran dan mengoptimumkan pengiklananSINGAPURA, 28 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- ZALORA, destinasi fesyen dalam talian terkemuka di Asia, dan The Trade Desk, sebuah platform teknologi pengiklanan global, telah bersetuju untuk bekerjasama dalam pengintegrasian atribusi merentasi Asia. Pengintegrasian atribusi itu akan membolehkan jenama-jenama yang mengambil bahagian yang menjual di ZALORA dengan peluang untuk mengukur penukaran dan nilai jualan yang dijanakan daripada kempen pengiklanan yang disampaikan melalui The Trade Desk.
ZALORA adalah sebuah destinasi beli-belah dalam talian untuk berjuta-juta pengguna fesyen di Singapura, Indonesia, Malaysia, Filipina, Hong Kong dan Taiwan. ZALORA menawarkan sebuah koleksi yang pelbagai bagi jenama-jenama antarabangsa dan tempatan yang terkemuka, serta label dalaman untuk pakaian, kasut dan aksesori bagi lelaki dan wanita. Di bawah perkongsian itu, ZALORA memiliki keupayaan untuk mencatat atribusi bagi mana-mana pengguna yang melihat atau mengklik sesuatu iklan sebelum membeli jenama itu di ZALORA. Ini bermakna bahawa jenama-jenama yang layak mungkin dapat mengoptimumkan kempen mereka yang berjalan di The Trade Desk semasa ia sedang berjalan.
“Kerjasama ZALORA dengan The Trade Desk membuka banyak kemungkinan bagi kami dan rakan jenama kami. Ini akan membolehkan kami untuk memperkasakan jenama dengan data bagi mengoptimumkan kempen dan menjangkau ke lebih banyak pelanggan yang relevan. Ini juga bermaksud bahawa pembeli ZALORA mendapat pengalaman penemuan produk yang lebih baik semasa mereka mengimbas katalog. Data adalah sumber dan peranti paling penting untuk eDagang dan pengiklanan, dan kami gembira kerana dapat mengadakan perkongsian platform sisi permintaan ini dengan The Trade Desk,” kata Jo Bjordal, Ketua Pegawai Pemasaran, Kumpulan ZALORA.
“ZALORA telah berada di barisan hadapan eDagang sejak mereka dilancarkan pada tahun 2012,” kata Mitch Waters, Naib Presiden Kanan, Asia Tenggara Australia dan New Zealand, The Trade Desk. “Memandangkan tumpuan bersama kami adalah kepada pengukuran, ZALORA adalah platform yang sempurna untuk menunjukkan pengintegrasian bagi
eDagang dan pengiklanan yang dipacu oleh data melalui penukaran dan nilai jualan.”
Pengintegrasian itu memberi peluang kepada jenama yang layak untuk memahami laluan pengguna untuk membeli di ZALORA dan mengaitkan penjualan dalam talian mereka dengan iklan yang berjalan melalui The Trade Desk. Jenama yang mengambil bahagian akan dapat mengakses penyelesaian pengukuran ini melalui akaun The Trade Desk mereka.
MAKLUMAT MENGENAI KUMPULAN ZALORA:ZALORA adalah destinasi fesyen dalam talian di Asia. Diwujudkan pada tahun 2012, syarikat itu mempunyai kehadiran di Singapura, Indonesia, Malaysia & Brunei, Filipina, Hong Kong dan Taiwan. ZALORA adalah merupakan sebahagian daripada Kumpulan Global Fashion, peneraju fesyen dalam talian di dunia untuk pasaran baru muncul. ZALORA menawarkan koleksi pelbagai jenama dan produk antarabangsa dan tempatan yang terkenal merentasi kategori pakaian, kasut, aksesori, dan kecantikan untuk lelaki dan wanita. Dengan menawarkan pemulangan percuma sehingga 30 hari, penghantaran cepat sepantas 3 jam di beberapa pasaran, penghantaran percuma melebihi jumlah perbelanjaan tertentu, dan pelbagai kaedah pembayaran termasuk bayar waktu terima, ZALORA adalah destinasi beli-belah dalam talian dengan kemungkinan fesyen yang tidak berkesudahan.
MAKLUMAT MENGENAI KUMPULAN GLOBAL FASHION: Kumpulan Global Fashion adalah destinasi runcit fesyen dan gaya hidup terkemuka di Asia Pasifik, Amerika Latin dan CIS. Kami menghubungkan lebih daripada 10,000 jenama global, tempatan dan sendiri ke sebuah pasaran yang mengandungi lebih daripada satu bilion pengguna melalui empat platform e-dagang yang mantap: THE ICONIC, ZALORA, dafiti dan lamoda. Melalui pengalaman pelanggan yang memberi inspirasi dan lancar yang dibolehkan oleh ekosistem teknologi dan infrastruktur operasi kami sendiri, kami berdedikasi untuk menjadi destinasi fesyen dan gaya hidup #1 di pasaran kami. Dengan 17 pejabat dan 10 pusat pemenuhan merentasi empat benua, GFG dengan bangganya menggerakkan sebuah pasukan yang dinamik dan pelbagai dengan pengetahuan dan kepakaran tempatan yang mendalam. Pada tahun 2019, GFG menghantar lebih dari 34 juta pesanan kepada lebih dari 13 juta Pelanggan Aktif.
GFG disenaraikan di Bursa Saham Frankfurt (GFG.DE) ISIN: LU2010095458.
Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.global-fashion-group.comMAKLUMAT MENGENAI THE TRADE DESK: The Trade Desk™ adalah sebuah syarikat teknologi yang memberi kuasa kepada pembeli iklan. Melalui platform layan diri, berasaskan awan, pembeli iklan boleh membuat, mengurus, dan mengoptimumkan kempen pengiklanan digital merentasi format dan peranti pengiklanan. Pengintegrasian dengan rakan data, inventori, dan rakan penerbit utama memastikan jangkauan maksimum dan keupayaan membuat keputusan, dan API perusahaan memungkinkan pengembangan khusus di atas platform. Beribu pejabat di Ventura, CA, The Trade Desk mempunyai pejabat di seluruh Amerika Utara, Eropah, dan Asia Pasifik. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari thetradedesk.com atau ikuti kami di Facebook, Twitter, dan LinkedIn.