ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  INTERNATIONAL SPIRITS & WELLNESS HOLDINGS MENYERTAI PERSETUJUAN KERJASAMA DENGAN PENGEDAR SAH KELENGKAPAN PERLOMBONGAN KRIPTO TERLARIS

Friday 29/05/2020



Kerjasama berlandaskan kekuatan kedua belah pihak untuk menggabungkan pengurusan jenama global dengan penyelesaian perlombongan kripto yang inovatif

LAS VEGAS, 29 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
International Spirits & Wellness Holdings, Inc. (OTC: ISWH) (“ISW Holdings” atau “Syarikat”), sebuah syarikat berpegangan pengurusan jenama global, mengumumkan persetujuannya untuk kerjasama baru dengan Bit5ive LLC, peneraju global dalam perlombongan mata wang kripto dan penyelesaian perlombongan serah kunci inovatif.

Bit5ive merupakan rakan pengedar sah Bitmain, pembuat tanpa fasa terkemuka industri bagi cip pengkomputeran dan pengedar Antminers kepada lebih daripada 30 negara di Amerika Latin, Amerika Tengah dan Caribbean. Sebagai tambahan, Bit5ive merupakan penghasil dan pengedar POD5 dan Power Skid 2.5, infrastruktur yang paling berkesan dan efisien untuk perkakasan perlombongan kripto. Bit5ive telah menjadi satu daripada syarikat terbesar yang berpangkalan di A.S. terpantas dalam industri perlombongan mata wang kripto dan ladang bitcoin. Kerjasama dengan ISW Holdings ialah antara rentetan kejayaan terbaru Syarikat dan petanda minat yang berkembang dalam teknologi bitcoin dan blockchain.

“Kami telah mencapai pertumbuhan yang memberangsangkan dan mencapai beberapa tanda aras utama dalam tiga tahun lalu, memajukan pekerja kami di samping memperkasakan kepakaran kami dalam masa yang sama”, ujar CEO Bit5ive, Robert Collazo. “Ia penting agar kami meneruskan inovasi dan berdiri setara dengan kehendak industri daripada segenap aspek”.

Untuk mendapatkan butiran lanjut dan pernyataan masa hadapan, lihat keseluruhan pengumuman: http://nnw.fm/ISWHoldingsBit5iveAnnouncement

Pasaran teknologi bitcoin, dinilai pada USD $293.66 juta pada 2019, dijangka mencapai USD $477 juta menjelang tahun 2025, menurut Mordor Intelligence.

“Kami sangat teruja untuk mengembangkan portfolio semasa kami dan memasuki sebuah sektor yang kami percaya kukuh untuk pertumbuhan teknologi dan kewangan”, ujar Presiden dan Pengerusi ISW Holdings, Alonzo Pierce. “Persetujuan kerjasama baru ini mendayakan kami untuk berkolaborasi dengan pasukan yang pakar di Bit5ive untuk menginovasikan infrastruktur yang diperlukan bagi menjalankan projek perlombongan kripto yang efisien dan menguntungkan, juga untuk mengambil peluang pertumbuhan menakjubkan pasaran kripto yang diramalkan”.

Perihal Bit5ive

Bit5ive merupakan peneraju dalam pusat data perlombongan mata wang kripto dengan beberapa projek kini dalam pembangunan di Amerika Syarikat. Kejayaan Bit5ive terletak dalam komitmennya terhadap klien, terdiri daripada pelbagai bidang dan kerjaya. Ibu pejabat korporat Bit5ive berpangkalan di Miami, Florida, yang berperanan sebagai hab pengurusan untuk pusat datanya, jualan dan perkhidmatan pelanggan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.Bit5ive.com

Perihal ISW Holdings

ISW Holdings, Inc. (ISWH), berpangkalan di Nevada, ialah syarikat portfolio pelbagai yang terdiri daripada jaluran perniagaan penting yang memenuhi permintaan produk pelanggan. Kepakaran kami terletak pada pembangunan jenama strategik, pemudahan pertumbuhan awal, juga identiti jenama menerusi proses pemerolehan proprietari kami. Bersama dengan rakan kami, kami bertujuan untuk memberikan struktur yang memenuhi permintaan berskala besar, juga keperluan pasaran yang dijangka. Kami berjaya memenuhi permintaan ini menerusi pelbagai proses inovatif yang strategik.

ISWH mencipta dan menguruskan jenama merentas lingkungan industri disruptif. Ia membawa syarikat proprietarinya menerusi fasa kritikal pembangunan pasaran, yang termasuk pengkonsepan, strategi ke pasaran, kejuruteraan, penyepaduan produk dan keberkesanan pengedaran. Syarikat juga telah bekerjasama dengan syarikat pembangunan perisian dan perunding terkemuka, Bengala Technologies LLC, yang membangunkan peningkatan signifikan dalam ruang pengurusan rantaian bekalan; dan kerjasama tersebut mempunyai paten menunggu yang sangat diperlukan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.iswholdings.com

Hubungan Syarikat:
Perhubungan Pelabur
info@ISWHoldings.com

Hubungan Perkhidmatan Berwayar:
NetworkWire (NW)
New York, New York
www.NetworkWire.com 
212.418.1217 Pejabat
Editor@NetworkWire.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di 
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/3bbfdd35-d7f7-4932-b3f1-05c9b7157dcd/ms

SUMBER: International Spirits & Wellness Holdings, Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.