|
|
Disember 17, 2024 -Selasa |
|
|
|
|
|
|
CHENGDU KINI MENJADI ENJIN YANG MEMACUKAN PEMBANGUNAN DI CHINA
Friday 29/05/2020
AsiaNet 84197
CHENGDU, China, 29 Mei, 2020 /Xinhua-AsiaNet/-- Pada 28 April, laman web rasmi Kerajaan Wilayah Sichuan telah mengeluarkan Jawapan dan Kelulusan dari Kerajaan Rakyat Wilayah Sichuan untuk Penubuhan bagi Kawasan Baharu Chengdu Timur. Menurut dokumen itu, Kawasan Baharu Chengdu Timur akan menjadi sebuah “platform baharu untuk pembentukan Lingkaran Ekonomi Chengdu-Chongqing”. Chengdu dan Chongqing adalah dua bandar raya mega berjiran yang terletak di China barat, dan penduduk dari kedua-dua bandar raya tersebut berkongsi adat dan kebiasaan makan yang serupa. Pada Januari tahun ini, istilah “Lingkaran Ekonomi Chengdu-Chongqing” telah dicipta, di mana kerajaan China berhasrat untuk meletakkannya sebagai “tiang pertumbuhan penting bagi pembangunan berkualiti tinggi”.
Sebagai satu daripada dua bandar raya utama bagi “Lingkaran Ekonomi Chengdu-Chongqing”, pengembangan Chengdu sejak beberapa tahun yang lalu telah menarik perhatian yang meluas dari seluruh dunia. Pada Oktober 2019, menurut satu kedudukan yang disusun oleh Milken Institute, sebuah badan pemikir di Amerika Syarikat, yang menempatkan 262 bandar raya China berdasarkan kepada sembilan indeks pembangunan, Chengdu telah mengatasi Shenzhen untuk menduduki tempat teratas dalam senarai Bandar Raya China yang berprestasi terbaik. “Data dari kedudukan Bandar raya China yang berprestasi terbaik dengan jelas menunjukkan bahawa inovasi saintifik dan teknologi adalah tonggak untuk transformasi bagi bandar raya-bandar raya China di masa hadapan.” Huang Huayue, Pengurus Besar bagi Jabatan Penyelidikan di Milken Institute Asia Center dan pengarang bersama bagi laporan itu, menunjukkan bahawa “Chengdu sedang membangunkan sebuah sfera perindustrian berteknologi tinggi dan moden dengan reputasi antarabangsa yang mantap dan meningkatkan pengaruh ekonomi mereka di dalam pembangunan bagi wilayah barat China, yang kedua-duanya sesuai dengan tahap pengaruh yang lazim bagi sebuah bandar raya teras dalam sebuah megalopolis.”
Untuk merangsangkan dorongan dan potensi perindustrian, mengeram dan memupuk perusahaan teknologi dan inovatif tempatan, dan menarik lebih banyak syarikat teknologi dan inovatif untuk mewujudkan kehadiran di bandar raya itu, Chengdu telah mewujudkan sebuah “Pulau Unikorn” di Kawasan Baharu Tianfu di selatan bandar raya itu, yang juga merupakan kompleks perindustrian pertama di dunia yang terlibat terutamanya di dalam pengeraman dan pemupukan syarikat unikorn. Pada masa ini, struktur utama bagi Pusat Pameran dan Konvensyen yang kompleks itu akan siap dibina tidak lama lagi, sementara keseluruhan projek dijangka siap pada tahun 2022. Selain “Pulau Unikorn” itu, “Pusat Perniagaan dan Inovasi bagi Kerjasama China-Eropah” juga sedang meningkat dengan pantas sebagai destinasi pilihan utama di China barat di antara syarikat teknologi dan inovatif di seluruh dunia. Pada masa ini, lebih daripada 50 organisasi dan syarikat terkenal di dunia seperti AWS Joint Innovation Center, Greater China HQ dari syarikat Norway Opera, perusahaan internet benda Perancis Sigfox dan Global Asia-Pacific HQ dari firma Vertu U.K.
Pengumpulan dan pertumbuhan perusahaan membawa bersama penduduk dan trafik kargo yang lebih sibuk di antara bandar raya dan sebagai bandar raya berpusat nasional yang paling hampir dengan Eropah, status Chengdu sebagai sebuah hab antarabangsa juga menjadi semakin jelas. Lapangan Terbang Antarabangsa Chengdu Shuangliu adalah hab penerbangan nombor empat bagi tanah besar China, di mana 127 laluan antarabangsa (serantau) menyediakan akses ke lima buah benua. Lapangan Terbang Antarabangsa Tianfu yang kini dalam pembinaan dijangka beroperasi pada tahun 2021, yang akan menempatkan Chengdu sebagai kota ketiga di tanah besar China di belakang Beijing dan Shanghai untuk memiliki dua lapangan terbang antarabangsa mereka sendiri. Pada masa yang sama, Chengdu juga merupakan pusat perkapalan pengangkutan barangan kereta api China untuk akses ke Eropah. Jumlah pelepasan bagi China-Europe Railway Express dari Chengdu telah mengekalkan kedudukan teratas mereka di negara itu selama tiga tahun berturut-turut. Walaupun menghadapi impak wabak COVID-19, pada Januari dan Februari tahun ini, China-Europe Railway Express dari Chengdu masih mencatatkan 267 pelepasan, yang sebenarnya menyamai lonjakan 88% yang menakjubkan berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lalu.
Kedudukan hab penting bagi bandar raya itu adalah sama hebatnya di peringkat domestik. Pada masa ini, Garisan Tengah Kereta api Berkelajuan Tinggi Chengdu-Chongqing sepanjang 280km, kereta api berkelajuan tinggi ketiga di antara Chengdu dan Chongqing, sedang dibina, dan apabila siap kelak, masa yang diperlukan untuk perjalanan di antara kedua-dua bandar raya itu akan dikurangkan dari 90 minit pada hari ini kepada hanya 50 minit. Ini adalah satu lagi langkah penting yang bermanfaat kepada pembentukan “Lingkaran Ekonomi Chengdu-Chongqing” dan penyatuan Kluster Bandar raya Chengdu-Chongqing. Chengdu menggunakan sebuah “kawasan baharu” untuk mewujudkan gerbang timur yang bermanfaat kepada pembentukan lingkaran ekonomi dua bandar raya itu. Mungkin “Lingkaran Ekonomi Chengdu-Chongqing” akan menjadi Delta Megalopolis Sungai Yangtze China yang seterusnya dan pemacu penting yang mendorong pertumbuhan ekonomi China yang berkekalan dan mantap dalam tempoh beberapa dekad akan datang, dan sementara itu Chengdu adalah enjin utama yang akan menyediakan tenaga penggerak teras. Sumber: Kawasan Baharu Chengdu Timur
--BERNAMA |
|
|
|
|
|