ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  HUAYU 101, SUMBER DALAM TALIAN ANDA YANG TERBAIK UNTUK BELAJAR BAHASA CINA MANDARIN

Wednesday 10/06/2020


Huayu 101, Sumber Dalam Talian Anda yang Terbaik untuk Belajar Bahasa Cina Mandarin (Foto: Business Wire)



TAIPEI, Taiwan, 10 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Huayu 101, sebuah platform pembelajaran bahasa Cina Mandarin dalam talian yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Taiwan (MOE) bagi orang asing untuk penginapan jangka pendek di Taiwan, telah melancarkan enam senario pembelajaran baharu pada tahun ini untuk pelajar bahasa Cina.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200609005358/en/

Ditauliahkan oleh MOE pada tahun 2017, University Taipei telah membangunkan enam bab bagi senario pembelajaran yang mengumpulkan dialog untuk bahasa harian orang Cina, yang meliputi “Ucap Selamat,” “Penginapan,” “Membeli-belah,” “Pesanan,” “Pengangkutan,” dan “Meminta pertolongan.”

Pada tahun ini, ia telah menambahkan lebih banyak perbualan harian kepada Huayu 101, termasuk “Melancong ke kota,” “Aktiviti seni dan budaya,” “Panggilan dan tempahan,” “Pertukaran,” “Berkawan,” dan “Hospital dan pejabat pos.”

Bahan-bahan e-pembelajaran itu memilih perbualan yang paling praktikal yang didasarkan kepada pengalaman pelajar dari negara yang berbeza, dengan senario yang merangkumi ucapan salam, berkawan, pelancongan, perniagaan, pengangkutan, penginapan, membeli-belah, tempahan, dan hospital. Perkataan-perkataan ini dialih suara oleh guru-guru Taiwan dan membolehkan pengguna untuk mengubah perbendaharaan kata yang ingin mereka praktikkan bagi senario yang berbeza.

Tambahan pula, setiap teks digandingkan dengan ilustrasi yang dinamik, membimbing pengguna untuk belajar bahasa Cina dengan berkesan melalui isi kandungan yang disampaikan secara serentak dalam bentuk visual dan lisan.

Menurut MOE, permintaan bagi e-pembelajaran telah meningkat disebabkan oleh kesan daripada wabak koronavirus. Dengan hanya menyambung kepada internet, pengguna boleh mendapatkan akses yang mudah untuk belajar frasa bahasa Cina bagi penggunaan harian pada Huayu 101.

Sebagai tambahan kepada Huayu 101, Pejabat bagi Pendidikan Mandarin Global (OGME) yang ditubuhkan oleh MOE juga menawarkan kursus pembelajaran dalam talian secara percuma untuk guru dan pelajar, termasuk “Bermula Dari Asas,” “Bahasa Cina Pertengahan,” “Siri Buku Cerita FLTA,” “Bahasa Mandarin dalam 300 Perkataan,” dan “Jatuh Cinta Dengan Bahasa Mandarin.”

Sejak laman web Huayu 101 disiarkan secara langsung, ia telah menarik minat kira-kira 90,000 orang pengguna aktif dan mendapat maklum balas positif daripada pelajar dan guru di Taiwan dan luar negara.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200609005358/en/

Hubungi

OGME (Pejabat bagi Pendidikan Mandarin Global)
Rebecca Sung
Tel No: +886-2-2391-1368 sambungan1088
E-mel: c1088@csd.org.tw

Sumber : Pejabat bagi Pendidikan Mandarin Global

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.