ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  BIOTALYS MENGEMBANGKAN PASUKAN EKSEKUTIF DAN PENUBUHAN IBU PEJABAT A.S UNTUK MENGUKUHKAN KEHADIRANNYA DI AMERIKA UTARA

Wednesday 10/06/2020



Melantik Diego Angelo sebagai Ketua Pegawai Perniagaan dan Ketua Biotalys, Inc. untuk bersedia bagi pelancaran biofungisid

GHENT, Belgium dan RESEARCH TRIANGLE PARK, N.C., 10 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Biotalys NV, syarikat perlindungan makanan dan tanaman transformatif, hari ini mengumumkan pengembangan pasukan eksekutif dan penubuhan ibu pejabat A.S baharunya untuk Biotalys, Inc., yang terletak di Research Triangle Park, Carolina Utara. Melantik Diego Angelo kepada jawatan Ketua Pegawai Perniagaan (CBO) dan Ketua subsidiari A.S., Biotalys Inc. yang baharu diwujudkan, Biotalys sedang bersedia untuk pelancaran komersial bagi biofungisid utamanya BioFun-1 – yang pertama daripada platform cemerlangnya bagi penyelesaian biokawalan untuk perlindungan tanaman yang selamat dan mampan serta pengurang pembaziran makanan.

Melaporkan kepada CEO, Patrice Sellès, dan bekerja dengan pasukan eksekutif, Angelo akan menumpukan perhatian terhadap membentuk pasukan yang kukuh sementara memimpin pembangunan perniagaan global, aktiviti pasaran go-to, kecerdasan persaingan dan pengurusan perikatan untuk penyelesaian biokawalan berdasarkan protein syarikat. Di Amerika Syarikat, Angelo akan mengurus operasi untuk Biotalys Inc., serta strategi dan pelaksanaan pembangunan korporat.

Sebagai sebahagian daripada pengembangan global, Biotalys akan meneruskan usaha perekrutan untuk mengukuhkan kehadirannya menjangkaui Carolina Utara di berbilang negeri dengan perniagaan buah dan sayur yang kukuh. Pada awal tahun ini, Carlos Reyes menyertai Biotalys untuk mengetuai program pembangunan lapangan BioFun-1. Reyes bekerja dari Sacramento, CA. Walaupun syarikat membentuk pasukan A.S. dan pejabat di Research Triangle Park, syarikat ini akan terus menggunakan standard penjarakan fizikal yang berkaitan COVID-19 dan garis panduan kerja dari jauh untuk memastikan keselamatan pasukan A.S. yang sedang berkembang.

“Ibu pejabat A.S. baharu kami menempatkan kami di pusat ekosistem pertanian dan teknologi makanan. Research Triangle Park menawarkan himpunan pakar yang hebat dalam komuniti pertanian dan bioteknologi, sementara berkhidmat sebagai penghubung ideal antara pasukan Eropah dengan Amerika Utara kami sementara kami membawa penyelesaian biokawalan cemerlang kami kepada para petani di seluruh dunia,” kata Sellès. “Angelo membawakan kepakaran hebat, rangkaian antarabangsa yang ketara dan rekod prestasi perniagaan yang kukuh. Beliau akan bertanggungjawab untuk menerokai peluang pertumbuhan yang berpotensi secara sepenuhnya untuk platform teknologi kami di seluruh dunia.”

Susulan penutupan pusingan Siri C baru-baru ini, Biotalys sedang memuktamadkan program percubaan lapangan yang berikutnya dan bersedia untuk menyerahkan dosier kawal selia untuk biofungisid utamanya. Biotalys bermatlamat untuk menyampaikan barisan produk yang dengan selamat dan boleh diharap untuk menangani perosak dan penyakit tanaman utama merentasi rantaian pertanian dan nilai makanan.

Diego Angelo, CBO Biotalys, menambah, “Saya bersemangat tentang inovasi dan menggunakan teknologi cemerlang untuk menangani cabaran makanan global dan persekitaran, sambil membantu penanam meningkatkan hasil tanaman dan amalan pertanian. Teknologi disruptif dan biofungisid utama Biotalys, BioFun-1, berada pada kedudukan unik untuk menangani keperluan rantaian nilai makanan yang tidak dipenuhi, daripada keberkesanan sehinggalah kawalan sisa dan pengurusan hayat simpanan. Saya tidak sabar untuk bekerja dengan pasukan pada pelancaran rangkaian mod tindakan berbilang kami, bermula dengan pelancaran BioFun-1 pada tahun 2022 di Amerika Syarikat.”

Sebelum menyertai Biotalys, Angelo berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Komersial di Sound Agriculture, di situ beliau berjaya mereka bentuk pelancaran produk komersial yang pertamanya dan memperoleh berbilang urus niaga dalam ruang Peningkatan Tanaman dan Epigenetik. Sebelum itu, beliau memegang berbilang peranan kepimpinan komersial di BASF, Bayer and Monsanto, di situ beliau membina rangkaian luas dalam semua pasaran pertanian utama, termasuk Amerika Syarikat, Brazil, Argentina dan Eropah, serta membangunkan kepakaran dalam perniagaan perlindungan tanaman dan benih dan sifat. Beliau telah memimpin pertumbuhan perniagaan Benih dan Sifat Kacang Soya Bayer, menjadikannya sebagai francais global, dan memainkan peranan penting dalam penyepaduan lancarnya kepada BASF. Secara jelasnya, di Amerika Syarikat, beliau memainkan peranan penting dalam pelancaran teknologi LibertyLink, yang kini merupakan teknologi asas untuk kawalan lalang. Angelo memperoleh BSc dalam Pengurusan Pertanian daripada U.A.D.E. dan MBA daripada CEMA University, kedua-duanya di Argentina. 

Perihal Biotalys

Biotalys merupakan syarikat perlindungan makanan dan tanaman berkembang pesat dan transformatif yang membangunkan penyelesaian biokawalan berdasarkan protein generasi baharu, membentuk masa hadapan bekalan makanan yang mampan dan selamat.

Berdasarkan platform teknologi perintisnya, Biotalys berkenaan telah membangunkan rangkaian luas bagi produk yang berkesan dan selamat yang menangani perosak tanaman dan penyakit utama merentasi keseluruhan rantaian nilai, daripada tanah sehinggalah dihidangkan. Menggabungkan ciri-ciri berprestasi tinggi dan kekonsistenan bahan kimia dengan profil keselamatan bersih bahan biologi, Biotalys menyediakan agen perlindungan tanaman ideal untuk penggunaan sebelum dan selepas penuaian. Biofungisid utama Biotalys, BioFun-1, telah mempamerkan keberkesanan yang konsisten dan tinggi terhadap perosak utama, seperti Botrytis cinerea dan rabuk berserbuk, dalam percubaan lapangan buah dan sayuran global. Syarikat sedang berada pada landasan untuk menyerahkan dosier pendaftaran lewat tahun 2020 dan dijangka akan melancarkan BioFun-1 di A.S. pada tahun 2022, diikuti dengan pengenalan pasaran global.

Biotalys ditubuhkan pada tahun 2013, sebagai sampingan daripada VIB (Institut Flanders untuk Bioteknologi) dan telah mengumpul €61 juta ($66m USD) setakat ini daripada pelabur antarabangsa pakar. Syarikat berpangkalan di kelompok bioteknologi di Ghent, Belgium. Maklumat lanjut boleh ditemui pada www.biotalys.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
 
Marieke Vermeersch
Perunding Komunikasi Korporat Biotalys
T: +32 (0)479 490 603
E: marieke.vermeersch@biotalys.com
 
Erica Camilo
Connexa Communications untuk Biotalys
T: +1 (610) 639 5644
E: erica@connexacommunications.com

SUMBER: Biotalys

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.