ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  TOSHIBA LANCAR KANTA PENGURANGAN JENIS 1500-PIKSEL MONOKROM DENGAN SENSOR IMEJ LINEAR CCD UNTUK PERALATAN PERINDUSTRIAN

Thursday 11/06/2020



Table

Toshiba: Kanta pengurangan jenis 1500-piksel monokrom dengan sensor imej linear CCD “TCD1105GFG” dan “TCD1106GFG” untuk peralatan perindustrian (Foto: Business Wire)


TOKYO, 11 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  (“Toshiba”) telah melancarkan dua kanta pengurangan jenis 1,500-piksel monokrom dengan sensor imej linear CCD untuk peralatan perindustrian: “TCD1105GFG,” dengan fungsi sebuah pengatup elektronik terbina dalam, dan “TCD1106GFG.” Penghantaran sampel akan bermula dari Julai 2020.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200610005926/en/

Sensor baharu itu menyokong dua keperluan utama industri: operasi yang lebih pantas bagi peralatan yang menggabungkan sensor, termasuk peralatan pemeriksaan dengan sensor imej linear CCD monokrom; dan penggunaan kuasa yang lebih rendah.

Sensor baharu itu boleh digunakan pada kadar data maksimum 25MHz, dan kedua-duanya menggabungkan sebuah litar penjana masa dan pemacu CCD, merealisasikan operasi berkelajuan tinggi dengan beberapa litar luaran. Sebuah litar sampel terbina dalam dan pegang memanjangkan tempoh isyarat output video, dan menyumbang kepada reka bentuk yang lebih mudah bagi pemprosesan isyarat berkelajuan tinggi.

Di samping kepada peningkatan prestasi, penggunaan kuasa yang lebih rendah berbanding dengan produk berkelajuan tinggi Toshiba yang ada sekarang dapat dicapai dengan sebuah pemacu kuasa 3.3V tunggal.

Ciri-ciri
• 1,500 piksel, kadar data 25MHz (maksimum), sensor imej linear CCD monokrom
• Litar penjana masa terbina dalam mengurangkan litar pemacuan luaran.
• Litar sampel terbina dalam dan pegang memanjangkan tempoh isyarat output video.
 (kekutuban isyarat: positif)
• Fungsi pengatup elektronik terbina dalam: TCD1105GFG sahaja
• Pemacu kuasa 3.3V tunggal

Penggunaan

Peralatan pemeriksaan optik automatik, peralatan pengesanan, pembaca kod bar, dll.

Spesifikasi Utama
 
Table

Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu, sila layari:

TCD1105GFG
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TCD1105GFG

TCD1106GFG
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TCD1106GFG

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Penjualan & Pemasaran Peranti Kuasa
Kumpulan Promosi Jualan
Tel: +81-3-3457-3332
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

*Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.

*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, syarikat itu telah mengambil tempatnya di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 24,000 orang pekerja mereka di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk mereka, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Syarikat itu berharap untuk membina di atas jualan tahunan sekarang yang melebihi 750 bilion yen (AS$6.8 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200610005926/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.  

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.