Siri PM6 yang Baharu Menyampaikan Prestasi SSD SAS Tersedia yang Paling Pantas untuk Aplikasi Kritikal Perniagaan
TOKYO, 16 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE)-- Generasi SAS yang seterusnya telah tiba, dengan membawa peningkatan prestasi, kebolehpercayaan dan perlindungan data bersama-samanya. Hari ini,
Kioxia Corporation menjadi syarikat pertama
[1] untuk membawa SAS 24G kepada aplikasi pelayan dan storan dengan memperkenalkan keluarga SSD SAS perusahaan generasi ke-6 mereka. Pertama kali ditunjukkan di Sidang Kemuncak Flash Memory 2019, siri PM6 yang baharu oleh Kioxia untuk SSD SAS perusahaan dibina berdasarkan kepada teknologi SAS 24G, yang dibolehkan oleh ekosistem PCIe
® 4.0. Pemacu siri PM6 itu kini tersedia untuk penilaian dan kelayakan.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200615005809/en/Direka untuk infrastruktur IT moden, SAS 24G menggandakan daya pemprosesan data berbanding produk yang sebelumnya, sambil menerapkan ciri-ciri dan peningkatan baharu untuk mencapai tahap prestasi aplikasi yang baharu. Sebuah pemimpin yang mantap di dalam membangunkan SSD SAS, Kioxia menyampaikan tahap baharu bagi prestasi membaca berurutan SSD SAS dan merupakan satu-satunya pembekal SSD yang menawarkan pemulihan kegagalan sekiranya 2 acuan gagal pada masa yang sama. Siri PM6 itu dibina berdasarkan sejarah ini bagi prestasi dan kebolehpercayaan yang terbaik di dalam kelasnya sepanjang enam generasi bagi pemacu SAS.
Menampilkan ingatan kilat BiCS FLASH™ 3D TCL 96-lapisan Kioxia, siri PM6 itu menyampaikan prestasi membaca berurutan SSD SAS yang terkemuka di dalam industri
[2] sehingga 4,300MB/s (4,101MiB/s), yang lebih daripada peningkatan 2x berbanding dengan generasi sebelumnya. Pemacu baharu Kioxia tersedia di dalam kapasiti sehingga 30.72TB
[3], menjadikannya kapasiti
[4] 2.5-inci
[5] SAS SSD
[6] paling tinggi di dalam industri.
Ciri-ciri utama termasuk:
· Dwiport untuk ketersediaan tinggi
· Julat lengkap bagi pilihan daya ketahanan untuk pelbagai beban kerja yang luas: intensif membaca (1 DWPD3), penggunaan campuran (3 DWPD) dan intensif menulis (10 DWPD)
· Sokongan menulis berbilang aliran untuk mengurangkan penguatan menulis dan meluaskan daya ketahanan
· Suite lengkap bagi pilihan keselamatan tersedia
[7]: membersihkan boleh padam segera (SIE) )
[8], pemacu penyulitan diri TCG Perusahaan (SED)
[9] dan pensijilan FIPS 140-2
[10].
Nota
[1] Setakat 16 Jun, 2020, di dalam kategori SSD perusahaan. Kaji selidik Kioxia Corporation.
[2] Setakat 16 Jun, 2020, di dalam kategori SSD SAS perusahaan. Kaji selidik Kioxia Corporation.
[3] Definisi bagi kapasiti: Kioxia Corporation mendefinisikan satu megabait (MB) sebagai 1,000,000 bait, satu gigabait (GB) sebagai 1,000,000,000 bait dan satu terabait (TB) sebagai 1,000,000,000,000 bait. Sebuah sistem pengendalian komputer, bagaimanapun, melaporkan kapasiti storan menggunakan kuasa 2 untuk definisi 1Gb = 2^30 bait = 1,073,741,824 bait, 1GB = 2^30 bait = 1,073,741,824 bait dan 1TB = 2^40 bait = 1,099,511,627,776 bait dan oleh itu menunjukkan kurang kapasiti storan. Kapasiti storan yang tersedia (termasuk contoh bagi pelbagai fail media) akan berbeza-beza berdasarkan kepada saiz fail, pemformatan, tetapan, perisian dan sistem pengendalian, dan/atau aplikasi perisian prapemasangan, atau kandungan media. Kapasiti diformat yang sebenarnya mungkin berbeza-beza.
[4] Setakat 16 Jun, 2020, di dalam kategori SSD SAS perusahaan. Kaji selidik Kioxia Corporation.
[5] “2.5-inci” menunjukkan faktor bentuk bagi SSD. Ia tidak menunjukkan ukuran fizikal bagi pemacu itu.
[6] Sampel bagi 30.72TB produk dijadualkan tersedia selepas Ogos 2020.
[7] Ketersediaan bagi pilihan keselamatan/penyulitan mungkin berbeza mengikut wilayah.
[8] SIE: Pilihan Membersih Boleh Padam Segera menyokong Boleh Padam Kripto, yang merupakan satu ciri standard yang ditentukan oleh jawatankuasa teknikal (T10) bagi INCITS (Jawatankuasa AntaraNasional untuk Standard Teknologi Maklumat).
[9] SED: Pilihan Pemacu Penyulitan Diri menyokong SSC TCG Perusahaan.
[10] FIPS: Pemacu Standard Pemprosesan Maklumat Persekutuan disahkan sebagai FIPS 140-2 Tahap 2, yang mendefinisikan keperluan keselamatan bagi modul kriptografi oleh NIST (Institut Kebangsaan bagi Standard dan Teknologi).
* PCI Express dan PCIe adalah merupakan tanda perniagaan berdaftar bagi PCI-SIG.
* Nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan yang dinyatakan di sini adalah merupakan tanda perniagaan bagi pemilik syarikat mereka masing-masing.
Pautan Berkaitan:
*Siri PM6 baharu dan barisan SSD Perusahaan Kioxia
https://business.kioxia.com/en-jp/ssd/enterprise-ssd.html*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200615005809/en/HubungiPertanyaan Pelanggan:
Kioxia Corporation
Bahagian Penggalakan Jualan
Tel: +81-3-6478-2421
https://business.kioxia.com/en-jp/buy/global-sales.htmlPertanyaan Media:
Kioxia Corporation
Bahagian Perancangan Strategik Jualan
Koji Takahata
Tel: +81-3-6478-2404
Sumber : Kioxia CorporationTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA