·
Kerajaan yang bergelut untuk memenuhi tuntutan sosial yang semakin meningkat akan memerlukan bantuan daripada sektor swasta dan sosial·
Dasar, insentif yang seimbang boleh mendorong modal swasta ke dalam sektor sosial, yang membolehkan kerajaan untuk meningkatkan keberkesanan HONG KONG, 18 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Centre for Asian Philanthropy and Society (CAPS) hari ini melancarkan edisi kedua bagi Indeks Melakukan Kebaikan (DGI2020) mereka. Kajian itu mendedahkan peranan penting bagi sektor sosial, dan bagaimana negara-negara Asia membantu atau menghalangnya. DGI2020 menunjukkan bahawa bukan sahaja kerajaan harus melakukan lebih banyak lagi, tetapi sumbangan swasta/korporat harus memainkan peranan mereka di dalam memenuhi keperluan orang ramai.
“Pada masa sekarang, dengan gangguan yang meluas yang berpunca daripada pandemik itu dan akibatnya kepada ekonomi – yang telah melanda anggota masyarakat kita yang paling rentan dengan teruk sekali – kita harus membina semula masyarakat kita,” kata Pengerusi CAPS Ronnie Chan. “Indeks Melakukan Kebaikan CAPS menyediakan strategi yang membantu sektor sosial untuk memainkan satu peranan yang lebih efektif dalam memupuk sebuah masa hadapan yang lebih baik bagi seluruh Asia.”
Ekoran daripada wabak Covid-19 itu, pemberian amal telah memusatkan perhatian kepada tindak balas masyarakat tempatan. Sokongan antarabangsa semakin menurun dan kedermawanan “Asia untuk Asia” harus mengisi jurang itu. Sekiranya rakyat Asia menyumbang bersamaan 2% daripada keluaran dalam negeri kasar mereka, AS$587 bilion akan tersedia. Ini merupakan 12 kali bantuan asing bersih mengalir ke Asia dan hampir 40% daripada tambahan AS$1.5 trilion yang harus dibelanjakan oleh Asia Pasifik setiap tahun untuk memenuhi Matlamat Pembangunan Lestari 2030 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
“Asia telah mengumpulkan satu pertiga daripada kekayaan dunia, tetapi masih mempunyai dua pertiga daripada rakyat miskin di dunia,” kata Dr. Ruth Shapiro, Pengasas dan Ketua Eksekutif CAPS. “Sekarang ada peluang yang unik untuk menggunakan kekayaan yang baharu diwujudkan ini untuk mengurangkan kemiskinan, melindungi alam sekitar dan meningkatkan daya ketahanan masyarakat.”
DGI2020 mengenal pasti beberapa trend yang luas merentasi Asia:
1. Penglibatan kerajaan adalah penting, oleh itu dasar awam yang berkaitan dengan sektor sosial bukan sahaja mempunyai kesan langsung tetapi juga merupakan satu aspek pengisyaratan yang memperkuatkan kesannya.
· Hari ini, 45% daripada organisasi pembangunan sosial Asia (SDO) menerima pendanaan daripada sumber asing (kira-kira 25% daripada bajet mereka), tetapi lebih daripada separuh ekonomi di Asia menyaksikan penurunan dalam pendanaan asing.
2. Dasar-dasar cukai dan fiskal adalah merupakan satu insentif utama untuk memberi amal, tetapi kekeliruan yang meluas mengenainya seringkali menyekat sumbangan.
· 25% SDO di Asia tidak menyedari bahawa pemotongan cukai tersedia untuk sumbangan amal.
3. Perolehan kerajaan boleh menjadi satu sumber pertumbuhan yang penting bagi sektor sosial, tetapi kebanyakan ekonomi berprestasi rendah di dalam bidang ini.
· 61% SDO dengan kontrak kerajaan mendapati sukar untuk mengakses maklumat perolehan.
4. Kerajaan semakin banyak berunding dengan SDO mengenai isu-isu dasar.
· Tiga perempat daripada organisasi yang ditinjau melaporkan terlibat di dalam perundingan dasar, meningkat dari separuh pada tahun 2018.
5. Tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan perkongsian awam-swasta memainkan satu peranan yang semakin meningkat di Asia.
· 11 dari 18 ekonomi berkata perkongsian awam-swasta dan CSR mendapat lebih banyak perhatian.
Penyelidikan DGI2020 itu telah meninjau 2,189 SDO dan menemu ramah 145 pakar negara merentasi 18 ekonomi Asia: Bangladesh, Kemboja, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Myanmar, Nepal, Pakistan, Filipina, Singapura, Sri Lanka, Taiwan, Thailand dan Vietnam.
Muat turun DGI2020
di sini.
Maklumat mengenai CAPSDitubuhkan pada tahun 2013, CAPS komited untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti bagi pemberian bersifat dermawan di seluruh Asia. Berpusat di Hong Kong, penyelidikan CAPS berfungsi untuk meningkatkan impak bagi dermawan dan bagi meningkatkan keberkesanan organisasi sosial. Maklumat lanjut mengenai penyelidikan dan perkhidmatan CAPS boleh diperolehi di:
http://caps.org/.