ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  GRADUATE MANAGEMENT ADMISSION COUNCIL MENGUMUMKAN BAKAL PENGERUSI LEMBAGA BAHARU DAN EMPAT AHLI LEMBAGA BAHARU

Monday 29/06/2020



Ahli baharu dari Afrika dan India mencerminkan peningkatan sifat global pendidikan pengurusan siswazah

RESTON, Va., 29 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
Graduate Management Admission Council (GMAC), sebuah persatuan global untuk sekolah perniagaan siswazah, hari ini mengumumkan pengerusi lembaga baharu dan penambahan empat ahli baharu kepada lembaga pengarah. Penggal akan bermula pada 1 Julai 2020.

Martin Boehm, Dekan dan Profesor Pemasaran di IE Business School telah berkhidmat dalam lembaga GMAC sejak tahun 2017 dan akan mewakili GMAC sebagai pengerusi lembaga baharu untuk dua tahun berturut-turut, menggantikan William Boulding yang mengakhiri penggal dua tahun beliau pada Jun 30. Profesor Boehm telah menjawat beberapa peranan dalam IE Business School termasuk Dekan Program dan Dekan Madya dalam Sarjana Program Pengurusan. Beliau mengajar di seluruh Sarjana Pengurusan di Sekolah tersebut, MBA, MBA Eksekutif dan program PhD. Penyelidikan Prof. Boehm memberikan implikasi pengurusan tentang cara membina hubungan pelanggan yang menguntungkan dan berpanjangan. Kepentingan utamanya adalah untuk mengukur impak pelbagai aktiviti pengurusan pelanggan terhadap nilai hayat pelanggan.

“Saya teruja untuk mengembangkan lagi pengalaman saya bersama GMAC dalam peranan baharu ini sebagai pengerusi,” kata Boehm. “Saranan nilai sekolah perniagaan ini adalah kukuh dan tidak berubah walaupun dalam persekitaran COVID-19. Hakikatnya, kini perkara itu semakin penting, kita membantu pelajar hari ini bersedia untuk cabaran yang tidak dijangka hari esok, melalui pembelajaran fleksibel dan mudah suai di dalam dan di luar kelas. Industri mempunyai kisah berimpak untuk diceritakan merentasi beberapa penunjuk berbeza dan saya teruja untuk membantu dalam mengetuai perbincangan tersebut.”

Ahli lembaga baharu termasuk: Ranjan Banerjee, Dekan, Profesor Pemasaran, S.P. Jain Institute of Management and Research; Soojin Kwon, Pengarah Urusan, Kemasukan dan Program MBA Sepenuh Masa, Stephen M. Ross School of Business, University of Michigan; Enase Okonedo, Dekan, Lagos Business School, Pan-Atlantic University; dan Jay Nibbe, Naib Presiden EY Global – Pasaran sebagai pengarah bebas.

“Kami teruja untuk terlibat dan bekerjasama dengan antara orang terpintar dalam Pendidikan Pengurusan Siswazah dari seluruh dunia,” kata Sangeet Chowfla, presiden dan CEO GMAC.  “Meningkatkan kepelbagaian dan perspektif global pada lembaga kita membolehkan GMAC membawa penyelesaian dan idea kepada pasaran yang membantu untuk menangani cabaran dan peluang unik yang berkaitan dengan industri kita secara lebih baik.”

Ahli Lembaga GMAC Baharu

Dr. Ranjan Banerjee (Pengarah Dekan), Dekan, Profesor Pemasaran, S. P. Jain Institute of Management and Research

Dr. Ranjan Banerjee memegang ijazah kejuruteraan daripada IIT Bombay, MBA daripada IIM Calcutta dan PhD dalam Pemasaran daripada Carlson School, University of Minnesota. Beliau seorang guru, penceramah, penyelidik dan perunding yang terkenal di seluruh dunia. Pelanggan rundingannya termasuk Vodafone, BASF, Philips, Legrand, dan sebagainya. Bidang minat dan kepakaran beliau termasuk saluran pemasaran dan insentif, pemikiran reka bentuk, pengurusan perubahan, kebolehpembelajaran dan inovasi dalam sistem pendidikan. Baru-baru ini beliau memulakan penggal kedua sebagai Dekan dan Profesor Pemasaran di S.P. Jain Institute of Management and Research, salah satu sekolah perniagaan utama di India. Semasa penggal pertama beliau, beberapa perubahan ketara telah dilaksanakan di institut tersebut. Beliau merupakan penulis bersama bagi buku “Made In India Manager” yang laris dijual.

Soojin Kwon (Wakil Pengarah), Pengarah Urusan, Kemasukan dan Program MBA Sepenuh Masa, Stephen M. Ross School of Business, University of Michigan

Soojin Kwon ialah pengarah pengurusan untuk Kemasukan dan Program MBA Sepenuh Masa MBA di Michigan Ross. Beliau menyertai Ross pada 2004, menjadi pengarah Kemasukan MBA pada 2006 dan melancarkan latihan pasukan sebagai sebahagian daripada proses kemasukan mereka. Pada tahun 2016, beliau menjadi pengarah urusan Kemasukan dan Program MBA sepenuh masa, menyelia kemasukan, akademik dan pengalaman pelajar untuk 800+ pelajar. Soojin juga merupakan pensyarah Komunikasi Perniagaan dan telah mengajar dalam program BBA dan MBA Ross dan Pendidikan Eksekutif. Sebelum Ross, Soojin ialah pengurus strategi dan amalan operasi Deloitte. Beliau juga berkhidmat dalam Senate Budget Committee, House Appropriations Committee dan di Jabatan Perdagangan sebagai felo pengurusan presiden. Soojin kerap menjadi penyampai untuk Persidangan Tahunan dan Persidangan Kepimpinan GMAC dan telah berkhidmat sebagai kakitangan rasmi fakulti dan pengajar di Institut Kemasukan GMAC untuk Profesional Baharu. Sebelum ini, beliau berkhidmat dalam lembaga Forte Foundation. Soojin memiliki MBA daripada Ross, Sarjana dalam Dasar Awam daripada Kennedy School of Government di Harvard dan ijazah sarjana Muda Ekonomi dan Sains Politik daripada Yale.

Jay Nibbe (Pengarah Dilantik Lembaga), Naib Pengerusi Global – Pasaran, EY

Jay Nibbe mempunyai 35 tahun pengalaman berkhidmat untuk pelbagai klien dan memenuhi pelbagai peranan kepimpinan. Beliau menyertai EY pada tahun 1985 dan menjadi rakan kongsi pada tahun 1994. Buat masa ini, beliau berkhidmat sebagai Naib Pengerusi Global EY – Pasaran dan sebagai ahli Eksekutif Global EY. Beliau menyelia semua akaun merentasi semua bahagian perkhidmatan EY, sektor dan kawasan geografi. Sebagai sebahagian daripada peranan ini, beliau bertanggungjawab untuk memimpin Industri Global, Penyelesaian Global, Perkongsian Perikatan, Perkhidmatan Terurus, Pembangunan Perniagaan dan program alumni global EY. Beliau merupakan ahli lembaga Yayasan Alumni Minnesota State University Moorhead (dari 2007 hingga 2009) dan kini merupakan ahli Majlis Perniagaan AS-Rusia dan Lembaga Penasihat Antarabangsa SKOLKOVO (Moscow). Beliau memegang ijazah sarjana muda dalam perakaunan dan ijazah kewangan daripada Minnesota State University Moorhead dan ijazah sarjana dalam percukaian perniagaan daripada University of Minnesota.

Enase Okonedo (Pengarah Dekan), Dekan, Lagos Business School, Pan Atlantic University

Enase Okonedo, FCA ialah seorang profesor pengurusan dan ahli profesional yang berjaya dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perkhidmatan kewangan dan pendidikan pengurusan. Pada tahun 2009, beliau menjadi Dekan Lagos Business School dan bertanggungjawab menetapkan hala tuju yang strategik untuk sekolah tersebut. Di bawah kepimpinannya, sekolah tersebut telah mencapai akreditasi antarabangsa daripada AACSB International dan Persatuan MBA (AMBA). Sebagai Dekan, Lagos Business School telah mengekalkan tempatnya dalam Financial Times of London sebagai salah satu daripada 50 pembekal global bagi program Pendaftaran Terbuka dan Pendidikan Eksekutif Tersuai pada tahun 2020. Pada tahun 2018, MBA Eksekutif Lagos Business School telah diiktiraf sebagai salah satu daripada 50 program EMBA teratas oleh majalah Economist. Beliau telah berkhidmat sebagai ahli lembaga dan pengerusi Association of African Business Schools (AABS) dan ahli lembaga dan Setiausaha Bendahari AACSB International. Kini beliau berkhidmat dalam lembaga Global Business School Network (GBSN); merupakan ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa di Porto Business School, Portugal; serta ahli Lembaga Penasihat Akademik, Blatnavik School of Government, University of Oxford. Beliau merupakan Presiden AIFA Reading Society; Nigeria, ahli Panel Penasihat, Africa Initiative for Governance (AIG) dan juga berkhidmat dalam lembaga beberapa syarikat lain.

GMAC juga mengiktiraf pengerusi lembaga mereka yang bakal menamatkan perkhidmatan, William Boulding, Dekan Fuqua School of Business di University Duke. Antara pencapaian Dr. Boulding sebagai pengerusi lembaga GMAC, beliau menyelia penghasilan dan pelancaran kertas putih Early Warning Signals oleh GMAC yang membawa isu berkaitan mobiliti pelajar dan bakat untuk dibincangkan dalam wacana dasar awam. Sebagai sebahagian daripada hasil kerja tersebut, Dr. Boulding menyatakan bahawa, “Pelajar yang bercita-cita untuk merentasi sempadan negara untuk menghadiri sekolah perniagaan ialah sumber ekonomi yang kritikal; sepanjang kerjaya mereka, graduan ini akan membimbing syarikat melalui pasaran asing yang rumit tetapi menguntungkan, memberikan perhubungan dari luar negara untuk rakan sekelas mereka, memberikan bakat yang hebat untuk syarikat global dan mencantum ekonomi global.” Walaupun tempoh dua penggal Dr. Boulding sebagai ketua lembaga GMAC akan tamat tempoh pada 30 Jun, beliau akan terus berkhidmat sebagai Pengarah Dekan dalam lembaga GMAC sehingga 30 Jun 2022.

Juga bakal meninggalkan lembaga GMAC mulai 1 Julai ialah Ellen J. Glazerman, Pengarah Eksekutif, Ernst & Young Foundation, Ernst & Young LLP; D. Eric Hirst, Dekan Madya Kanan untuk Hal Ehwal Akademik dan Pengerusi King Ranch untuk Kepimpinan Perniagaan, McCombs School of Business, The University of Texas di Austin; Xiongwen Lu, Dekan dan Profesor Pemasaran, Sekolah Pengurusan, Fudan University; dan Sri Zaheer, Dekan dan Pengerusi Elmer L. Andersen dalam Tanggungjawab Sosial Korporat Global, Carlson School of Management, University of Minnesota. GMAC berterima kasih kepada mereka atas perkhidmatan kepada organisasi kita dan sumbangan mereka kepada komuniti pendidikan pengurusan siswazah.

Perihal GMAC

Graduate Management Admission Council™ (GMAC™) ialah persatuan peneraju sekolah perniagaan siswazah di dunia. Diasaskan pada 1953, kami komited untuk mewujudkan penyelesaian bagi sekolah perniagaan dan calon untuk menerokai, menilai, dan berhubungan antara satu sama lain. Kami bekerja bagi pihak sekolah dan komuniti pendidikan pengurusan siswazah dan membimbing calon yang ingin menyambung pengajian ke pendidikan tinggi untuk memastikan semua bakat dapat dicungkil.

GMAC menyediakan penyelidikan bertaraf dunia, peluang dan penilaian pembangunan profesional untuk industri pendidikan pengurusan siswazah, yang direka bentuk untuk memajukan seni dan sains kemasukan. Dimiliki dan ditadbir oleh GMAC, peperiksaan Graduate Management Admission Test™ (GMAT™) ialah penilaian sekolah perniagaan siswazah yang paling banyak digunakan dan diiktiraf oleh lebih 7,000 program di seluruh dunia. Penilaian GMAC lain termasuklah peperiksaan NMAT oleh GMAC™ (NMAT™), untuk kemasukan ke dalam program pengurusan siswazah di India, Nigeria, Filipina dan Afrika Selatan serta Penilaian Eksekutif (EA), yang menyokong keperluan penerimaan untuk lebih 160 program di seluruh dunia.

Portal utama kami untuk sumber dan maklumat pendidikan pengurusan siswazah, www.mba.com, menerima lebih 7 juta pengunjung setiap tahun dan menawarkan alat padanan Pencari Program dan perkhidmatan carian GMASS™ yang menghubungkan calon dan sekolah perniagaan. Platform ini adalah sebahagian daripada GMAC Connect, sebuah suit perkhidmatan yang membantu sekolah menarik pelajar menerusi penyelesaian perekrutan yang menggabungkan kecerdasan pasaran, data, capaian dan titik hubungan calon.

Syarikat subsidiari GMAC termasuklah syarikat penerbitan dalam talian yang berpangkalan di UK, BusinessBecause, sebuah destinasi yang penuh dengan kandungan yang akan membantu pelajar mengenal pasti sekolah perniagaan yang sesuai semasa pertimbangan kritikal dan fasa pemilihan dalam perjalanan mereka dan MBA Tour, yang menyokong usaha perekrutan global oleh sekolah perniagaan dengan menganjurkan acara yang menumpukan kepada pendidikan perniagaan secara maya dan di seluruh dunia.

GMAC ialah sebuah organisasi global dengan pejabat di China, India, Singapura, United Kingdom, dan Amerika Syarikat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerja kami, sila lawati www.gmac.com.

Orang hubungan media:
Geoffrey Basye, Pengarah Hubungan Media, GMAC
+1 (202) 271-1529 atau gbasye@gmac.com  

SUMBER: Graduate Management Admission Council

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.