ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  ROBOT TELEPRESENCE BAHARU UNTUK MENGURANGKAN PELEPASAN CO2 SEBANYAK RIBUAN TON

Thursday 02/07/2020



The new GoBe Robots telepresence robot is a remote-controlled mobile robot that allows communication through a 21.5-inch screen that reproduces the user’s face in natural size. A zoomable 4K camera and a wide-angle front camera give the “robot pilot” a clear overview of the location the GoBe robot discovers. The new generation of GoBe Robots also stands out with an open system that creates even more applications and allows users to maximize the potential of the technology. For example, trade show organizers can give remote attendees the ability to book themselves directly into the telepresence robot and experience booths and events while engaging with exhibitors. (Photo: Business Wire)
Robot telepresence GoBe Robots yang baharu adalah sebuah robot boleh gerak yang dikendalikan oleh alat kawalan jauh yang membolehkan komunikasi melalui sebuah skrin 21.5 inci yang menghasilkan semula wajah pengguna dalam saiz semula jadi. Sebuah kamera 4K yang boleh dizum dan sebuah kamera depan sudut luas memberikan “pemandu robot” itu dengan satu gambaran keseluruhan yang jelas mengenai lokasi yang ditemui oleh robot GoBe itu. Generasi baharu GoBe Robots juga menonjol dengan sebuah sistem terbuka yang mencipta lebih banyak aplikasi dan membolehkan pengguna untuk memaksimumkan potensi bagi teknologi itu. Sebagai contoh, penganjur pameran perdagangan boleh memberi peserta jarak jauh dengan keupayaan untuk menempah tempat mereka secara langsung ke dalam robot telepresence itu dan menikmati reruai dan acara sambil berinteraksi dengan pempamer. (Foto: Business Wire) 


Anak syarikat Blue Ocean Robotics GoBe Robots mengumumkan satu generasi baharu bagi robot telepresence mereka yang mesra iklim dengan permintaan yang signifikan yang didorong oleh wabak COVID-19.

ODENSE, Denmark, 2 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dapatkan pengalaman berada di sana tanpa benar-benar pergi ke sana dengan keluaran baharu Blue Ocean Robotics, GoBe Robots yang menggantikan perjalanan dengan satu Kehadiran Jarak Jauh. Pengguna mengawal robot telepresence baharu itu dari jarak jauh dan mendapat suatu perasaan yang jelas berada di mana robot itu berada ketika mereka menerima penstriman video secara langsung dari lokasi itu ketika robot tersebut bergerak di sekitarnya. Ini membolehkan kerjasama dan interaksi di antara orang, tidak kira sejauh mana jarak di antara satu sama lain. Ketika wabak Covid-19 itu menular, GoBe Robots juga dengan pantas muncul sebagai sebuah alat yang efektif di dalam mencegah penularan koronavirus, mengatasi sempadan yang ditutup, dan pada masa yang sama mengurangkan bajet perjalanan, waktu kerja dan masa pengangkutan.

Pemimpin di dalam robot telepresence, GoBe Robots kini melancarkan generasi seterusnya bagi robot peningkatan iklim terkini di dunia. “Semasa wabak virus global itu, kami telah melihat pertumbuhan yang signifikan di dalam pesanan,” kata Peter Juhl Voldsgaard, Ketua Pegawai Eksekutif, GoBe Robots. “Robot telepresence telah kini menjadi satu teknologi standard yang dapat difahami oleh semua orang. Kami kini membawa pengalaman itu ke tahap yang seterusnya.” 

GoBe Robots mempunyai lebih daripada 150,000 pengguna sedia ada bagi robot telepresence mereka, yang menyumbang kepada pengurangan CO2 yang sangat besar. “Kami mempunyai pelanggan yang telah mengurangkan 90 peratus daripada kos pemeriksaan keselamatan mereka kerana mereka telah menempatkan 30 robot telepresence di kilang mereka di seluruh dunia,” kata Claus Risager, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Blue Ocean Robotics. “Sebuah syarikat di Eropah dengan 20 orang pekerja yang melakukan perjalanan ke Asia empat kali setahun menjimatkan 500,000 kilogram CO2 dengan menggantikan perjalanan udara dengan robot telepresence itu.”

Maklumat

GoBe Robots, sebuah anak syarikat milik Blue Ocean Robotics, adalah pengeluar terkemuka bagi robot telepresence. Syarikat itu hadir di lebih 50 buah negara menerusi rangkaian Penyedia Penyelesaian global mereka, jumlah yang dijangka meningkat lebih dua kali ganda pada tahun depan. Robot syarikat itu dengan ketara mengurangkan kesan CO2, membantu dengan rangkuman sosial dan mencegah penyebaran penyakit dengan memutuskan rantaian bagi jangkitan itu.

Blue Ocean Robotics membangun, menghasil dan menjual robot perkhidmatan profesional. Selain GoBe Robots, portfolio jenama-jenama itu termasuk UVD Robots, sebuah robot boleh gerak untuk nyahjangkit; dan PTR Robots, sebuah robot boleh gerak untuk pengendalian dan pemulihan pesakit secara selamat.
 
Muat turun kit media di sini.


Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200701005131/en/New-Telepresence-Robot-Reduce-CO2-Emissions-Thousands

Hubungi

Merima Cikotic
Blue Ocean Robotics
mc@blue-ocean-robotics.com
+45 71-99-56-06

Sumber : Blue Ocean Robotics

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.