ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Januari 06, 2025 -Isnin

 
  TOSHIBA LANCAR PEMACU MOTOR PELANGKAH ARUS MALAR FASA 2 UNTUK PENGGUNAAN AUTOMOTIF

Thursday 16/07/2020



Table
Toshiba: sebuah pemacu motor pelangkah arus malar fasa 2 TB9120AFTG untuk penggunaan automotif (Foto: Business Wire)

TOKYO, 16 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah melancarkan “TB9120AFTG,” sebuah pemacu motor pelangkah arus malar fasa 2 untuk penggunaan automotif. IC baharu itu mengeluarkan arus gelombang sinus dengan menggunakan hanya sebuah antara muka input jam yang biasa, tanpa memerlukan bagi sebuah MCU fungsian termaju atau perisian khusus.
TB9120AFTG telah dibangunkan sebagai sebuah pengganti kepada TB9120FTG, yang diperkenalkan pada tahun 2019 sebagai pemacu motor pelangkah automotif Toshiba yang pertama, dan memberikan ketahanan bunyi yang lebih baik.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200715005995/en/ 

TB9120AFTG menggabungkan DMOS FETs dengan rintangan rendah (atas + bawah = 0.8Ω (jenis)), yang mencapai satu arus maksimum 1.5A[1]. Kedua-dua DMOS FETs dan alat kawalan yang menghasilkan gelombang sinus mikro-pelangkah (yang menyokong sehingga 1/32 langkah) ditempatkan di dalam sebuah pakej jenis QFN kecil (6.0 mmx6.0 mm).
IC baharu itu menyampaikan julat suhu kendalian -40 hingga 125℃, dan memenuhi AEC-Q100, satu standard yang diperakui bagi komponen elektronik untuk penggunaan automotif.
Ia sesuai untuk pelbagai penggunaan umum automotif yang menggunakan motor pelangkah, seperti penyesuaian bagi kedudukan unjuran bagi paparan songsang, dan di dalam injap pengembangan bagi litar bahan penyejuk.
 
Ciri-ciri utama

• Spesifikasi serba guna umum, terutama untuk penggunaan automotif
- DMOS FETs dengan rintangan rendah (atas + bawah = 0.8Ω (jenis)), Yang mencapai arus maksimum 1.5 A.
- Pengesanan ralat terbina dalam dengan fungsi output isyarat amaran: Pengesanan arus lebihan, penutupan terma, dan beban terbuka.
- Ditempatkan di dalam sebuah pakej VQFN sisi boleh basah  (6mm × 6mm) dengan tahap pematerian yang sangat baik
- Julat suhu kendalian: -40 ℃ hingga 125℃
- Berkelayakan AEC-Q100
 
• Pemacu pelangkah mikro, menyokong sehingga 1/32 langkah.
- Kurang bunyi motor, kawalan yang lebih lancar dan lebih tepat
- Menggunakan hanya sebuah antara muka input jam yang biasa, tanpa memerlukan sebuah MCU fungsian termaju atau perisian khusus.
- Kawalan PWM arus malar: Mod reputan campuran menstabilkan bentuk gelombang arus.
 
• Fungsi pengesanan pegun
- Sebuah isyarat pengesanan pegun adalah output dari pin SD setelah mengesan sesuatu pegun.
- Isyarat pengesanan itu dapat diterima oleh sebuah mikropengawal dan dimasukkan kembali ke dalam sistem.

Penggunaan
 
- Penyesuaian kaca untuk kedudukan unjuran bagi paparan songsang
- Injap pengembangan di dalam litar bahan penyejuk bagi penyaman udara automotif dan sistem pengurusan bateri 

Table

Nota:
[1] Arus motor sebenar yang dipacu bergantung kepada penggunaan alam sekitar, dan faktor seperti suhu sekitar dan voltan bekalan kuasa.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TB9120AFTG

Klik di bawah untuk video pengenalan produk.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/semiconductor/product/automotive-devices/automotive-stepping-motor-driver-ics.html

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Pemasaran & Jualan Peranti Sistem
Kumpulan Promosi Jualan
Tel: +81-3-3457-3332
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html 

*Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, syarikat itu telah mengambil tempatnya di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 24,000 orang pekerja mereka di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk mereka, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Syarikat itu berharap untuk membina di atas jualan tahunan sekarang yang melebihi 750 bilion yen (AS$6.8 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20200715005995/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.