ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  P&G MENYOKONG PENYELESAIAN IKLIM SEMULA JADI UNTUK MEMPERCEPATKAN KEMAJUAN PADA PERUBAHAN IKLIM DAN AKAN MENJADIKAN OPERASI NEUTRAL KARBON UNTUK DEKAD INI

Friday 17/07/2020



Mengurangkan Pelepasan GHG sebanyak 50% dan Membeli 100% Tenaga Elektrik Boleh Diperbaharui untuk semua Tapak Pembuatan menjelang Tahun 2030

dan

Memajukan Penyelesaian Iklim Semula Jadi yang Memberi Manfaat Karbon yang Sama dengan Baki Pelepasan GHG daripada Operasi

CINCINNATI, 17 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat Procter & Gamble (NYSE: PG) mengumumkan satu komitmen baharu untuk memastikan operasi global mereka menjadi neutral karbon sepanjang dekad itu menerusi satu siri campur tangan yang melindungi, meningkatkan dan memulihkan alam semula jadi. Menyedari dekad berikut merupakan satu jendela yang kritikal bagi dunia untuk mempercepatkan kemajuan terhadap perubahan iklim, P&G akan melangkaui Sasaran Berasaskan Sains mereka yang sedia ada untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 50% dengan tambahan mengembangkan satu portfolio bagi penyelesaian iklim semula jadi. Usaha ini akan memberikan satu manfaat karbon yang mengimbangkan sebarang sisa pelepasan sepanjang tempoh 10 tahun akan datang, yang membolehkan operasi P&G untuk menjadi neutral karbon sepanjang dekad itu. Berdasarkan kepada anggaran semasa, Syarikat itu akan perlu mengimbangkan ~30 juta metrik tan karbon dari tahun 2020 sehingga tahun 2030.

Keutamaan P&G adalah untuk terus mengurangkan pelepasan. P&G mempunyai satu matlamat sedia ada untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 50% dan membeli 100% elektrik yang boleh diperbaharui menjelang tahun 2030 dan berada di landasan yang tepat untuk memenuhi komitmen tahun 2030 mereka. Di samping itu, P&G akan terus melaksanakan projek angin, solar dan geoterma yang baharu untuk mempercepatkan lagi peralihan kepada boleh diperbaharui. Usaha ini adalah selaras dengan apa yang diperkatakan oleh sains iklim yang diperlukan untuk membantu memastikan Syarikat itu melaksanakan peranan mereka untuk mengehadkan peningkatan suhu global dan akan meneruskannya selepas tahun 2030. Namun, berdasarkan kepada teknologi masa kini, terdapat beberapa pelepasan yang tidak dapat dihapuskan menjelang tahun 2030. Dengan  melabur di dalam penyelesaian iklim semula jadi, Syarikat itu akan mempercepatkan impaknya dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Satu Jendela Kritikal

Laporan baru-baru ini telah menunjukkan bahawa dunia mengalami kekurangan di dalam pelepasan gas rumah hijau yang diperlukan dan bahawa dekad berikutnya merupakan satu jendela kritikal untuk mengurangkan pelepasan dan berada di jalan yang betul untuk mengehadkan kenaikan suhu hingga 1.5°C. Tugas itu akan menjadi lebih sukar jika masyarakat tidak mula mengekang pelepasan sebelum dekad ini berakhir. Menjelang tahun 2050, pelepasan karbon harus turun kepada sifar, atau hampir kepada sifar. Kegagalan untuk bertindak sekarang akan meletakkan generasi akan datang pada risiko yang lebih besar daripada kesan perubahan iklim dan menjadikan pencapaian sasaran global bagi Perjanjian Paris menjadi lebih sukar.

“Perubahan iklim sedang berlaku, dan tindakan diperlukan sekarang,” kata David Taylor, Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif P&G. “Dengan mengurangkan jejak karbon kami dan melabur di dalam penyelesaian iklim semula jadi, kami akan menjadi neutral karbon sepanjang dekad itu merentasi operasi kami dan membantu melindungi ekosistem dan komuniti yang mudah terjejas di seluruh dunia.”

Penyelesaian Iklim Semula Jadi: “Alam semula jadi sahaja dapat menyelesaikan hingga satu pertiga daripada perubahan iklim”

P&G akan bekerjasama dengan Conservation International and World Wildlife Fund (WWF) untuk mengenal pasti dan membiayai pelbagai projek yang dirancang untuk melindungi, memperbaiki dan memulihkan ekosistem kritikal seperti hutan, tanah lembap, padang rumput dan tanah gambut. Di samping mengasingkan lebih banyak karbon, satu aspek penting di dalam penyelesaian iklim semula jadi adalah potensi untuk menyampaikan manfaat bersama dari segi persekitaran dan sosioekonomi yang bertindak untuk melindungi dan meningkatkan alam semula jadi dan memperbaiki mata pencarian komuniti tempatan. Ketika P&G bergerak ke hadapan, syarikat itu akan berusaha untuk mengenal pasti, mengukur dan menyampaikan manfaat bersama yang relevan daripada pelaburan mereka di dalam alam semula jadi.

P&G sedang membangunkan satu portfolio projek yang terperinci dan melabur di dalam projek merentasi seluruh dunia. Projek yang telah dikenalpasti termasuk:

- Projek Perlindungan Palawan Filipina dengan Conservation International - Untuk melindungi, memperbaiki dan memulihkan bakau dan ekosistem kritikal di Palawan. Palawan adalah kawasan keempat yang paling “tidak dapat diganti” di dunia untuk hidupan liar yang unik dan terancam.
 
- Perancangan Pemulihan Hutan Atlantik dengan WWF
- Di Hutan Atlantik di pantai timur Brazil, meletakkan persediaan asas untuk pemulihan lanskap hutan dengan impak yang bermakna terhadap kepelbagaian biologi, air, keselamatan makanan dan faedah bersama yang lain untuk masyarakat tempatan.
 
- Evergreen Alliance dengan Yayasan Arbor Day
- Menyatukan perbadanan, komuniti dan rakyat untuk mengambil tindakan kritikal bagi memelihara keperluan kehidupan yang terjejas oleh perubahan iklim—termasuk menanam pokok untuk memulihkan kawasan yang musnah akibat kebakaran liar di California Utara dan meningkatkan hutan di Jerman.
 
“Alam harus menjadi satu bahagian penting bagi mana-mana strategi untuk menangani krisis iklim,” kata Dr. M. Sanjayan, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Conservation International. “Penyelidikan menunjukkan bahawa kita tidak dapat memenuhi matlamat iklim kita melainkan kita melindungi, memulihkan dan memperbaiki pengurusan bagi ekosistem yang kaya karbon. Jika dilakukan dengan betul, usaha ini dapat memberikan satu pertiga di dalam pengurangan pelepasan yang diperlukan dalam dekad berikutnya, dan yang penting, menyokong mata pencarian untuk masyarakat di barisan hadapan bagi perubahan iklim. Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan Procter & Gamble bagi melindungi alam semula jadi – satu pelaburan yang merupakan kemenangan bagi satu manusia dan planet kita.”

“Kami telah bekerjasama dengan P&G untuk mendorong kemajuan iklim dan melindungi hutan sepanjang satu dekad, kerana ruang lingkup perniagaan mereka bermakna mereka dapat memberikan hasil pada satu skala yang penting,” kata Carter Roberts, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif WWF bagi Amerika Syarikat. “Yang penting, kemajuan itu tidak terbatas kepada jejak korporat mereka sendiri. P&G adalah sebuah rakan awal di dalam Perikatan Pembeli Tenaga Boleh Diperbaharui, yang telah membantu memperluaskan perolehan tenaga boleh diperbaharui korporat di seluruh Amerika Syarikat. Pengumuman hari ini menandakan kemajuan seterusnya dengan memberikan tumpuan yang lebih besar kepada peranan yang dapat dimainkan dalam memelihara alam – bukan hanya dalam menyerapkan pelepasan karbon, tetapi juga di dalam menyediakan perkhidmatan dan sumber yang menampung kehidupan di bumi. Kami berharap dapat bekerjasama dengan P&G untuk mencapai komitmen baharu ini dalam dekad yang akan datang.”

Jenama P&G mendahului di dalam pengurangan jejak karbon dan perubahan tabiat positif iklim

Komited untuk melangkaui Sasaran Berasaskan Sains mereka untuk mengurangkan pelepasan operasi adalah penting, tetapi Syarikat itu tidak akan berhenti di situ. Selama lebih dua dekad, P&G telah komited untuk memanfaatkan ketegaran saintifik bagi Penilaian Kitaran Hidup bagi produk mereka untuk lebih memahami pelepasan itu daripada rantaian bekalan dan penggunaan produk mereka oleh pengguna (pelepasan Skop 3). Sehingga 85% bagi pelepasan Skop 3 P&G adalah daripada penggunaan produk mereka oleh pengguna. P&G menjangkau ke lima bilion orang melalui jenama mereka, dan dengan skala ini menjadi satu tanggungjawab untuk memberikan pengguna kekuatan bagi mengurangkan jejak karbon mereka sendiri dengan produk yang direka untuk membantu menjimatkan tenaga, air dan sumber semula jadi.

- Lebih 60% daripada jejak bahan cuci pakaian berada di dalam fasa penggunaan pengguna, kebanyakannya berkaitan dengan tenaga yang digunakan untuk memanaskan air. Ariel dan Tide telah mengoptimumkan formula bahan cuci untuk kecekapan tinggi di dalam mencuci pada suhu rendah dan memberi inspirasi tingkah laku cucian positif “Kitaran ke 30” dan “Cuci Air Sejuk”. Matlamatnya adalah agar 70% daripada muatan mesin adalah muatan kitaran tenaga rendah, dan kemajuan besar telah dicapai dengan mendidik pengguna di Amerika Syarikat sepanjang 10 tahun yang lalu berhubung faedah kitaran basuh tenaga rendah. P&G menganggarkan bahawa sejak tahun 2015, pelepasan yang dihindarkan daripada pengguna meningkatkan penggunaan kitaran mendobi bertenaga rendah mereka kira-kira 15 juta metrik tan CO2, yang bersamaan dengan tidak menggunakan tiga juta kereta di jalan raya.

- Mengetepikan satu mitos yang popular, Cascade menunjukkan kepada pengguna bagaimana mesin basuh pinggan mangkuk direka agar lebih cekap air dan tenaga berbanding membasuh di sinki. Cascade dan Tablet Fairy Automatic Dish Washing membolehkan pengguna untuk melangkau pra-mencuci dan menjimatkan air dan tenaga yang diperlukan untuk memanaskan air. Kuasa membersihkan minyak oleh Cecair Fairy dan Dawn Dish Washing membolehkan penjimatan air dan tenaga: dengan mengurangkan suhu air 20°C (36°F), pengguna dapat menjimatkan sehingga 50% CO2 daripada jumlah jejak bagi setiap cucian.

“Peranan kami sebagai pemimpin adalah untuk memungkinkan ekonomi dan gaya hidup mencapai pelepasan yang lebih rendah, berpatutan dan diinginkan untuk semua orang,” kata Virginie Helias, Ketua Pegawai Kelestarian P&G. “Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk melindungi simpanan karbon yang kritikal dan melabur di dalam penyelesaian yang menjanakan semula planet kita. Pengguna juga ingin melakukan lebih banyak perkara bagi menangani perubahan iklim. Sebagai sebuah syarikat, kami menyentuh lima bilion orang dengan jenama kami; kami berusaha untuk membuat perbezaan setiap hari dengan menggalakkan penggunaan yang bertanggungjawab dengan produk yang berkesan dan intuitif untuk memungkinkan penerimaan bagi tabiat pelepasan rendah yang baharu.”

Hari ini pada pukul 8 pagi EST/2 petang CET, P&G akan memanggil pakar dan pemimpin iklim untuk satu meja bulat yang dihoskan oleh National Geographic bagi membincangkan kekuatan alam sebagai satu penyelesaian iklim. Peserta termasuk Ketua Pegawai Eksekutif P&G David Taylor, Ketua Pegawai Kelestarian P&G Virginie Helias, Ketua Pegawai Eksekutif Conservation International Dr. M. Sanjayan, Ketua Pegawai Eksekutif Word Wildlife Fund Amerika Syarikat Carter Roberts, dan aktivis iklim Clover Hogan, Jiaxuan Zhang, Kehkashan Basu dan Vanessa Nakate.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai komitmen baharu P&G bagi memajukan penyelesaian iklim semula jadi dan menjadi neutral karbon sepanjang dekad itu, layari tapak Pelbagai Siaran Media kami.

Maklumat mengenai P&G
 
P&G memberi perkhidmatan kepada pengguna di seluruh dunia dengan satu daripada portfolio jenama yang paling dipercayai, berkualiti, berkepimpinan, yang termasuk Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Bounty®, Charmin®, Crest®, Dawn®, Downy®, Fairy®, Febreze®, Gain®, Gillette®, Head & Shoulders®, Lenor®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, SK-II®, Tide®, Vicks®, dan Whisper®. Komuniti P&G itu termasuk operasi di kira-kira 70 buah negara di seluruh dunia. Sila layari http://www.pg.com untuk mendapatkan berita dan maklumat terkini berhubung P&G dan jenama mereka.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200716005294/en/

Hubungi

Media P&G:

Maria Burquest
P&G, Global Communications
Burquest.mh@pg.com

Loukia Tzekaki
P&G, Europe Communications
Tzekaki.l@pg.com

Sumber : Syarikat Procter & Gamble

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.