ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  OPENGATE CAPITAL MENGALU-ALUKAN AHLI LEMBAGA PENASIHAT BAHARU

Wednesday 22/07/2020



Tiga Profesional Industri Berpengalaman Bergabung untuk Memberi Nasihat mengenai Strategi Pelaburan dan Operasi Global Firma itu

LOS ANGELES, 22 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
OpenGate Capital, sebuah firma ekuiti persendirian global, hari ini mengumumkan bahawa pihaknya mengalu-alukan tiga ahli baharu ke Lembaga Penasihatnya termasuk Encik Randall Aardema, Encik Matthew Pearlson, dan Encik Randy Teo. Lembaga Penasihat OpenGate memberikan panduan kepada strategi pelaburan dan operasi global firma itu dan terdiri daripada profesional yang berpengalaman di dalam bidang kepimpinan, teknologi, inovasi, kewangan, dan operasi.

Andrew Nikou, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif OpenGate Capital berkata, “Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan ahli-ahli terbaharu ke Lembaga Penasihat kami. Randall, Matthew, dan Randy adalah profesional yang luar biasa di dalam bidang mereka dan membawa kelebaran dan kedalaman pengalaman yang akan memanfaatkan usaha pasukan dalaman kami untuk terus memperoleh peluang-peluang pelaburan yang menarik dan memacukan prestasi unggul merentasi portfolio global kami.”

Ketiga-tiga penasihat baharu itu memberikan kepakaran yang diperolehi daripada pengalaman mereka dengan organisasi terkemuka di seluruh Amerika Syarikat dan Asia.
 
• Randall Aardema adalah seorang pakar operasi dan menasihati pasukan Operasi OpenGate mengenai pembuatan dan pengurusan rantaian bekalan merentasi pelaburan Amerika Utara bagi firma itu. Aardema pada masa ini merupakan pengasas dan presiden bagi Kumpulan Aarwood, sebuah syarikat perunding persendirian yang membantu perniagaan mencapai dan mengekalkan kecemerlangan operasi.
• Matthew Pearlson adalah seorang pakar teknologi di dalam Perindustrian, Alam Sekitar, dan Pembuatan 4.0. Beliau menasihati syarikat-syarikat portfolio OpenGate mengenai penerapan teknologi baharu dan melakukan usaha wajar terhadap peluang-peluang pelaburan. Pearlson pada masa ini memegang jawatan sebagai seorang Pakar Penyelidikan di Jabatan Aeronautik dan Astronautik di MIT, dan sebagai seorang Jurutera Umum di Pusat Sistem Pengangkutan Nasional Amerika Syarikat DOT Volpe di Cambridge, Massachusetts.
• Randy Teo adalah seorang pakar operasi dan memberi nasihat mengenai usaha pengembangan perniagaan yang berkaitan dengan OpenGate di Asia, dan kegiatan operasi di rantau itu untuk syarikat-syarikat portfolio OpenGate. Beliau memiliki pengalaman luas di dalam operasi, M&A, dan pengembangan perniagaan dan pada masa ini merupakan seorang Rakan Pengurusan di T3each Global Ventures LLP, sebuah pejabat keluarga di Singapura yang memberi tumpuan kepada pelaburan impak dan pembiayaan inovasi di dalam platform kesihatan dan pendidikan.
 
Maklumat mengenai OpenGate Capital

OpenGate Capital adalah sebuah firma ekuiti persendirian global yang memberi pengkhususan di dalam pemerolehan dan operasi perniagaan untuk mewujudkan nilai baharu melalui peningkatan operasi, inovasi, dan pertumbuhan. Ditubuhkan pada tahun 2005, OpenGate Capital beribu pejabat di Los Angeles, California dengan mempunyai sebuah pejabat Eropah di Paris, Perancis. Kalangan profesional di OpenGate mempunyai kemahiran kritikal untuk memperoleh, mengendali, dan mengembangkan perniagaan yang berjaya. OpenGate Capital, melalui pelaburan legasi dan dana mereka, telah melaksanakan lebih daripada 30 pengambilalihan termasuk pembentukan korporat, pembelian pengurusan, situasi khas, dan urus niaga dengan penjual persendirian merentasi Amerika Utara dan Eropah. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai OpenGate, sila layari www.opengatecapital.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200721005276/en/

Hubungi

Hubungan Media OpenGate
Alanna Chaffin
E-mel: achaffin@opengatecapital.com
Telefon: +1 (310) 432-7000

Hubungan Pembangunan Perniagaan OpenGate
Joshua Adams
E-mel: jadams@opengatecapital.com
Telefon: +1 (310) 432-7000

Sumber : OpenGate Capital

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.