ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  PROCTER & GAMBLE DAN IOC MENGUMUMKAN SATU TEMPOH LANJUTAN KEPADA PERKONGSIAN OLIMPIK SELURUH DUNIA MEREKA HINGGA TAHUN 2028

Thursday 23/07/2020



P&G: The Measure of Greatness (Photo: Business Wire)
P&G: Ukuran bagi Keunggulan (Foto: Business Wire)
 
  • Dalam satu perkongsian yang pertama seumpamanya yang didorong oleh kewarganegaraan, P&G dan IOC berikrar untuk mengambil tindakan bagi mencapai kemajuan di dalam bidang utama: kesamaan dan penyertaan, kelestarian alam sekitar dan impak komuniti
  • Atlet untuk Dana Baik diwujudkan untuk memberi sokongan kepada atlet yang memajukan usaha penting terhadap nilai-nilai yang dikongsi bersama
  • Perjanjian merangkumi hak global kepada IPC dan Sukan Paralimpik untuk pertama kalinya
  • Untuk menandakan satu tahun lagi, P&G melancarkan siri filem baharu Ukuran bagi Keunggulan, yang meraikan atlet Olimpik dan Paralimpik dan mereka yang menaruh harapan dengan rasa cinta
CINCINNATI, 23 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ketika dunia menandakan satu tahun lagi sehingga berlangsungnya Sukan Olimpik Tokyo 2020, Procter & Gamble (NYSE:PG) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengesahkan komitmen syarikat itu kepada Pergerakan Olimpik dan Paralimpik, dengan pengesahan bagi Perkongsian Seluruh Dunia untuk empat Sukan Olimpik dan Paralimpik seterusnya. Membina di atas kejayaan perkongsian selama 10 tahun yang lalu dan nilai-nilai yang dikongsi oleh kedua-dua organisasi untuk meningkatkan kehidupan dan mewujudkan sebuah dunia yang lebih baik, P&G dan IOC komited kepada perkongsian yang pertama seumpamanya, yang dipacu oleh kewarganegaraan untuk memajukan usaha penting di dalam bidang-bidang utama – kesamaan dan penyertaan, kelestarian alam sekitar dan impak komuniti – sehingga Los Angeles 2028. Buat pertama kalinya, P&G telah juga memperoleh hak pemasaran global kepada Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan Sukan Paralimpik melalui perjanjian kerjasama jangka panjang IOC-IPC, di mana IOC menyelia program komersial IPC dan Sukan Paralimpik.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200722005270/en/

“Sebagai sebuah Rakan TOP bagi IOC selama 10 tahun yang lalu, kami sangat berbangga dengan usaha yang telah kami lakukan bersama,” kata Ketua Pegawai Jenama P&G, Marc Pritchard. “Ketika kami menantikan dekad berikutnya, kami menyedari peluang dan tanggungjawab untuk menggunakan tajaan Sukan Olimpik kami bagi impak yang lebih luas. Dalam semangat Pergerakan Olimpik, kami membuat satu komitmen bersama melalui perkongsian kami untuk mewujudkan perubahan positif di dunia di dalam aspek kesamaan dan penyertaan, kelestarian alam sekitar dan impak komuniti. Kami akan menggunakan setiap empat Sukan seterusnya sebagai satu jadual perkembangan untuk mengukur kemajuan dan meninggalkan legasi yang bermakna.”

Presiden IOC Thomas Bach berkata: “Procter & Gamble telah menjadi sebuah rakan sejati kepada IOC dan satu kuasa yang sangat kuat dalam mendukung cita-cita Pergerakan Olimpik. Ketika kami menandakan satu tahun lagi hingga Sukan Olimpik Tokyo 2020, kami dengan senang hati mengumumkan bahawa kami akan “lebih kukuh bersama” dengan P&G sehingga tahun 2028. Melihat ke masa depan, kami telah mengutamakan inisiatif yang mempunyai tujuan yang jelas untuk menyokong visi IOC bagi membina sebuah dunia yang lebih baik melalui sukan.”

Sebagai sebuah Rakan global, P&G akan terus menyokong Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020, serta Sukan Musim Sejuk Olimpik dan Paralimpik Beijing 2022, Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024, Sukan Musim Sejuk Olimpik dan Paralimpik Milano-Cortina 2026, dan Sukan Olimpik dan Paralimpik Los Angeles 2028.

Atlet untuk Dana Baik

Sejajar dengan misi IOC untuk menyokong atlet dan meletakkan mereka di tengah-tengah Pergerakan Olimpik, sebagai sebahagian daripada bab perkongsian Olimpik dan Paralimpik P&G yang seterusnya, syarikat itu akan melancarkan Atlet untuk Dana Baik, satu inisiatif bersama di antara P&G, IOC dan IPC yang akan memberikan geran kepada usaha yang disokong oleh atlet Sukan Olimpik dan Paralimpik dan mereka yang menaruh harapan untuk memajukan usaha penting terhadap nilai-nilai kewarganegaraan teras yang dikongsi bersama. Atlet untuk Dana Baik akan memberikan sejumlah 52 geran sepanjang tahun depan menerusi satu proses permohonan pada platform Athlete365 IOC – yang mewakili satu untuk setiap minggu menjelang Majlis Perasmian bagi Sukan Olimpik Tokyo 2020. Atlet Olimpik dan Paralimpik dan mereka yang menaruh harapan yang bekerjasama dengan organisasi yang membina dan melayani komuniti mereka di dalam bidang yang memberi impak komuniti (bantuan COVID-19), kesamaan dan penyertaan, dan kelestarian alam sekitar adalah layak untuk memohon.

Ukuran bagi Keunggulan

Dalam meraikan untuk menandakan satu tahun lagi, dan bagi atlet yang menghadapi jalan yang panjang ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, P&G telah menghormati kesemua perkongsian atlet yang sedia ada, dengan melanjutkan sebahagian besarnya sehingga tahun 2021. Melalui satu siri video digital bertajuk Ukuran bagi Keunggulan P&G akan juga mengetengahkan kisah atlet Olimpik dan Paralimpik dan mereka yang menaruh harapan dari seluruh dunia yang melangkah untuk mengambil tindakan yang bermakna untuk melayani komuniti mereka pada tahun 2020.

Pritchard seterusnya berkata: “Walaupun dunia di sekeliling kita mungkin telah berubah dalam beberapa bulan yang lalu, tujuan kita sebagai sebuah penaja Sukan Olimpik belum lagi. Kita sentiasa meraikan perjalanan atlet dalam usaha menuju impian Olimpik mereka dan menyedari ramai orang yang menyokong mereka sepanjang perjalanan itu. Sebagai sebahagian daripada perjalanan baharu itu ke Tokyo, kita tahu bahawa masa satu tahun untuk itu akan membawa satu makna baharu bagi atlet, keluarga dan peminat mereka. Kita tetap teguh di dalam menyokong atlet dan kita berbesar hati untuk mengangkat kisah-kisah luar biasa atlet Olimpik dan Paralimpik dan mereka yang menaruh harapan yang telah tampil untuk memimpin komuniti mereka pada tahun 2020 – bukan melalui persembahan ketangkasan mereka, tetapi melalui kasih sayang, kemanusiaan, dan rasa kasih sayang mereka.”

Menyinarkan cahaya kepada atlet Olimpik dan Paralimpik dan mereka yang menaruh harapan yang telah menunjukkan apa yang dimaksudkan untuk memberi inspirasi di dalam dan di luar lapangan permainan, Ukuran bagi Keunggulan menceritakan kisah-kisah semangat atlet yang telah menggunakan detik ini untuk melangkah ke tahap yang berbeza di dalam memberikan perkhidmatan kepada orang lain. Daripada bertarung di barisan hadapan di dalam bidang perubatan melawan wabak COVID-19, kepada mengangkat suara mereka untuk kesamaan kaum, kepada menggunakan sumber mereka untuk mengarahkan peralatan perubatan dan makanan kepada mereka yang paling memerlukan, atlet ini melambangkan bagaimana orang dapat memimpin dengan rasa cinta semasa detik yang mencabar ini.

Filem digital Ukuran bagi Keunggulan itu menceritakan kisah atlet yang memberi inspirasi kepada atlet Olimpik dan Paralimpik dan mereka yang menaruh harapan berikut:
  • Kim Daybell, Great Britain, Pingpong Paralimpik: Kim dijadual memulakan latihan sepenuh masa untuk mempersiapkan diri ke Tokyo tetapi sebaliknya kembali bekerja sepenuh masa sebagai seorang SHO (doktor pelatih kanan) perubatan yang menguruskan pesakit COVID-19 di sebuah hospital London. Beliau bekerja 40-60 jam setiap minggu di hospital itu, sementara masih mengekalkan kesihatan mental dan fizikal untuk perjalanannya yang berterusan menuju ke Tokyo 2020.
     
  • Simone Manuel, Amerika Syarikat, Renang: Sebagai wanita kulit Hitam pertama untuk memenangi sebutir pingat acara perseorangan di dalam cara renang Olimpik, Simone adalah penyokong yang lantang untuk mencabar stereotaip perkauman di dalam pertandingan renang kompetitif dan secara konsisten menggunakan platformnya untuk mendidik pengikutnya tentang cara bagaimana untuk menjadi anti-perkauman secara aktif, memperkuatkan suara orang kulit Hitam dan untuk menggalakkan semua orang untuk menaruh impian besar dan menjangkau mengatasi stereotaip. Sejak bermulanya wabak COVID-19, Simone juga menggunakan platformnya untuk menyokong organisasi yang menghubungkan mereka yang tidak mempunyai akses kepada makanan yang berkhasiat dan mampu dimilik.
     
  • Kento Momota, Jepun, Badminton: Momota-san menyumbangkan 10 peratus daripada wang hadiahnya daripada kemenangan kejohanan 2019 (USD 50,000) kepada Persatuan Perubatan Tokyo untuk menyokong usaha bantuan COVID-19 dan membantu di dalam menyumbangkan 200,000 pelitup muka kepada pelajar dan kakitangan perubatan di Jepun. Beliau juga telah meluangkan masa beliau untuk membimbing pemain badminton remaja, memberikan dorongan dan motivasi ketika mereka melangkah keluar pada waktu ini dari sukan itu.
     
  • Pamphinette (Pam) Buisa, Kanada, Ragbi: Pam bersama-sama menganjurkan satu perhimpunan aman untuk kehidupan orang kulit Hitam di Victoria, Kanada, dan merupakan suara yang menonjol di dalam komuniti olahraga Kanada, menggalakkan orang lain untuk terlibat di dalam usaha anti-perkauman dan perdamaian yang saksama. Selain itu, Pam telah bekerjasama dengan beberapa wanita di dalam komuniti beliau untuk menubuh dan mengumpulkan dana bagi tabung bantuan COVID-19 bagi mereka yang memerlukan di Pulau Vancouver.
“Walaupun penjadualan semula bagi Sukan Olimpik amat mengecewakan bagi saya, saya segera menyedari bahawa ada perkara yang lebih penting yang perlu dilakukan untuk menolong komuniti kita, negara kita dan dunia kita. Saya tahu saya mempunyai satu peluang penting untuk menggunakan suara saya dan sumber saya untuk menawarkan sokongan kepada komuniti saya semasa waktu yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata Simone Manuel. “Selain itu, ia adalah sangat luar biasa untuk menyaksikan dan mengambil bahagian di dalam satu saat yang penting di dalam sejarah di mana kita secara kolektif memperjuangkan kesamaan untuk semua.”

Ukuran bagi Keunggulan boleh dilihat di: https://youtu.be/ZciNNbgXSIA

Sebagai sebahagian daripada perkongsian itu, P&G akan memberikan kepakaran dan kepimpinan pemikiran mereka kepada IOC mengenai cara bagaimana untuk berkembang, mempercepat dan membawa inovasi kepada keupayaan digital, produk dan aset IOC. Usaha ini menyokong strategi IOC untuk melibatkan orang dengan jenama Olimpik dan mengekalkan hubungan jangka panjang semasa dan di luar waktu Sukan.

Jiri Kejval, Pengerusi Suruhanjaya Pemasaran IOC, berkata: “Perlanjutan kepada perjanjian kita ini dengan P&G adalah satu lagi bukti jelas mengenai daya tarikan yang berterusan bagi program Rakan Olimpik Seluruh Dunia, serta komitmen Rakan kami untuk menyokong dan mempromosikan nilai-nilai Olimpik di peringkat global. Dengan mengagihkan semula 90% daripada pendapatan yang dihasilkannya, IOC berupaya untuk menyokong sukan dan atlet di peringkat global, pada sepanjang tahun.”

Maklumat mengenai Procter & Gamble

P&G memberi perkhidmatan kepada pengguna di seluruh dunia dengan satu daripada portfolio jenama yang paling dipercayai, berkualiti, berkepimpinan, yang termasuk Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Bounty®, Charmin®, Crest®, Dawn®, Downy®, Fairy®, Febreze®, Gain®, Gillette®, Head & Shoulders®, Lenor®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, SK-II®, Tide®, Vicks®, dan Whisper®. Komuniti P&G itu termasuk operasi di kira-kira 70 buah negara di seluruh dunia. Sila layari http://www.pg.com untuk mendapatkan berita dan maklumat terkini berhubung P&G dan jenama mereka.

Maklumat mengenai Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa adalah sebuah organisasi antarabangsa persendirian yang tidak mencari keuntungan yang terdiri daripada sukarelawan, yang komited untuk membangunkan sebuah dunia yang lebih baik melalui sukan. Ia mengagihkan semula lebih daripada 90 peratus pendapatannya kepada pergerakan sukan yang lebih luas, yang bermaksud bahawa setiap hari bersamaan dengan 3.4 juta dolar Amerika disalurkan untuk membantu atlet dan organisasi sukan di semua peringkat di seluruh dunia.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200722005270/en/

Hubungi
P&G Komunikasi Amerika Syarikat
Jeannie Tharrington
Tharrington.jm@pg.com

Sumber : Procter & Gamble

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.