ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  SPOTIFY DAN UNIVERSAL MUSIC GROUP MENGUMUMKAN PERJANJIAN LESEN GLOBAL, BERBILANG TAHUN

Thursday 23/07/2020



STOCKHOLM & SANTA MONICA, Calif., 23 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Spotify (NYSE: SPOT), perkhidmatan langganan penstriman audio paling popular di dunia, dan Universal Music Group (UMG), peneraju dunia di dalam hiburan berasaskan muzik, hari ini mengumumkan satu perjanjian lesen global berbilang tahun yang baharu yang menyelaraskan usaha syarikat-syarikat itu untuk memupuk ciri-ciri baharu yang berinovatif yang memberi nilai kepada artis dan pengalaman hebat kepada peminat muzik.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200722005444/en/

Dengan perjanjian baharu ini, syarikat-syarikat itu memajukan perkongsian terkemuka industri mereka, yang memantulkan satu komitmen yang dikongsi bersama untuk pertumbuhan muzik yang berterusan, pengalaman penemuan muzik yang lebih mendalam dan kerjasama pada kempen pemasaran baharu yang canggih merentasi platform Spotify. Selain itu, sebagai syarikat muzik yang paling berinovatif dan satu daripada penyokong paling awal Spotify, UMG akan memperdalamkan peranan utama mereka sebagai sebuah penerima awal bagi produk masa depan dan memberikan maklum balas berharga kepada pasukan pembangunan Spotify.

Daniel Ek, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif bagi Spotify, berkata, “Dari eksperimentasi awal mereka dengan Marquee, sehingga menguji pengalaman baharu seperti Canvas, Universal Music Group telah menjadi sebuah rakan penting di dalam membantu membentuk pengembangan bagi peranti pemasaran kami. Dengan pengumuman hari ini, kami akan mengembangkan pada tahap ini bagi inovasi peringkat awal dan memperkukuhkan lagi perkongsian kami dan berkongsi visi untuk membantu artis bergerak maju di semua peringkat bagi kerjaya mereka. Kami telah berkata selama ini, matlamat bagi strategi Tempat pasaran kami adalah untuk memanfaatkan kemampuan Spotify untuk menghubungkan artis dengan peminat pada satu skala yang belum pernah wujud sebelum ini dan membawa peluang baharu kepada industri itu. Bersama-sama, kami berharap dapat melaburkan semula dan membina peranti dan persembahan baharu untuk artis di seluruh dunia.”

Sir Lucian Grainge, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Universal Music Group, berkata, “Dengan perjanjian ini, UMG dan Spotify adalah lebih sejajar dari sebelumnya di dalam komitmen kami untuk memastikan keseluruhan ekosistem muzik berkembang dan menjangkau audiens baharu di seluruh dunia. Memandangkan komitmen kami terhadap inovasi dan penerimaan awal bagi teknologi muzik, dan kepimpinan Spotify di dalam pengembangan peranti yang berfikiran ke hadapan, perkongsian baharu kami akan memberikan artis kami dengan peluang baharu dan sangat berkuasa untuk berhubungan dengan peminat di platform Spotify yang semakin berkembang. Bekerja bersama, pasukan kami akan memperluas dan mempercepatkan usaha sama kami untuk menyampaikan inisiatif yang bertumpukan kepada artis, kempen pemasaran strategik dan penawaran baharu untuk memberikan pengalaman baharu yang menarik bagi peminat di seluruh dunia.”

Maklumat mengenai Spotify Technology S.A.

Spotify mengubah selama-lamanya cara mendengar muzik apabila kami dilancarkan pada tahun 2008. Misi kami adalah untuk membuka potensi bagi kreativiti manusia dengan memberikan satu juta artis kreatif peluang untuk bergantung hidup pada seni mereka dan berbilion peminat dengan peluang untuk menikmati dan mendapat inspirasi daripada pencipta ini. Segala yang kami lakukan didorong oleh kecintaan kami terhadap muzik dan audio siar atau podcast.

Temui, urus, dan berkongsi lebih 50 juta judul, termasuk lebih 1 juta tajuk audio siar, secara percuma, atau dinaik taraf kepada Spotify Premium untuk mengakses ciri-ciri eksklusif bagi muzik termasuk kualiti bunyi yang ditingkatkan dan satu pengalaman pendengaran atas permintaan, luar talian, dan tanpa iklan.

Hari ini, kami adalah merupakan perkhidmatan langganan penstriman audio paling popular di dunia dengan sebuah komuniti yang mencakupi lebih 286 juta pengguna, termasuk 130 juta pelanggan Spotify Premium, merentasi 92 pasaran.

Kami menggunakan laman web Pelabur dan Untuk Rekod kami serta media sosial lain yang disenaraikan di dalam tab “Sumber – Media Sosial” di laman web Pelabur  kami untuk mendedahkan maklumat syarikat yang penting. Untuk maklumat lanjut, gambar, atau untuk menghubungi pasukan akhbar, sila layari https://newsroom.spotify.com/.

Maklumat mengenai Universal Music Group

Universal Music Group (UMG) adalah pemimpin dunia di dalam hiburan berasaskan muzik, dengan tatasusunan yang luas bagi perniagaan yang terlibat di dalam muzik rakaman, penerbitan muzik, perdagangan dan kandungan audiovisual di lebih 60 buah negara. Dengan memaparkan katalog yang paling komprehensif bagi rakaman dan lagu merentasi setiap genre muzik, UMG mengenal pasti dan mengembangkan artis serta menghasil dan mengedarkan muzik yang disanjung umum dan paling berjaya dari segi komersial di dunia. Komited kepada bidang seni, inovasi dan keusahawanan, UMG merangsangkan pengembangan perkhidmatan, platform dan model perniagaan untuk memperluaskan peluang artistik dan komersial bagi artis kita dan mencipta pengalaman baharu buat peminat. Universal Music Group adalah sebuah syarikat Vivendi.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200722005444/en/

Hubungi

Media
Bagi pihak Spotify:
Chris Macowski
cmacowski@spotify.com
+1-347-429-3396

Bagi pihak Universal Music Group:
Andy Fixmer
andy.fixmer@umusic.com
+1-310-865-0132

Sumber : Spotify Technology S.A.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.