ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 10, 2024 -Jumaat

 
  MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN KORPORAT PAAB PRIHATIN 2020

Friday 24/07/2020



PAAB AGIH SUMBANGAN KORPORAT RM40,000
 
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan mengagihkan sumbangan korporat berjumlah RM40,000.00 kepada lapan penerima terpilih iaitu: 

Table

Ketua Pegawai Eksekutif PAAB, Abdul Hadi Ali berkata, kesemua penerima terbabit dipilih berdasarkan lokasi mereka yang terletak di kawasan kritikal menerima kesan langsung daripada pembinaan Projek Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2.
 
Beliau menjelaskan, sumbangan berkenaan merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat PAAB tahun ini bagi meringankan beban dan tanggungan lebih-lebih lagi selepas wabak COVID-19 melanda negara dan menjejaskan sumber kewangan serta ekonomi masyarakat.
 
Tambah beliau, sumbangan itu juga membuktikan yang PAAB tidak pernah mengabaikan kawasan, kariah dan masyarakat yang terkesan dengan pembinaan projek berkenaan malah sentiasa prihatin serta mendengar keluhan yang disuarakan penduduk setempat.
 
Majlis Penyerahan Sumbangan Korporat PAAB Prihatin 2020 disempurnakan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Hasan Arifin di ibu negara.
 
Abdul Hadi juga berharap penduduk yang mengalami kesulitan seperti penutupan jalan, gangguan bekalan air berkala dan kesesakan lalu lintas kesan daripada projek itu untuk terus bersabar serta memahami kekangan yang dihadapi sehingga mengalami kelewatan.  
 
Antara faktor kelewatan projek LRA Langat 2 itu termasuk cabaran mendapatkan permit penggunaan tanah, permit pengeluaran hasil tanah dan batuan yang melibatkan kawasan hutan simpan, kelulusan untuk kerja-kerja penanaman dan pemasangan paip yang melalui beberapa kawasan perumahan yang padat serta melibatkan projek lain yang berskala besar.
 
PAAB bertanggungjawab membangunkan LRA Langat 2 yang merangkumi 23 pakej membabitkan kawasan termasuk Hulu Langat, Cheras, Sungai Besi, Bukit Jalil, Petaling, Bandar Kinrara, Bukit Dengkil, Ampang serta Keramat AU3. 
 
Ia merupakan projek LRA terbesar di Asia Tenggara yang mula dibina pada Mac 2014 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2023 dengan keseluruhan projek telah 81.9 peratus siap. LRA Langat 2 berupaya membekalkan keperluan 1,130 juta liter air sehari kepada penduduk di Lembah Klang sekali gus meningkatkan rizab bekalan air di Selangor.
 
Kerajaan persekutuan bersetuju membina LRA Langat 2 dengan kos RM3.7 bilion bagi menampung keperluan dan permintaan tinggi bekalan air di Lembah Klang.

http://www.paab.my/paab-agih-sumbangan-korporat-rm40000/ 

Gambar Pertama (atas) Ketua Pegawai Eksekutif PAAB, Abdul Hadi Ali (dua dari kiri) dan Pemangku Ketua Pegawai Operasi PAAB, Zainal Nagin meraikan penerima sumbangan selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Korporat PAAB Prihatin 2020

Gambar Kedua (bawah) Pengerusi PAAB, Datuk Seri Hasan Arifin (tiga dari kiri) beramah mesra dengan penerima sumbangan selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Korporat PAAB Prihatin 2020 

SUMBER: Pengurusan Aset Air Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Khairil Amri Tajuddin
Korporat Komunikasi 
Pengurusan Aset Air Berhad
Tel: 03-2614 5535 / 017 4060 717
Emel: khairil@paab.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.