ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  ALLURION BERKEMBANG KE ASIA DENGAN PELANCARAN PROGRAM PENURUNAN BERAT BADAN BELON GASTRIK ELIPSE®

Wednesday 29/07/2020



Pertumbuhan organik yang pesat di Eropah, Timur Tengah, dan Amerika Latin menjadi landasan bagi pengembangan global selanjutnya

Syarikat menamakan John Liljequist sebagai Pengarah bagi Jualan untuk Asia Pasifik

NATICK, Mass., 29 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Allurion Technologies, sebuah peneraju perintis di dalam pembangunan bagi pengalaman penurunan berat badan yang berinovatif, berskala, dan dipercayai, hari ini mengumumkan kemasukan mereka ke Asia dengan pelancaran Program Elipse di Hong Kong, Malaysia, dan Singapura. Berkembang di atas kejayaan mereka di Eropah, Timur Tengah, dan Amerika Latin, kemasukan syarikat itu ke Asia dapat memberi impak kepada kehidupan lebih 1 bilion orang yang mengalami masalah berat badan berlebihan atau kegemukan di sebuah rantau yang dari segi sejarah mempunyai akses yang terhad kepada rawatan penurunan berat badan yang tak invasif. 1

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200728005010/en/

“Dengan pelancaran program penurunan berat badan kami di Asia, syarikat kami telah memasuki fasa mereka yang seterusnya bagi pengembangan pesat,” kata pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Allurion, Shantanu Gaur, M.D. “Kegemukan telah meningkat di Asia sejak beberapa dekad, tetapi pilihan rawatan yang benar-benar tak bergeseran tidak ada. Kami berhasrat untuk mengubahnya.”

Allurion sudah merawat lebih 25,000 individu di lebih 30 buah negara di seluruh dunia dengan program penurunan berat badan Allurion 360 darjah mereka. Menurut satu kajian yang dikeluarkan oleh Institut Bank Pembangunan Asia, lebih dari 40% orang dewasa di Asia mempunyai masalah berat badan berlebihan atau kegemukan, satu peningkatan hampir 20% dalam tempoh hanya 20 tahun yang lalu.

“Ketibaan Belon Elipse di Hospital Gleneagles di Pulau Pinang adalah merupakan satu detik bersejarah bagi kita semua yang terlibat,” kata Dr. Kirubakaran Malapan dari Hospital Gleneagles Pulau Pinang. “Saya sangat yakin bahawa ini akan menjadi satu pilihan rawatan yang menarik di dalam usaha kita memerangi kegemukan.”

Allurion juga telah mengumumkan penambahan John Liljequist sebagai Pengarah bagi Jualan Asia Pasifik. Encik Liljequist mempunyai lebih 18 tahun pengalaman dalam peralatan perubatan komersial di rantau Asia Pasifik. Sebelum ini beliau berkhidmat sebagai Pengarah Kanan Komersial di Establishment Labs dan bertanggungjawab untuk memacukan aktiviti jualan, strategi dan komersial merentasi Jepun, Korea, Hong Kong, Australia, dan China. Sebelum ke Establishment Labs, Encik Liljequist telah menguruskan francais implan payudara di Allergan dan merupakan pengintegrasian utama untuk Coolsculpting® merentasi APAC, India, Timur Tengah, dan Afrika.

“Saya amat gembira apabila John menyertai pasukan komersial Allurion,” kata Benoit Chardon, Naib Presiden Eksekutif Allurion bagi Komersial Global. “Beliau turut serta pada ketika pertumbuhan yang cukup besar dan akan mempunyai satu peluang untuk menggunakan bakat, pengalaman, dan keghairahan beliau di satu daripada pasaran penurunan berat badan yang paling cepat berkembang di dunia.”

Maklumat mengenai Allurion Technologies

Allurion Technologies didedikasikan untuk membantu orang ramai merealisasikan potensi mereka yang sepenuhnya dengan pengalaman yang berinovatif, berskala dan dipercayai. Produk utama syarikat itu, Program Allurion, adalah satu pengalaman penurunan berat badan 360 darjah yang menampilkan Belon Elipse,  belon gastrik tanpa prosedur yang boleh ditelan dan pertama di dunia untuk menurunkan berat badan. Ketahui lebih lanjut mengenai Belon Elipse dan Allurion secara dalam talian di www.allurion.com, di Facebook di www.fb.com/allurion atau di Twitter @alluriontech. Belon Elipse tidak diluluskan oleh FDA dan adalah merupakan satu peranti penyelidikan di Amerika Syarikat.

1 https://www.adb.org/sites/default/files/publication/320411/adbi-wp743.pdf

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200728005010/en/

Hubungi

Whitney Cypes
(408) 547-7531

Sumber : Allurion Technologies

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.