ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  ZYNGA MENGIKAT PERJANJIAN UNTUK MEMPEROLEHI ROLLIC YANG BERPANGKALAN DI ISTANBUL, SATU DARIPADA SYARIKAT PERMAINAN MUDAH ALIH HIPER-KASUAL YANG PALING PANTAS BERKEMBANG

Thursday 06/08/2020



Zynga Enters Into Agreement to Acquire Istanbul-based Rollic (Graphic: Business Wire)
Zynga Mengikat Perjanjian untuk Memperolehi Rollic yang berpangkalan di Istanbul (Grafik: Business Wire)
 
 
  • Memasuki ke dalam Satu daripada Kategori Permainan Mudah Alih Terbesar dan Paling Pantas Berkembang
  • Portfolio Mengujakan bagi Permainan Hiper-Kasual yang Popular dengan lebih daripada 5 Juta DAU Mudah Alih dan 65 Juta MAU Mudah Alih
  • Memperluas dan Mempelbagaikan Perniagaan Pengiklanan Zynga
  • Menambahkan sebuah Pasukan yang Sangat Berbakat dan Rangkaian Pemaju Luaran yang Luas
  • Pemerolehan Dijangka Ditutup pada 1 Oktober, 2020
SAN FRANCISCO, 6 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah pemimpin dunia di dalam hiburan interaktif, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengikat satu perjanjian untuk memperolehi Rollic yang berpangkalan di Istanbul, sebuah pemaju dan penerbit permainan mudah alih dengan satu portfolio menarik bagi permainan hiper-kasual popular yang telah dimuat turun lebih 250 juta kali. Dengan pemerolehan ini, Zynga memasuki pasaran hiper-kasual – satu daripada kategori permainan terbesar dan paling pantas berkembang di telefon bimbit – dan menambahkan sebuah pasukan yang sangat berbakat dan sebuah rangkaian pemaju luaran yang menyeluruh. Rollic akan dengan penuh makna meningkatkan audiens kami dan mengembangkan perniagaan pengiklanan kami.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:  https://www.businesswire.com/news/home/20200805005030/en/
 
Ditubuhkan pada Disember 2018 oleh Burak Vardal, Deniz Basaran dan Mehmet Can Yavuz, Rollic adalah sebuah penerbit hiper-kasual dan pemaju permainan yang berpangkalan di Istanbul, Turki. Lapan daripada permainan Rollic telah mencapai Nombor 1 atau Nombor 2 bagi permainan muat turun percuma teratas di App Store Amerika Syarikat, dan keluaran terbaharu mereka, Go Knots 3D dan Tangle Master 3D, adalah dua permainan teratas yang paling banyak dimuat turun di App Store Amerika Syarikat pada suku kedua tahun 2020. Judul-judul Rollic pada masa ini mempunyai lebih daripada 5 juta pengguna aktif harian mudah alih (DAU) dan 65 juta pengguna aktif bulanan mudah alih (MAU).

“Kami sangat teruja untuk berkembang ke dalam kategori hiper-kasual dengan pemerolehan Rollic, satu daripada pemaju dan penerbit hiper-kasual yang paling pantas berkembang di seluruh dunia pada tahun 2020, yang diketuai oleh sebuah pasukan yang sangat kreatif,” kata Frank Gibeau, Ketua Pegawai Eksekutif Zynga. “Dengan Rollic, kami dengan penuh makna meningkatkan audiens kami, mengembang dan mempelbagaikan perniagaan pengiklanan global kami, dan menambahkan kepada rangkaian permainan dan jaringan pemaju kami. Zynga dan Rollic berada pada kedudukan yang baik untuk berkembang dengan lebih pantas bersama.”

“Pasukan Rollic amat bangga untuk bergabung dengan Zynga,” kata Burak Vardal, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Rollic. “Kepakaran kami di dalam hiper-kasual adalah sangat sesuai untuk kecekapan Zynga di dalam pengurusan produk, sains data, pengewangan iklan dan penerbitan bertaraf dunia. Dengan Rollic yang mantap bagi permainan yang sedia ada dan hiper-kasual yang baharu menyertai portfolio Zynga, kami berharap untuk memajukan misi kolektif kami untuk menghubungkan dunia melalui permainan.”

Zynga akan memperolehi 80% daripada Rollic dengan harga $168 juta dalam bentuk tunai. Pertimbangan pendahuluan urus niaga muktamad akan juga merangkumi penyesuaian penutupan biasa dan dijangka ditutup pada 1 Oktober, 2020. Sepanjang tiga tahun akan datang, Zynga akan memperolehi baki 20% dalam ansuran yang sama rata pada penilaian yang didasarkan kepada matlamat keuntungan tertentu.

Nota Editor:

Aset seni dan siaran penting tersedia untuk digunakan di pautan berikut: https://bit.ly/ZyngaRollic

Maklumat mengenai Zynga Inc.

Zynga adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif dengan satu misi untuk menghubungkan dunia menerusi permainan. Sehingga kini, lebih daripada satu bilion orang telah memainkan francais Zynga termasuk CSR Racing™, Empires & Puzzles™, Merge Dragons!™, Merge Magic!™, Toon Blast™, Toy Blast™, dan Words With Friends™. Permainan Zynga boleh didapati di lebih daripada 150 buah negara dan boleh dimainkan merentasi platform sosial dan peranti mudah alih di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2007, syarikat itu beribu pejabat di San Francisco dengan mempunyai lokasi di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, India, Turki dan Finland. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zynga.com atau ikuti Zynga di TwitterInstagramFacebook atau di blog Zynga.

Maklumat mengenai Rollic

Ditubuhkan pada Disember 2018, Rollic adalah sebuah pemaju dan penerbit permainan yang berpangkalan di Istanbul,  yang memberi tumpuan kepada permainan hiper-kasual percuma untuk iOS dan Android. Permainan yang dikeluarkan oleh Rollic termasuk Go Knots 3D, Flipper Dunk, Onnect – Pair Matching Puzzle, Pixel Shot 3D, Picker 3D, Repair Master 3DTangle Master 3D, Water Shooty, dan Wheel Smash. Rollic komited untuk menghasilkan tajuk-tajuk global yang menarik secara besar-besaran dan pada masa yang sama membina sebuah ekosistem pemaju yang berkembang maju di dalam industri permainan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rollicgames.com atau ikuti Rollic di FacebookLinkedInInstagramTwitter atau di blog Rollic.

Kenyataan yang Berpandangan ke hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan, termasuk kenyataan yang berkaitan, antara lain: keupayaan kami untuk mencapai faedah yang dimaksudkan dengan memperolehi Rollic Oyun Yazılım ve Pazarlama Anonim Şirketi (“Rollic”), termasuk memperluaskan audiens global dan perniagaan pengiklanan kami, meningkatkan purata DAU dan MAU mudah alih kami yang sedang meningkat dan menambahkan saluran pembangunan dan keseluruhan pertumbuhan kami; harga belian untuk memperolehi Rollic; bentuk dan peruntukan bagi pertimbangan urus janji; pemasaan di mana urus niaga itu dijangka dimeteraikan; dan keupayaan kami untuk mencapai unjuran kewangan. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan sering kali merangkumi perkataan seperti “pandangan,” “unjuran,” “dirancang,” “bercadang,” “akan,” “menjangka,” “percaya,” “sasaran,” “mengharapkan,” dan kenyataan-kenyataan dalam bentuk kala kelak yang umumnya berpandangan ke hadapan. Pencapaian atau kejayaan bagi perkara-perkara yang diliputi oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu melibatkan risiko, ketidaktentuan, dan tanggapan yang signifikan, dan keputusan sebenar kami mungkin berbeza secara material daripada yang diramalkan atau tersirat. Kebergantungan berlebihan tidak seharusnya diletakkan pada kenyataan yang berpandangan ke hadapan seperti itu, yang didasarkan kepada maklumat yang tersedia kepada kami pada tarikh tersebut. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini kenyataan tersebut. Faktor-faktor yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza termasuk kepuasan bagi syarat-syarat penutupan urus niaga dan keupayaan kami untuk menyelesaikan urus niaga itu tepat pada masanya, menggabungkan secara efektif Rollic, dan mencapai manfaat yang diharapkan daripada urus niaga tersebut. Maklumat lanjut mengenai risiko, ketidaktentuan dan tanggapan ini dan faktor-faktor tambahan yang boleh menyebabkan keputusan sebenar untuk berbeza adalah atau akan dijelaskan dengan lebih terperinci dalam pemfailan awam kami kepada Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti (“SEC”), salinannya boleh diperolehi dengan melayari laman web Perhubungan Pelabur kami di  http://investor.zynga.com atau di laman web SEC di www.sec.gov.

Sukatan Kendalian Utama

Kami menguruskan perniagaan kami dengan mengesan beberapa sukatan kendalian, termasuk DAU Mudah Alih. “DAU Mudah Alih,” yang mengukur pengguna aktif harian bagi permainan mudah alih kami, direkod dan dianggarkan oleh sistem analisis dalaman kami. Kami menentukan DAU Mudah Alih dan sukatan kendalian lain dengan menggunakan data dalaman syarikat berdasarkan kepada penjejakan aktiviti akaun pengguna. Kami juga menggunakan maklumat yang diberikan oleh pihak ketiga, termasuk log masuk rangkaian pihak ketiga yang disediakan oleh penyedia platform, untuk membantu kami mengesan sama ada seseorang pemain yang telah log masuk di bawah dua atau lebih akaun pengguna yang berbeza adalah individu yang sama.

DAU Mudah Alih. Kami mendefinisikan DAU Mudah Alih sebagai bilangan individu yang memainkan satu daripada permainan mudah alih kami pada hari tertentu. Purata DAU Mudah Alih untuk satu tempoh tertentu adalah purata bagi DAU Mudah Alih bagi setiap hari dalam tempoh tersebut. Di bawah sukatan ini, seseorang individu yang bermain menggunakan dua permainan mudah alih yang berbeza pada hari yang sama dikira sebagai dua DAU. Kami menggunakan DAU Mudah Alih sebagai satu ukuran bagi penglibatan audiens.

MAU Mudah Alih. Kami mendefinisikan Pengguna Aktif Bulanan Mudah Alih (MAU) sebagai bilangan individu yang memainkan satu daripada permainan mudah alih kami dalam tempoh 30 hari yang berakhir dengan tarikh pengukuran. Di bawah sukatan ini, seseorang individu yang bermain dua permainan mudah alih yang berbeza dalam jangka masa 30 hari yang sama dikira sebagai dua MAU Mudah Alih. Kami menggunakan maklumat yang disediakan oleh pihak ketiga untuk membantu kami mengenal pasti individu yang bermain permainan mudah alih yang sama bagi mengurangkan penduaan ini. Bagaimanapun, oleh kerana kami tidak selalu mempunyai data log masuk rangkaian pihak ketiga untuk menghubungkan seseorang individu yang telah bermain di bawah beberapa akaun pengguna, seseorang pemain boleh dikira sebagai MAU Mudah Alih berganda. Purata MAU Mudah Alih untuk sesuatu tempoh tertentu adalah purata bagi MAU Mudah Alih pada setiap akhir bulan semasa tempoh tersebut. Kami menggunakan MAU Mudah Alih sebagai satu ukuran bagi saiz audiens permainan.

 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20200805005030/en/

Hubungi

Perhubungan Pelabur Zynga:
Rebecca Lau
Investors@zynga.com

Media Zynga:
Sarah Ross
Sarah@zynga.com

Sumber : Zynga

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.