ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  INDUSTRI INSURANS HAYAT DAN TAKAFUL MENGGESA PEMEGANG POLISI / SIJIL UNTUK MENGEMASKINI MAKLUMAT PENAMA

Monday 10/08/2020



Pihak industri menyeru pemegang polisi/sijil dan penama untuk mengemas kini rekod bagi mempercepat proses pembayaran faedah kematian.

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) and Persatuan Takaful Malaysia (MTA) bersama-sama dengan ahli-ahli syarikat Persatuan menggesa pemegang polisi / sijil untuk mengemaskini maklumat penama mereka untuk mempercepat pembayaran faedah kematian pada masa akan datang.

Dalam beberapa minggu akan datang, LIAM dan MTA akan melaksanakan program khidmat masyarakat yang bertujuan untuk mempercepat pembayaran tuntutan kematian kepada yang layak dan memastikan lebih banyak rakyat Malaysia bakal menikmati faedah perlindungan insurans dan takaful.

Program khidmat masyarakat ini yang akan bermula hari ini merangkumi komunikasi melalui surat yang dialamatkan kepada pemegang polisi / sijil atau penama bagi meminta mereka untuk menghubungi syarikat insurans atau pengendali takaful masing-masing untuk maklumat lebih lanjut.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LIAM, Mark O'Dell, butiran maklumat waris terdekat pemegang polisi / sijil adalah penting untuk membolehkan syarikat menghubungi mereka dan membayar faedah kematian dengan cara yang lebih efisien.

Terdapat banyak kes di mana penama yang tidak menyedari bahawa didapati ada polisi hayat atau sijil takaful yang berkuat kuasa bagi ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Dalam kes tersebut, syarikat insurans atau pengendali takaful tidak dapat mengenal pasti tuntutan yang berpotensi.

Beliau mengulas lanjut, "Syarikat insurans atau pengendali takaful akan menghubungi pemegang polisi / sijil untuk mengemas kini maklumat peribadi mereka. Surat dari syarikat insurans atau pengendali takaful akan dihantar ke alamat terakhir yang terdapat di dalam rekod, termasuk polisi / sijil yang telah luput. Kami menggesa pemegang polisi / sijil atau penama untuk memberi maklumbalas dengan menghubungi syarikat insurans atau pengendali takaful bagi mengemas kini maklumat yang diperlukan”.

Encik Azli Munani, Ketua Pegawai Eksekutif / Setiausaha Eksekutif MTA berkata, "Kegagalan membuat penamaan yang diperlukan  mungkin akan  menyekat tujuan perlindungan insurans / takaful. Ini kerana tanpa penamaan, ia akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan dokumen rasmi dari mahkamah bagi mendapatkan hak  untuk membuat tuntutan. Tambahan pula, penama mungkin tidak memahami cara membuat tuntutan dengan betul”. Tambah beliau, “Kedua-dua Persatuan dan ahli mereka akan bergerak secara aktif mempromosikan kepentingan penamaan kepada masyarakat bagi memastikan pemegang polisi / sijil ambil tahu mengenai komunikasi ini dan mengambil tindakan sepatutnya bagi mengemaskini maklumat penama untuk polisi insuran dan sijil takaful mereka. "

Oleh kerana inisiatif ini akan menjadi usaha berterusan pihak industri, pemegang polisi / sijil amatlah digalakkan untuk sentiasa mengemaskini butiran penama mereka supaya syarikat insurans atau pengendali takaful boleh berhubung sekiranya mereka menyedari terdapat sebarang potensi tuntutan.

Sebagai alternatif, ahli keluarga juga boleh menghubungi ahli persatuan LIAM atau MTA secara terus untuk sebarang pertanyaan lanjut seperti berikut:

Talian Hotline/e-Mel Ahli Persatuan Insurans Hayat Malaysia 

Dilampirkan soalan-soalan lazim mengenai penamaan untuk rujukan.  

Sementara itu, LIAM dan MTA ingin menasihati agar orang ramai untuk terus berwaspada terhadap penipuan yang mungkin timbul dari inisiatif ini. Jenis penipuan ini boleh dipromosikan dalam pelbagai bentuk melalui media sosial, e-mel atau panggilan telefon yang menyamar sebagai pegawai dari syarikat insurans atau pengendali takaful. Oleh itu, orang ramai digalakkan menghubungi terus syarikat insurans atau pengendali takaful masing-masing bagi mendapatkan maklumat dan penjelasan lanjut. Pihak Persatuan menegaskan bahawa, ahli persatuan LIAM dan MTA tidak akan pernah meminta pemegang polisi/sijil untuk mengemaskini maklumat atau butiran akaun melalui SMS, panggilan telefon, e-mel, media sosial atau aplikasi pemesejan. Pemegang polisi / sijil dinasihatkan untuk mengabaikan mesej tersebut dan jangan sekali-kali mendedahkan maklumat kewangan, PIN atau TAC anda kepada sesiapa sahaja. Ini adalah untuk melindungi pemegang polisi / sijil daripada menjadi mangsa memancing data (phishing), pencurian identiti atau perisian hasad (malicious malware). Sentiasa berhati-hati agar tidak menjadi mangsa penipuan.
 
Mengenai LIAM 
Ditubuhkan pada tahun 1974, Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) merupakan persatuan perdagangan yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966. LIAM mempunyai 14 ahli, yang mana daripada jumlah ini 14 adalah syarikat insurans hayat dan 2 syarikat insurans semula hayat.
 
Objektif LIAM ialah mempromosikan industri insurans hayat yang progresif; meningkatkan pemahaman dan kesedaran orang ramai tentang insurans hayat; meningkatkan imej dan profesionalisme industri insurans hayat serta menyokong pihak-pihak berkuasa kawal selia dalam membangunkan industri yang teguh.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Puan Nancy Tan
Setiausaha Eksekutif
Tel: 03 –2691 6628/ 6168
Faks: 03 –2691 7978
Emel: liaminfo@liam.org.my
Website: www.liam.org.my
Facebook: LIAM – Life Insurance Association of Malaysia


Mengenai MTA
 
Persatuan Takaful Malaysia (MTA) telah ditubuhkan pada November 2002 di bawah Akta Pertubuhan 1966. Ia merupakan persatuan perdagangan yang mewakili semua 18 pengendali Takaful dan Retakaful berlesen di negara ini. Objektif dan kuasa MTA adalah untuk menggalakkan kepentingan ahli-ahlinya untuk mengetuai dan mengawasi pengawalseliaan kendiri dalam industri Takaful. 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Encik Azli Munani
Ketua Pegawai Eksekutif/ Setiausaha Eksekutif
Tel: +603-2031 8160
Faks: +603-2031 8170
Emel: mtasecretariat@malaysiantakaful.com.my
Website: www.malaysiantakaful.com.my
Facebook: Malaysian Takaful Association 


SUMBER: Persatuan Insurans Hayat Malaysia / Persatuan Takaful Malaysia

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.