NEW YORK, 12 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Moody's Corporation (NYSE: MCO) hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperolehi saham minoriti di dalam Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC), sebuah agensi penarafan kredit yang memberi perkhidmatan kepada pasaran bon dan sukuk domestik Malaysia. Pelaburan itu memperkukuhkan kehadiran Moody’s di Asia Tenggara dan merentasi pasaran bon domestik di seluruh dunia, dan memajukan kedudukan mereka sebagai sebuah pemimpin di dalam kewangan Islam.
Berpangkalan di Kuala Lumpur, MARC merangkumi institusi korporat dan kewangan, dengan kekuatan penting di dalam infrastruktur dan pembiayaan projek. Sebagai tambahan kepada perkhidmatan penarafan mereka, MARC menyediakan penyelidikan ekonomi dan pendapatan tetap, penyelesaian risiko kredit, penawaran yang berkaitan dengan kemapanan dan program latihan dalam talian yang berkaitan dengan kewangan.
“Pasaran bon domestik Malaysia yang mantap memberikan satu peluang yang menarik untuk Moody's, dan kami sangat teruja untuk membina di atas perkongsian kami dengan MARC dan portfolio mereka yang sedang meningkat bagi penarafan dan perkhidmatan,” kata Wendy Cheong, Pengarah Urusan dan Ketua bagi Perkhidmatan Pelabur Moody’s di Asia Pasifik.
Pelaburan itu mengukuhkan kehadiran Moody’s di Malaysia, satu pasaran penting di dalam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Malaysia mempunyai pasaran bon korporat domestik yang terbesar di rantau itu dan telah mewujudkan dirinya sebagai sebuah hab global bagi kewangan Islam, dengan pasaran sukuk yang terbesar di dunia.
“MARC adalah sebuah pemimpin di dalam ruang penarafan sukuk, setelah menilai penerbitan sukuk korporat tunggal yang terbesar dan sukuk penting yang lain,” kata Datuk Jamaludin Nasir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARC. “Kerjasama strategik ini dengan Moody’s memperdalamkan komitmen MARC terhadap pembangunan pasaran modal Malaysia yang lestari.”
MARC dinobatkan sebagai Agensi Penarafan Islam Terbaik dalam Anugerah Kewangan Islam Global dalam enam dari tujuh tahun yang lalu – pada tahun 2014, dan setiap tahun dari tahun 2016 sehingga 2020.
Pelaburan itu melengkapkan liputan penarafan dan penyelidikan rentas sempadan Moody’s yang sedia ada di Malaysia serta aktiviti jangkauan pasaran mereka, termasuk persidangan tahunan Inside ASEAN dan Taklimat Kewangan Islam mereka yang diadakan di Kuala Lumpur.
MARC akan terus beroperasi sebagai sebuah entiti bebas dan akan kekal diasingkan daripada Perkhidmatan Pelabur Moody’s dan proses dan aktiviti penarafan kredit mereka.
Pelaburan itu dibiayai dengan tunai dan dijangka tidak memberi kesan yang ketara terhadap hasil kewangan Moody’s untuk tahun 2020.
MAKLUMAT MENGENAI MOODY’S CORPORATIONMoody's (NYSE: MCO) adalah sebuah firma penilaian risiko bersepadu global yang memberi kuasa kepada organisasi untuk membuat keputusan yang lebih baik. Data, penyelesaian analisis dan pandangan kami membantu pembuat keputusan untuk mengenal pasti peluang-peluang dan menguruskan risiko di dalam menjalankan perniagaan dengan orang lain. Kami percaya bahawa ketelusan yang lebih besar, keputusan yang lebih tepat, dan akses yang adil kepada maklumat membuka pintu kepada kemajuan yang dikongsi bersama. Dengan mempunyai lebih 11,200 orang pekerja di lebih 40 buah negara, Moody's menggabungkan kehadiran antarabangsa dengan kepakaran tempatan dan pengalaman lebih satu abad di dalam pasaran kewangan. Ketahui lebih lanjut di
moodys.com/about.
KENYATAAN “SAFE HARBOR” DI BAWAH AKTA PEMBAHARUAN LITIGASI SEKURITI PERSENDIRIAN 1995Kenyataan tertentu yang terkandung di dalam siaran media ini adalah berbentuk kenyataan yang berpandangan ke hadapan dan adalah didasarkan kepada jangkaan, rancangan dan prospek masa hadapan bagi perniagaan dan operasi Moody’s Corporation (“Syarikat” itu) yang melibatkan beberapa risiko dan ketidaktentuan. Kenyataan sedemikian mungkin termasuk, antara lain perkataan, “percaya”, “mengharapkan”, “menjangkakan”, “berhasrat”, “merancang”, “akan", “meramalkan”, “berpotensi”, “meneruskan”, “strategi”, “bercita-cita”, “sasaran”, “ramalan”, “projek”, “anggaran”, “sepatutnya”, “boleh”, “mungkin” dan ungkapan atau kata-kata dan variasi yang serupa yang menyampaikan sifat-sifat prospektif bagi peristiwa atau hasil yang lazimnya menunjukkan ia kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu dan maklumat lain di dalam siaran media ini dibuat pada tarikh tersebut dan Syarikat itu tidak berkewajipan (atau tidak berhasrat) untuk menambah, mengemaskini atau menyemak semula kenyataan-kenyataan sedemikian secara terbuka dan secara terus menerus, sama ada akibat daripada perkembangan seterusnya, mengubah jangkaan atau sebaliknya, kecuali seperti yang diperlukan oleh undang-undang atau peraturan yang berkenaan. Berhubung dengan peruntukan “safe harbor” bagi Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995, Syarikat itu mengenal pasti contoh-contoh faktor, risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza, mungkin dari segi bahan, daripada yang ditunjukkan oleh kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini. Faktor-faktor, risiko dan ketidakpastian tersebut termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kesan COVID-19 terhadap turun naik di Amerika Syarikat dan pasaran kewangan dunia, terhadap keadaan ekonomi umum dan pertumbuhan KDNK di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia, dan kepada operasi Syarikat itu sendiri dan kakitangannya. Banyak faktor lain yang boleh menyebabkan hasil sebenar untuk berbeza daripada pandangan Moody’s, termasuk gangguan pasaran kredit atau kelembapan ekonomi, yang boleh mempengaruhi volum hutang dan sekuriti lain yang diterbitkan di pasaran modal domestik dan/atau global; perkara lain yang boleh mempengaruhi volum hutang dan sekuriti lain yang diterbitkan di pasaran modal domestik dan/atau global, termasuk peraturan, kebimbangan kualiti kredit, perubahan di dalam kadar faedah dan turun naik lain di pasaran kewangan seperti yang disebabkan oleh ketidakpastian ketika syarikat-syarikat beralih dari LIBOR dan Brexit; tahap aktiviti penggabungan dan pengambilalihan di Amerika Syarikat dan di luar negara; keberkesanan yang tidak menentu dan kemungkinan akibat cagaran daripada tindakan Amerika Syarikat dan kerajaan asing yang mempengaruhi pasaran kredit, perdagangan antarabangsa dan dasar ekonomi, termasuk yang berkaitan dengan tarif dan halangan perdagangan; kebimbangan di tempat pasaran yang menjejaskan kredibiliti kami atau sebaliknya mempengaruhi persepsi pasaran mengenai integriti atau utiliti bagi penarafan agensi kredit bebas; pengenalan produk atau teknologi yang bersaing oleh syarikat lain; tekanan harga daripada pesaing dan/atau pelanggan; tahap kejayaan bagi pembangunan produk baharu dan pengembangan global; kesan daripada peraturan sebagai sebuah NRSRO, potensi bagi undang-undang dan peraturan baharu Amerika Syarikat, negeri dan perundangan tempatan, termasuk peruntukan di dalam Akta Pembaharuan Wall Street dan Perlindungan Pengguna Dodd-Frank (“Dodd-Frank”) dan peraturan-peraturan yang dihasilkan daripada Dodd-Frank; potensi untuk peningkatan persaingan dan peraturan di Kesatuan Eropah dan bidang kuasa asing yang lain; pendedahan kepada litigasi yang berkaitan dengan pendapat penarafan Perkhidmatan Pelabur Moody’s, serta tindakan litigasi yang lain, prosiding kerajaan dan badan kawal selia, penyiasatan dan pertanyaan yang mungkin dikenakan terhadap Syarikat itu dari semasa ke semasa; peruntukan di dalam perundangan Dodd-Frank yang mengubah piawaian rayuan, dan peraturan Kesatuan Eropah yang mengubah piawaian liabiliti, yang diguna pakai kepada agensi penarafan kredit di dalam satu cara yang buruk kepada agensi penarafan kredit; peruntukan bagi peraturan Kesatuan Eropah yang mengenakan syarat prosedur dan substantif tambahan mengenai penetapan harga bagi perkhidmatan dan pengembangan remit penyeliaan untuk memasukkan penarafan bukan Kesatuan Eropah yang digunakan bagi tujuan pengawalseliaan; kemungkinan kehilangan pekerja penting; kegagalan atau kerosakan bagi operasi dan infrastruktur kami; apa-apa kelemahan kepada ancaman siber atau kebimbangan keselamatan siber yang lain; keputusan daripada sebarang kajian semula dengan mengawal pihak berkuasa cukai bagi inisiatif perancangan cukai global Syarikat itu; pendedahan kepada kemungkinan sekatan jenayah atau pemulihan sivil sekiranya Syarikat itu tidak mematuhi undang-undang dan peraturan asing dan Amerika Syarikat yang terpakai di dalam bidang kuasa di mana Syarikat itu beroperasi, termasuk perlindungan data dan undang-undang privasi, undang-undang sekatan, undang-undang anti-rasuah dan undang-undang tempatan yang melarang pembayaran rasuah kepada pegawai kerajaan; kesan daripada penggabungan, pengambilalihan atau gabungan perniagaan lain dan keupayaan Syarikat itu untuk mengintegrasikan perniagaan yang diperolehi itu dengan jayanya; turun naik mata wang dan pertukaran mata wang asing; tahap aliran tunai masa depan; tahap pelaburan modal; dan satu kemerosotan di dalam permintaan untuk peranti pengurusan risiko kredit oleh institusi kewangan. Faktor-faktor, risiko dan ketidakpastian ini serta risiko dan ketidakpastian lain yang boleh menyebabkan keputusan sebenar Moody’s untuk berbeza secara material daripada yang dipertimbangkan, dinyatakan, disasarkan, dijangkakan atau yang tersirat di dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu pada masa ini, atau di masa depan boleh, diperkuatkan oleh wabak COVID-19 dan dijelaskan dengan lebih terperinci di bawah “Faktor Risiko” dalam Bahagian I, Perkara 1A bagi laporan tahunan Syarikat itu pada Borang 10-K bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2019, laporan suku tahunannya pada Borang 10-Q untuk suku tahun yang berakhir pada 31 Mac 2020, dan dalam pemfailan lain yang dibuat oleh Syarikat itu dari semasa ke semasa dengan SEC atau bahan-bahan yang digabungkan di sini atau di dalamnya. Pemegang saham dan pelabur diingatkan bahawa terjadinya mana-mana daripada faktor, risiko dan ketidakpastian ini boleh menyebabkan keputusan sebenarnya Syarikat itu untuk berbeza daripada yang dipertimbangkan, dinyatakan, disasarkan, dijangkakan atau yang tersirat di dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan, yang mungkin mempunyai bahan dan kesan buruk terhadap perniagaan Syarikat itu, keputusan operasi dan keadaan kewangan. Faktor-faktor baharu mungkin muncul dari semasa ke semasa, dan tidak mungkin bagi Syarikat itu untuk meramalkan faktor-faktor baharu, ataupun Syarikat boleh menilai kesan potensi bagi sebarang faktor baharu yang ada di dalamnya.