Peminat akan menerima satu berkas bonus yang eksklusif pada pelancaran rasmi permainan ituSAN FRANCISCO, 14 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini,
Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah pemimpin dunia di dalam hiburan interaktif, mengumumkan bahawa permainan mudah alih 3-perlawanan magik mereka,
Harry Potter: Puzzles & Spells telah membuka pra-pendaftaran di Google Play. Dilesenkan secara rasmi dari Warner Bros. Interactive Entertainment dan diterbitkan di bawah label Portkey Games, peminat boleh melayari
www.harrypotterpuzzlesandspells.com dan Google Play untuk membuat pra-pendaftaran bagi permainan itu.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200813005148/en/“Dengan
Harry Potter: Puzzles & Spells, kami akan menggembirakan peminat dengan watak, bunyi dan kisah yang tidak dapat dilupakan daripada buku-buku dan filem-filem asal itu,” kata Bernard Kim, Presiden bagi Penerbitan, Zynga. “Tetapi kami juga membawa lebih banyak dimensi kepada genre 3-perlawanan itu. Pemain akan memperoleh XP dan menjadi lebih hebat, memperoleh dan meningkatkan jampi serapah, terlibat di dalam acara-acara khas dan berhubung dan bersaing di antara satu sama lain melalui ciri-ciri Kelab.”
Pemain yang membuat pra-pendaftaran akan menjadi di antara yang pertama dimaklumkan apabila permainan itu dilancarkan secara rasmi. Sepanjang minggu pertama selepas pelancaran, pemain yang memuat turun permainan itu bagi peranti Android atau iOS mereka akan dengan serta-merta menerima Berkas Selamat Datang, mengalu-alukan mereka dengan hadiah istimewa dan peningkatan kuasa yang akan membantu permainan mereka. Berkas itu akan juga merangkumi satu item khusus untuk avatar dalam permainan mereka, yang mengenal pasti mereka sebagai peminat sejati bagi Dunia Sihir.
Harry Potter: Puzzles & Spells meraikan daya tarikan untuk cabaran dan misteri di dalam Dunia Sihir dengan permainan teka-teki 3-perlawanan pertama mereka untuk peranti mudah alih. Dengan menggabungkan permainan teka-teki 3-perlawanan yang berinovatif dengan magik, pemain akan menemui detik-detik paling ikonik dan wajah-wajah yang tidak dapat dilupakan dari filem-filem asal Harry Potter. Permainan itu akan juga menampilkan rakaman muzik filem asal dan rakaman suara asal dari filem-filem untuk watak-watak termasuk Hagrid, Dumbledore, Profesor McGonagall dan Sorting Hat. Melangkah ke tahap teka-teki yang menarik, pemain akan menggunakan ramuan, jampi serapah dan keupayaan magik dan objek-objek yang lain dalam perjalanan mereka melalui Dunia Sihir. Pemain boleh menyertai sebuah kelab dengan rakan-rakan penggemar dan bekerjasama pada strategi teka-teki, berkongsi kehidupan dan bersaing untuk hadiah-hadiah dalam Acara-acara Kelab eksklusif.
Harry Potter: Puzzles & Spells akan dapat dimainkan bagi peranti iOS dan Android di seluruh dunia, serta di Amazon Kindle dan Facebook. Untuk maklumat lanjut dan bagi membuat pra-pendaftaran untuk
Harry Potter: Puzzles & Spells, sila layari
www.harrypotterpuzzlesandspells.com. Untuk maklumat lanjut dan bagi berhubung dengan peminat lain, ikuti kami di
Facebook,
Instagram dan
Twitter.
Maklumat mengenai ZyngaZynga adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif dengan satu misi untuk menghubungkan dunia menerusi permainan. Sehingga kini, lebih daripada satu bilion orang telah memainkan francais Zynga termasuk
CSR Racing™,
Empires & Puzzles™,
Merge Dragons!™,
Merge Magic!™,
Toon Blast™,
Toy Blast™ dan
Words With Friends™. Permainan Zynga boleh didapati di lebih daripada 150 buah negara dan boleh dimainkan merentasi platform sosial dan peranti mudah alih di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2007, syarikat itu beribu pejabat di San Francisco dengan mempunyai lokasi di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, India, Turki dan Finland. Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.zynga.com atau ikuti Zynga di
Twitter,
Instagram,
Facebook atau di
blog Zynga.
Maklumat mengenai Warner Bros. Interactive Entertainment Warner Bros. Interactive Entertainment, satu bahagian dari Warner Bros. Home Entertainment, Inc., adalah sebuah penerbit, pemaju, pemberi lesen dan pengedar ulung di seluruh dunia bagi kandungan hiburan utama untuk ruang interaktif merentasi semua platform, termasuk konsol, genggam, mudah alih dan berasaskan permainan komputer untuk kedua-dua tajuk permainan dalaman dan permainan pihak ketiga.
Maklumat mengenai Portkey Games Portkey Games, dari Warner Bros. Interactive Entertainment, adalah sebuah label permainan yang dikhususkan untuk mewujudkan pengalaman Dunia Sihir mudah alih dan permainan video yang baharu yang menempatkan pemain di tengah-tengah pengembaraan mereka sendiri, yang diilhamkan oleh cerita asal J.K. Rowling. Portkey Games menawarkan kepada pemain dengan peluang untuk membuat pilihan naratif mereka sendiri dan terlibat dengan tetapan Dunia Sihir untuk mencipta pengalaman baharu dan unik. Label itu dicipta untuk membawa pemain dan peminat dengan pengalaman permainan baharu yang membolehkan mereka untuk menyelidiki ke dalam keajaiban Dunia Sihir dalam cara yang mendalam di mana mereka dapat menentukan kisah Dunia Sihir mereka sendiri.
Kenyataan yang Berpandangan ke HadapanSiaran akhbar ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang berkaitan, antara lain, dengan nama, butiran pra-pendaftaran dan faedah, rangka masa pengeluaran, dan butiran permainan bagi satu permainan Harry Potter yang akan datang. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan seringkali merangkumi perkataan seperti “pandangan,” “ujuran,” “dirancang,” “bermaksud,” “akan,” “menjangka,” “percaya,” “sasaran,” “mengharapkan,” dan kenyataan dalam bentuk kala kelak yang lazimnya berpandangan ke hadapan. Pencapaian atau kejayaan bagi perkara yang diliputi oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu melibatkan risiko, ketidaktentuan, dan andaian yang signifikan. Kebergantungan yang tidak wajar tidak boleh diletakkan kepada kenyataan yang berpandangan ke hadapan seperti itu, yang didasarkan pada maklumat yang ada kepada kami pada tarikh tersebut. Kami tidak berkewajipan untuk mengemas kini kenyataan tersebut. Maklumat lanjut mengenai risiko, ketidaktentuan dan andaian ini adalah atau akan dijelaskan dengan lebih terperinci di dalam pemfailan awam kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”), salinannya boleh diperolehi dengan melayari laman web Perhubungan Pelabur kami di
http://investor.zynga.com atau laman web SEC di
www.sec.gov.
WIZARDING WORLD, HARRY POTTER Publishing Rights © J.K. Rowling. HARRY POTTER: PUZZLES & SPELLS, PORTKEY GAMES, WIZARDING WORLD dan watak-watak HARRY POTTER, nama dan tanda yang berkaitan © dan ™ Warner Bros. Entertainment Inc. ™ Zynga Inc. Semua Hak Cipta Terpelihara.
LOGO WBIE, WB SHIELD: ™ & © Warner Bros. Entertainment Inc. (s20)
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200813005148/en/HubungiDana Whitney
dwhitney@zynga.comSumber : ZyngaTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA