ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  KAWS DENGAN KERJASAMA ALLRIGHTSRESERVED MEMPERSEMBAHKAN: DETIK BERSEJARAH UNTUK COMPANION DAN MENANDAKAN ULANG TAHUN KE-20 KEWUJUDANNYA

Monday 17/08/2020



NEW YORK, 17 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Untuk hentian kelimanya pada 16 Ogos 2020 (10pm EDT) KAWS: HOLIDAY SPACE akan mengembara ke angkasa! Sejak 2018, projek KAWS:HOLIDAY telah mendarat di Seoul, Taipei, Hong Kong dan Jepun yang telah menarik khalayak global. Bekerjasama sekali lagi dengan rakan usaha sama lama AllRightsReserved, KAWS:HOLIDAY kini akan berlepas. Khalayak dari seluruh dunia boleh mengembara bersama COMPANION apabila dia memulakan perjalanan menjangkaui atmosfera kita. Ikuti perjalanan mencergaskan COMPANION apabila dia melihat Bumi dari sudut pandang baharu.  

Untuk <KAWS:HOLIDAY SPACE>, COMPANION akan memakai sut angkasawan dan membawa perum belon ke ketinggian 41.5 kilometer (136,296 kaki) untuk memasuki Stratosfera. Selepas mencapai kelajuan yang amat tinggi, pengembaraan COMPANION akan mencapai kemuncak dengan aktiviti berjalan pada graviti sifar selama 2 jam dalam ruang tidak penduduk sebelum kembali ke Bumi. Keseluruhan proses penjelajahan mengambil masa kira-kira 8 jam dari persediaan untuk pelancaran, berlepas sehinggalah pendaratan.  Penjelajahan ini dirakamkan dengan kamera video panorama 360 darjah yang menangkap detik bersejarah COMPANION dan menandakan kewujudannya yang ke-20 tahun.  

KAWS selalu memikirkan tentang perkara yang boleh dibuat oleh arca. “Terlalu banyak projek telah dibatalkan tahun ini. Saya mahu mencipta arca yang boleh dialami dengan selamat dari rumah. Oleh sebab tahun ini menandakan 20 tahun sejak saya mencipta COMPANION, saya cuba mencari jalan mengatasi semua batasan dan melakukan sesuatu yang istimewa. Saya berasa begitu terbatas beberapa bulan lalu dan mencipta projek seperti ini telah benar-benar memberi saya peluang untuk melepaskan diri.”
 
Siaran Video KAWS:HOLIDAY SPACE  
Pada IG KAWS: @kaws
Pada IG AllRightsReserved: @arr.allrightsreserved
Pada Facebook AllRightsReserved: @AllRightsReserved
 
Artis terkenal antarabangsa KAWS yang telah menempa namanya di Brooklyn, New York, telah mengadakan pameran seni di seluruh dunia. Beliau melukis tengkorak dan mata XX pada peti cahaya pengiklanan, pondok telefon, perhentian bas, yang kemudiannya menjadi tanda pengenalannya.  Karya KAWS mempunyai impak yang kuat terhadap budaya visual kontemporari, dan mempunyai permintaan yang tinggi di Eropah, Amerika dan Jepun.

Ditubuhkan dalam tahun 2003, AllRightsReserved (ARR) merupakan studio kreatif yang berpangkalan di Hong Kong.  ARR memulakan kerjasama jangka panjangnya dengan artis kontemporari Amerika terkemuka dunia KAWS sejak KAWS:PASSING THROUGH pada tahun 2010 dan diteruskan pada KAWS:HOLIDAY-Arca boleh kembung gergasi, COMPANION, yang dipamerkan dalam pelbagai kedudukan santai di lokasi yang berbeza, termasuklah Korea (Julai 2018), Taipei (2019) Januari), Hong Kong (Mac 2019) dan Jepun (Julai 2019).

Six Degrees PR Hong Kong
Telefon #:    852-3150-8280
E-mel:         info@sixdegrees.com.hk

Multimedia yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di:

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/a59419f2-2ca3-4932-8c9c-09fe612767db

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/00fc20fa-1bd3-4449-a959-4798eeccb2e2

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/cdfbd164-7937-406b-a3cf-8036142021c0

Sumber: AllRightsReserved Ltd.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.