ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  HILLSTONE NETWORKS MENGUMUMKAN SATU PENYELESAIAN PENYAMPAIAN APLIKASI BAGI JAMINAN KESINAMBUNGAN PERNIAGAAN DAN PENGALAMAN PELANGGAN

Wednesday 19/08/2020



SANTA CLARA, Calif., 19 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hillstone Networks, sebuah penyedia terkemuka bagi penyelesaian Keselamatan Rangkaian Perusahaan dan Pengurusan Risiko, mengumumkan pengeluaran global bagi Alat Kawalan Penyampaian Aplikasi Hillstone (ADC), satu penyelesaian berprestasi tinggi yang direka untuk memberikan pengalaman aplikasi yang paling optimum kepada pengguna.

ADC Hillstone menyampaikan aplikasi ketersediaan tinggi dan meningkatkan akses pengguna, produktiviti dan pengalaman secara keseluruhan. Ia menyampaikan migrasi IPv6 dan transformasi HTTPS yang bukan disruptif, dengan prestasi pemprosesan SSL yang ekstrem melalui sebuah teknologi pecutan perkakasan yang khusus. Ia menampilkan penghantaran aplikasi yang selamat akhir ke akhir melalui teknologi keselamatan on-board dan bersama dengan produk keselamatan Hillstone yang lain.

Ciri-ciri dan Faedah Penting

• Opsyen Pengimbang Muatan Fleksibel: Lapisan 4 hingga 7 server pengimbang muatan (SLB), rangkaian pengimbang muatan (LLB) dan server global pengimbang muatan (GSLB) untuk memastikan ketersediaan dan kesinambungan perniagaan.
• Pencepatan Laman Web dan Aplikasi: Mengurangkan pemindahan data, masa muatan, server sambungan dan server membaca/menulis untuk meningkatkan kelajuan tindak balas keseluruhan dan dengan itu, pengalaman pengguna.
• Pemprosesan SSL berasaskan perkakasan: Lepas beban SSL berasaskan perkakasan mengurangkan beban kerja server pengkomputeran untuk prestasi yang lebih baik, membolehkan pemeriksaan penuh bagi trafik untuk meningkatkan keselamatan dan menyediakan transformasi HTTPS dengan hanya sedikit perubahan yang diperlukan.
• Migrasi IPv6 Berimpak Rendah, Lengkap: Menyokong IPv6 dengan hampir tidak memerlukan perubahan rangkaian atau server, meminimumkan kerumitan bagi peralihan kepada IPv6.
• Penyampaian Aplikasi yang Sangat Selamat: Bekerja dengan NGFW Hillstone dan teknologi keselamatan yang lain bagi sebuah keselamatan akhir ke akhir daripada akses kepada pusat-pusat data.
 
“Hillstone memperkenalkan satu peralihan paradigma di dalam pasaran penyampaian aplikasi dengan pelancaran produk ADX siri AX,” kata Tim Liu, Ketua Pegawai Teknologi dan Pengasas Bersama Hillstone Networks. “Beban kerja dan pengguna pada hari ini memerlukan satu penyelesaian yang melengkapkan persekitaran sedia ada dan menangani ketersediaan, kebolehcapaian dan keperluan keselamatan yang tinggi bagi penyampaian aplikasi moden.”

Maklumat mengenai Hillstone Networks

Penyelesaian Keselamatan Rangkaian Perusahaan dan Pengurusan Risiko Hillstone Networks menyediakan kebolehlihatan, kecerdasan, dan perlindungan untuk memastikan perusahaan boleh melihat secara menyeluruh, memahami secara menyeluruh, dan bertindak pantas terhadap ancaman siber. Diiktiraf oleh penganalisis terkemuka dan dipercayai oleh perusahaan global, penyelesaian Hillstone meliputi perusahaan dari pinggir ke awan dan pada masa yang sama memperbaiki jumlah kos bagi pemilikan. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.hillstonenet.com

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/52268070/en

Hubungi

Zeyao Hu
Pengurus Pemasaran
inquiry@hillstonenet.com

Sumber : Hillstone Networks

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.