ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  PENYUMBERAN ASIA PASIFIK MEROSOT PADA S2 DISEBABKAN KEBIMBANGAN PANDEMIK

Friday 21/08/2020



Pasaran serantau merosot sebanyak dua angka, lebih sukar berbanding rekod S2 pada tahun lepas

SYDNEY, Australia, 21 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Asia Pasifik, rantau penyumberan luar yang terkecil di dunia dari segi nilai hubungan mengalami penurunan terbesar dalam industri pada suku kedua tahun ini, apabila perkhidmatan terurus merosot akibat pandemik COVID-19, menurut laporan keadaan industri terkini daripada Information Services Group (ISG) (Nasdaq: III), peneraju firma penyelidikan dan penasihat teknologi global.

ISG Index™ yang mengukur kontrak penyumberan luar komersial dengan nilai kontrak tahunan (ACV) sebanyak US $5 juta atau lebih, mendapati pasaran gabungan rantau ini – pasaran perkhidmatan terurus dan pasaran berasaskan awan sebagai perkhidmatan – menurun sebanyak 24 peratus berbanding tahun lepas, kepada US $1.9 bilion disebabkan kebimbangan pandemik dan juga perbandingan yang sukar dengan rekod tinggi pada suku kedua tahun lepas.

Pasaran juga kelihatan merosot di seluruh papan, apabila perkhidmatan terurus jatuh menjunam sebanyak 47 peratus, kepada US $529 juta dengan penurunan sebanyak 42 peratus dalam penyumberan luar IT (ITO), kepada US $477 juta dan penurunan sebanyak 71 peratus dalam penyumberan luar proses perniagaan (BPO) kepada US $52 juta. Penurunan sebagai-perkhidmatan kurang teruk, turun 9 peratus berbanding tahun lepas kepada US $1.4 bilion. Dalam segmen ini, infrastruktur-sebagai-perkhidmatan (IaaS) menurun sebanyak 7 peratus kepada US $1.2 bilion manakala perisian-sebagai-perkhidmatan (SaaS) menurun sebanyak 23 peratus, kepada US $165 juta. Sebagai-perkhidmatan yang lazimnya menguasakan pertumbuhan di rantau ini, mengalami suku tahun paling lemah sejak suku keempat tahun 2018.

“Di Asia Pasifik, kami sudah menjangkakan hasil tidak sekata sepanjang tahun ini, memandangkan saiz relatif pasaran dengan sebagai-perkhidmatan memastikan rantau ini secara umumnya pada landasan meningkat. Namun, bukan pada suku tahun ini,” ujar Scott Bertsch, rakan kongsi dan ketua rantau, ISG Asia Pasifik. “Pandemik ini menyebabkan kemudaratan di rantau, dengan pasaran gabungan kurang 16 peratus dari suku pertama disebabkan aktiviti urus niaga yang semakin perlahan. Walaupun begitu, terdapat urus niaga yang ketara, termasuklah pemilihan IBM dan Red Hat oleh Bharti Airtel untuk membina awan rangkaian telekomunikasinya yang baharu.”

Prestasi Separuh Tahun Pertama

Pada separuh tahun pertama, pasaran gabungan ACV Asia Pasifik menurun sebanyak 11 peratus berbanding tahun sebelumnya. ACV Perkhidmatan Terurus menurun sebanyak 39 peratus disebabkan kekurangan urus niaga yang besar. ITO mengalami separuh tahun pertama ACV paling lemah sejak tahun 2010. Dalam segmen ini, kedua-dua pembangunan dan penyelenggaraan aplikasi (ADM) dan infrastruktur ACV jatuh mendadak. ACV untuk BPO, yang dari segi sejarahnya hanya merupakan segmen kecil di Asia Pasifik, merosot sebanyak 54 peratus bagi separuh tahun pertama. ACV perkhidmatan terurus merosot di seluruh pasaran geografi utama pada separuh tahun pertama.

Sementara itu, Sebagai-Perkhidmatan meningkat hampir 5 peratus pada separuh tahun pertama, namun kadar pertumbuhannya telah berkurang daripada pertumbuhan sebanyak 27 peratus yang dicatatkan pada separuh tahun pertama 2019. IaaS terus menunjukkan pengukuhannya, walaupun kadar pertumbuhannya agak perlahan, sementara ACV SaaS menurun sebanyak 16 peratus.

“Persaingan dalam ruang IaaS kekal sengit apabila penskala hiper awan bersaing untuk pasaran perusahaan,” ujar Bertsch. “Pada suku kedua, pengeluar dan peruncit tenaga Australia, AGL memeteraikan urus niaga dengan Microsoft dalam satu dorongan bercita-cita untuk memasukkan sistem perniagaannya ke dalam awan pada tahun 2022. Selain itu, AWS bekerjasama dengan Infosys dan DXC untuk membantu Kmart-Australia bersedia untuk mengalihkan aplikasi rangka utamanya ke dalam awan AWS.”

Ramalan Global

ISG meramalkan pertumbuhan berturutan yang kecil untuk pasaran dunia gabungan pada suku ketiga dan keempat tahun 2020. Untuk sepanjang tahun ini, firma menjangkakan pasaran perkhidmatan terurus akan menurun sebanyak 7.5 peratus, lebih sedikit berbanding penurunan sebanyak 7 peratus yang diramal untuk suku pertama tahun 2020.

Perihal ISG Index™

ISG Index™ dikenali sebagai sumber berwibawa bagi penyelidikan pasaran industri teknologi global dan perkhidmatan perniagaan. Bagi 71 suku tahun berturut-turut, ISG Index™ telah memperincikan data dan aliran industri terkini untuk penganalisis kewangan, pembeli perniagaan, pembekal perisian dan perkhidmatan, firma guaman, universiti dan media. Pada tahun 2016, ISG Index telah dikembangkan untuk merangkumi liputan pasaran sebagai-perkhidmatan yang berkembang pantas dan mengukur kesan signifikan perkhidmatan berdasarkan awan terhadap transformasi perniagaan digital. ISG juga menyediakan analisis berterusan automasi dan teknologi digital lain dalam pembentangan suku tahun ISG Index. 

Perihal ISG

ISG (Information Services Group) (Nasdaq: III) peneraju firma penyelidikan dan penasihat teknologi global. Sebagai rakan kongsi perniagaan yang dipercayai bagi lebih 700 pelanggan, termasuk lebih 75 daripada 100 perniagaan teratas di seluruh dunia, ISG komited untuk membantu syarikat, organisasi sektor awam dan pembekal perkhidmatan dan teknologi untuk mencapai kecemerlangan operasi dan pertumbuhan yang lebih pantas. Firma ini mengkhusus dalam perkhidmatan transformasi digital, termasuk automasi, analitis awan dan data, penasihat penyumberan; tadbir urus terurus dan perkhidmatan risiko; perkhidmatan pembawa rangkaian; reka bentuk strategi dan operasi; pengurusan perubahan; penyelidikan pasaran dan penyelidikan dan analisis teknologi. Ditubuhkan pada tahun 2006 dan berpangkalan di Stamford, Conn., ISG mempunyai lebih 1,300 profesional berkemahiran digital yang beroperasi di lebih 20 negara—pasukan global yang terkenal dengan pemikiran inovatif, pengaruh pasaran, kepakaran industri dan teknologi yang mendalam dan keupayaan penyelidikan dan analitis bertaraf dunia, berdasarkan data pasaran industri yang paling menyeluruh. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.isg-one.com.

Maklumat Hubungan Akhbar:
Will Thoretz, ISG
+1 203 517 3119
will.thoretz@isg-one.com
Jim Baptiste, Matter Communications untuk ISG
+1 978 518 4527
jbaptiste@matternow.com

SUMBER: Information Services Group, Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.