ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 08, 2024 -Rabu

 
  PEMANDU TRAK CHINA YANG MEMECUT LAJU SEPANJANG BEBERAPA KILOMETER DALAM SEBUAH TRAK YANG BAKAL MELETUP MENERIMA SEBUAH FAW J7 SETELAH NYARIS TERBUNUH

Friday 21/08/2020



Table

(Foto: Business Wire)


XINMIN, China, Ogos 21 (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Menurut laporan media China, pada 14 Julai 2020, satu insiden yang mendebarkan telah berlaku di Bandar Xinmin Liaoning China: sebuah trak yang sedang terbakar meluncur keluar dari berhampiran sebuah stesen minyak, merentasi jalan ke suatu lokasi yang sejauh mungkin. Badan trak itu hampir sepenuhnya dijilat oleh api besar, ketika nyalaan api melambung pada ketinggian lebih 2 meter, seolah-olah akan meletup pada bila-bila masa. Beberapa minit kemudian, trak itu meletup di luar kawasan pinggir bandar di tengah-tengah asap yang bergulung.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200819005798/en/

Selepas kemalangan itu, Sun Gang, seorang pemandu trak yang melalui detik-detik cemas telah menerima pelawaan bagi satu temu bual. Beliau berkata bahawa kebakaran trak itu adalah berpunca daripada kesilapan dalam kimpalan pembaikan, ditambah dengan kejadian tiba-tiba dan cuaca yang panas terik yang menjadikan kebakaran itu tidak terkawal. Melihatkan insiden letupan yang bakal berlaku, beliau telah mengambil keputusan untuk mempertaruhkan nyawa beliau, menahan bahang api dan gelombang haba yang sedang marak dan memandu kenderaan yang sedang terbakar itu keluar dari bandar itu.

Kejadian itu telah tersebar ke rangkaian sosial oleh warga siber China, dan dengan itu menarik perhatian sosial yang meluas, secara keseluruhan pembacaan dalam talian telah mencapai 100 juta, dan Sun Gang telah dipuji sebagai seorang “pahlawan kontemporari”. Namun, pahlawan ini terjerumus ke dalam satu krisis kehidupan selepas kejadian itu, oleh kerana trak yang meletup itu adalah harta paling mahal bagi seluruh keluarga beliau.

Beberapa hari kemudian, Sun Gang telah menerima satu panggilan telefon daripada pengeluar trak itu. Beliau telah dimaklumkan bahawa beliau akan menerima satu hadiah khas daripada pengeluar trak itu FAW Jiefang – sebuah trak FAW J7 terbaharu yang mempunyai 550 kuasa kuda.

Pembantu Pengurus Besar FAW, Pengerusi FAW Jiefang dan Setiausaha Jawatankuasa Parti Hu Hanjie telah menyampaikan kepada Sun Gang kunci bagi kenderaan baharu itu.

Sun Gang berkata, “Saya hanya seorang lelaki biasa. Apabila satu kemalangan tiba-tiba berlaku, saya tidak sempat untuk berfikir panjang, melainkan untuk memandu kenderaan itu menghala keluar. Saya percaya bahawa tidak ada orang yang terlibat akan cuba membahayakan orang lain.”

Adalah dilaporkan bahawa FAW Jiefang adalah sebuah jenama trak yang dibangunkan secara persendirian oleh China, mempunyai 7 juta pengguna, dan berada pada kedudukan No.1 daripada segi jumlah penjualan di dunia bagi jenama trak tugas sederhana dan berat pada tahun 2018 dan 2019. FAW Jiefang bersedia untuk membantu lebih ramai pemandu lori yang mengalami masalah keluarga disebabkan oleh penyakit dan bencana untuk memulakan pengembaraan baharu di masa hadapan di seluruh dunia, dan terus menerus mengamalkan nilai dan kepercayaan bermurah hati bagi jenama itu. (Facebook @ chinafawtruck)

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200819005798/en/

Hubungi

FAWTRUCKS
Liu TianLi
marketing_cv@faw.com.cn

Sumber : FAW Jiefang

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.