ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  CLEVERTAP MENAMAKAN ABHISHEK GUPTA SEBAGAI KETUA PEGAWAI PELANGGAN

Friday 21/08/2020



Abhishek Gupta, Chief Customer Officer, CleverTap (Photo: Business Wire)
Abhishek Gupta, Ketua Pegawai Pelanggan, CleverTap (Foto: Business Wire)
 

Veteran Perkhidmatan Profesional SaaS akan Mempelopori proses Onboarding atau membiasakan pelanggan dengan produk atau perkhidmatan baharu dan Mewujudkan Keseronokan Pelanggan

MOUNTAIN VIEW, Calif., 21 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- CleverTap, platform kitaran hayat pelanggan dan pengekalan pengguna terkemuka yang dikuasakan oleh AI, hari ini mengumumkan pelantikan Abhishek Gupta sebagai Ketua Pegawai Kejayaan Pelanggan. Encik Gupta membawa bersama lebih 18 tahun pengalaman dalam kejayaan pelanggan dan SaaS yang beliau akan terapkan ke arah mempercepatkan momentum CleverTap sebagai sebuah penyedia utama bagi penyelesaian penglibatan dan pengekalan pelanggan di dalam landskap teknologi pemasaran mudah alih yang kompetitif.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200820005124/en/

“Sebagai sebuah organisasi yang mengutamakan pelanggan, melabur di dalam pertumbuhan bagi pasukan kejayaan pelanggan kami adalah amat penting,” kata Sunil Thomas, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif di CleverTap. “Abhishek memiliki pengalaman yang luas di dalam kejayaan pelanggan dan rekod prestasi yang terbukti dalam membina pasukan dan proses yang membolehkan syarikat untuk mendapatkan nilai terbaik daripada pelaburan SaaS mereka. Kami teruja kerana mempunyai beliau di CleverTap, dan saya secara peribadi tidak sabar bagi beliau untuk menambahkan kejayaan bagi pasukan Kejayaan Pelanggan kami yang berprestasi tinggi.”

Encik Gupta adalah seorang pemimpin perniagaan yang berpengalaman dan telah memimpin sejumlah perniagaan SaaS dan Internet dengan satu tumpuan besar pada kejayaan pelanggan dan dengan itu membina perniagaan dengan pertumbuhan tinggi. Sebelum ke CleverTap, Gupta telah mengetuai kejayaan pelanggan dan pasukan perkhidmatan profesional di Asia bagi Sprinklr, sebuah syarikat Pengurusan Pengalaman Pelanggan yang terkemuka, di mana beliau memungkinkan transformasi digital merentasi ke seluruh pemasaran, pengiklanan, penyelidikan, penjagaan, dan penglibatan bagi sebilangan jenama global dan serantau yang berprestij. Sebagai Ketua Pegawai Operasi untuk syarikat-syarikat portfolio di Trilogy, Gupta telah mengetuai operasi bagi sekumpulan perniagaan organik dan perolehan di dalam bidang platform pembangunan aplikasi, penyelesaian automasi proses fungsian, dan peranti produktiviti. Encik Gupta memiliki MBA dari IIM Bangalore dan ijazah dalam B.Tech dalam Computer Sc dan Engg dari IIT (BHU).

Pelantikan Gupta adalah sebahagian daripada strategi pertumbuhan berterusan CleverTap dalam memanfaatkan penyelesaian satu pusingan pembiayaan Siri C bernilai $35 Juta yang diketuai oleh Tiger Global Management dan Sequoia.

“Ketika perniagaan terus berkembang di dalam penyesuaian mereka dengan keadaan global, adalah lebih penting sekarang untuk memberikan sentuhan manusia kepada teknologi,” kata Abhishek Gupta, Ketua Pegawai Pelanggan di CleverTap. “Kami sebagai sebuah syarikat adalah terlalu memikirkan untuk mencipta nilai perniagaan yang strategik bagi pelanggan CleverTap dan membolehkan mereka untuk berjaya di dalam landskap digital yang berubah dengan cepat. Saya amat teruja dan merasa istimewa untuk menyertai pasukan CleverTap bagi memperkukuh dan mempercepatkan bagaimana jenama-jenama global terlibat dan mengekalkan pengguna mereka.”

CleverTap membantu jenama digital pertama memaksimumkan nilai bagi aplikasi mudah alih mereka dengan memperibadikan pengalaman pelanggan dengan menggunakan data tingkah laku tepat masa dan pemodelan ramalan. CleverTap digunakan setiap hari oleh banyak pemasar terkemuka di dunia, merentasi pelbagai industri termasuk teknologi makanan, kewangan, e-dagang, media/hiburan, perjalanan, tiket, dan pengangkutan. Lebih daripada 8,000 aplikasi mudah alih daripada syarikat-syarikat termasuk Gojek, Disney+ Hotstar, Discovery Kids, Sony, Vodafone, Carousell, dan Cleartrip pada masa ini dioptimumkan dengan menggunakan CleverTap, yang mendorong tambahan pendapatan $2 bilion. Platform itu menjangkau ke lebih satu bilion peranti mudah alih.

Maklumat mengenai CleverTap

CleverTap adalah platform penglibatan dan pengekalan pelanggan terkemuka yang membantu jenama-jenama memaksimumkan nilai sepanjang hayat pengguna. Jenama-jenama pengguna di seluruh dunia yang mewakili lebih 8,000 aplikasi — termasuk Gojek, Disney+ Hotstar, Discovery Kids, Sony, Vodafone, Carousell, dan Cleartrip — mempercayai CleverTap untuk membantu mereka meningkatkan penglibatan dan pengekalan pengguna dan dengan itu meningkatkan pendapatan jangka panjang. CleverTap disokong oleh firma modal teroka terkemuka, termasuk Sequoia, Tiger Global Management, Accel, dan Recruit Holdings, dan ia beribu pejabat di Mountain View, Calif. dengan mempunyai pejabat di Amsterdam, Singapura, Dubai, dan Mumbai. Untuk maklumat lanjut, sila layari  clevertap.com atau ikuti kami di LinkedIn dan Twitter.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20200820005124/en/

Hubungi

CleverTap
Charles Orlando
415-513-5756
press@clevertap.com

Sumber : CleverTap

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.