ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  DATAIKU MENGUMPULKAN $100 JUTA UNTUK MEMPERLUASKAN KEPIMPINAN DI PASARAN AI PERUSAHAAN

Monday 24/08/2020



Stripes mengetuai Siri D ketika Tiger Global Management menyertai pelabur sedia ada Battery Ventures, CapitalG, Dawn Capital, FirstMark Capital dan ICONIQ


NEW YORK, 24 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, Dataiku, sebuah platform AI Perusahaan dan pembelajaran mesin terkemuka di dunia, mengumumkan satu pusingan pelaburan Siri D bernilai $100 juta yang diketuai oleh Stripes, dengan pelaburan utama oleh Tiger Global Management dan penyertaan daripada pelabur sedia ada Battery Ventures, CapitalG, Dawn Capital, FirstMark Capital dan ICONIQ. Pembiayaan itu diperolehi ketika Dataiku terus mendorong AI di dalam perusahaan, dengan memberi perkhidmatan kepada lebih 300 pelanggan yang memahami bahawa satu strategi AI kolaboratif dan akhir-ke-akhir adalah sangat penting kepada kejayaan mereka.

“Kepimpinan kami di dalam perusahaan AI terus menarik pelabur bertaraf dunia yang memahami bahawa penyelesaian dan pangkalan pelanggan Dataiku adalah benar-benar global dan kami berada pada kedudukan yang unik untuk membantu perniagaan merealisasikan potensi yang belum dimanfaatkan bagi AI untuk mengubah perusahaan itu,” kata Florian Douetteau, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Dataiku. “Di dalam sebuah pasaran perniagaan global yang digegarkan oleh perubahan yang telah dibawa oleh tahun 2020, AI telah terbukti menjadi satu elemen penting bagi kejayaan organisasi yang memacukan pertumbuhan perniagaan di dalam setiap pasaran menegak yang utama.”

Dataiku telah ditubuhkan pada tahun 2013 dengan misi untuk membawa pembelajaran mesin dan projek AI keluar dari makmal eksperimen dan memasukkan mereka ke dalam operasi harian yang benar-benar telah menjadi sesuatu yang sangat biasa di dalam sesebuah syarikat. Dataiku memberi perkhidmatan kepada beratus pelanggan di seluruh dunia, termasuk Schlumberger, GE Aviation, Sephora, Unilever, BNP Paribas, Premera Blue Cross, Kuka, dan Santander. Pasukan mereka telah berkembang kepada lebih 450 orang di seluruh dunia di New York, Paris, London, Frankfürt, Dubai, Amsterdam, Sydney, dan Singapura.

“Kemaraan bagi AI di dalam perusahaan telah bergerak dengan pantas daripada pengujikajian kepada pelaksanaan kehidupan sebenar pada skala pada tahun 2020, dan Dataiku berada di barisan hadapan bagi peralihan itu dengan produk yang paling komprehensif, selamat dan siap bagi perusahaan yang kami telah lihat di dalam penyelidikan kami yang sangat luas ke dalam pasaran ini,” kata Ron Shah, Rakan di Stripes. “Apa yang telah kami lihat di Dataiku bukan sahaja satu komitmen untuk membangunkan teknologi kental bagi pelanggan yang merangkumi hampir setiap industri dan geografi utama, tetapi mungkin yang lebih penting lagi, satu pasukan profesional yang berdedikasi dan organisasi global yang berusaha untuk memastikan kepercayaan, keselamatan dan ketahanan melalui pembelajaran mesin. Kami teruja kerana dapat menjadi sebahagian daripada kejayaan berterusan mereka melalui pelaburan ini,” kata Paul Melchiorre, Rakan Operasi di Stripes.

“Pasaran itu telah berterusan mengesahkan pendekatan usaha sama Dataiku sebagai cara terbaik untuk meraih manfaat daripada AI di sepanjang mana-mana organisasi,” kata Evgenia Plotnikova, Rakan di Dawn Capital. “Dan ketangkasan melalui AI tidak pernah menjadi satu keupayaan yang lebih penting di dalam perusahaan itu.”

Maklumat mengenai Dataiku

Dataiku adalah satu daripada platform AI dan pembelajaran mesin terkemuka di dunia, yang menyokong ketangkasan di dalam usaha data organisasi melalui AI yang kolaboratif, anjal, dan bertanggungjawab, kesemuanya pada skala perusahaan. Beratus syarikat menggunakan Dataiku untuk menyokong operasi perniagaan penting mereka dan memastikan mereka kekal relevan di dalam sebuah dunia yang berubah, termasuk model yang mendorong pengesanan penipuan, pencegahan pengeluaran pelanggan, penyelenggaraan ramalan, pengoptimuman rantaian bekalan, dan banyak lagi. Dataiku dibina untuk syarikat-syarikat yang ingin mendemokrasikan AI merentasi organisasi mereka, membawa ketangkasan dan kesediaan kepada perniagaan melalui penggunaan data oleh semua orang dari penganalisis sehingga kepada saintis data.

Maklumat mengenai Stripes

Stripes adalah sebuah syarikat ekuiti pertumbuhan terkemuka yang membawa satu pendekatan keusahawanan yang unik untuk melabur di dalam perniagaan Perisian dan Pengguna yang pertumbuhan tinggi di seluruh dunia. Selama lebih satu dekad, Stripes telah bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang menentukan pasaran untuk menyediakan kepada mereka dengan sokongan yang mereka perlukan bagi mempercepatkan pertumbuhan dan mencapai visi jangka panjang mereka. Misi Stripes adalah untuk memiliki satu budaya, satu set sumber dan kepakaran yang menyediakan kepada pengusaha dengan satu kelebihan yang tidak dapat ditandingi di pasaran yang berkembang pesat disebabkan oleh perubahan di dalam teknologi dan tingkah laku pengguna. Untuk maklumat lanjut mengenai Stripes, sila layari https://www.stripes.co/.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200823005026/en/

Hubungi

Laurel Toney
dataiku@strangebrewstrategies.com

Sumber : Dataiku

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.