ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 08, 2024 -Rabu

 
  PERTUMBUHAN 40 TAHUN BAGI ZON EKONOMI KHAS ZHUHAI: BANDAR-BANDAR SEZ BERGANDING BAHU UNTUK PEMBANGUNAN YANG LEBIH BESAR

Wednesday 26/08/2020

AsiaNet 85271

ZHUHAI, China, 26 Ogos, 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

China kali pertama melaksanakan Zon Ekonomi Khas (SEZ) pada tahun 1980 di kawasan pesisir tenggara, dengan Zhuhai menjadi satu daripadanya. Sebagai sebuah kawasan perintis di dalam pembaharuan dan pembukaan, melampaui insentif cukai kepada pelabur asing, SEZ menikmati prosedur kastam yang dipermudahkan dan kekangan kawal selia yang lebih sedikit.
 
Tahun ini menandakan ulang tahun ke-40 SEZ Zhuhai. Menurut Pejabat Penerangan bagi Perbandaran Zhuhai, “Dalam tempoh 40 tahun, Zhuhai telah menjadi satu daripada kota dengan ruang pembangunan yang paling luas, persekitaran dan dasar pembangunan terbaik di Delta Sungai Pearl.”

Pembukaan telah menjadikan Zhuhai lebih menarik dan membuka potensi mereka bagi pembangunan. Banyak syarikat yang dibiayai oleh asing telah datang ke kota itu di mana perusahaan berkualiti menikmati pertumbuhan yang pantas.

Kumpulan Print Rite, perusahaan yang dibiayai oleh Hong Kong, telah merebut peluang di SEZ dan mendirikan kilang pengeluaran riben pencetak Print Rite mereka di Zhuhai. He Liangmei, pengerusi bagi lembaga pengarah Print Rite Holdings Co., Ltd., berkata, “Berdekatan dengan Hong Kong dan Macau, Zhuhai mempunyai kos pembiayaan yang rendah untuk tanah dan buruh. Kerajaan itu telah menyokong syarikat-syarikat di dalam inovasi dan transformasi dan peningkatan.” Sekarang, syarikat itu telah mengeksport produk ke lebih 120 buah negara dan wilayah di seluruh dunia.

Mekanisme pengawalseliaan yang cekap dan pelepasan kastam yang mudah telah menjadikan Zhuhai sebagai sebuah destinasi popular bagi syarikat-syarikat multinasional. Pada suku pertama tahun ini, Zhuhai telah menandatangani lebih daripada 30 projek utama yang baharu yang mencakupi daripada pembuatan peralatan, bahan baharu, teknologi maklumat sehingga kepada farmaseutikal, yang nilainya melebihi 5.8 bilion USD.

Untuk mengekalkan modal dalam tempoh jangka panjang, bandar itu harus terus mengekalkan kelebihan perbandingan mereka dengan meningkat dan mengembangkan faedah yang ditawarkan mereka kepada pelabur. Untuk tujuan ini, Zhuhai telah mengenal pasti kelebihan strategi mereka yang seterusnya: memperkukuhkan kerjasama dengan Macau dan Shenzhen untuk membina sebuah hab bagi penguntukan sumber yang cekap seperti modal insan, teknologi dan pembiayaan.

Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macau itu telah menghubungkan Zhuhai, Hong Kong dan Macau dengan lebih dekat. Dengan Jambatan itu, perjalanan dari Zhuhai ke Hong Kong telah dipendekkan secara drastik dari 4.5 jam perjalanan kepada dalam masa satu jam.

Selepas pembukaan Jambatan itu, banyak syarikat barangan pengguna multinasional ingin mendirikan gudang di Zhuhai. Perusahaan menikmati kos tetap yang rendah dan perkhidmatan yang cekap di sini, serta keupayaan untuk mengakses bakat pengurusan dengan mudah.

Ding Liqiang sangat mengenali dengan anjakan seismik yang telah dibawa oleh infrastruktur ini ke Zhuhai. Ding datang ke Zhuhai untuk menubuhkan sebuah syarikat yang khusus di dalam perniagaan e-dagang rentas sempadan, yang telah mencatatkan kadar pertumbuhan jualan tahunan melebihi 50% sepanjang tempoh tiga tahun yang lampau. Ding percaya bahawa Zhuhai dapat menjadi sebuah hab logistik, sebuah tanah tinggi untuk perkhidmatan moden, dan sebuah pintu masuk baharu yang menghubungkan pasaran China dan luar negara.

Guo Yonghang, setiausaha bagi Jawatankuasa Parti Perbandaran Zhuhai, menyatakan bahawa untuk mengukuhkan kerjasama dengan Macau, Zhuhai tidak hanya menyediakan sokongan dasar dan memperluaskan bidang-bidang kerjasama, tetapi juga melakukan usaha yang lebih besar untuk membangunkan industri baru muncul, merancang untuk membina sebuah zon kerjasama yang mendalam di antara Guangdong dan Macau.

Sebagai satu bidang utama bagi kerjasama di antara Macau dan Zhuhai, Zon Perdagangan Bebas Hengqin di Zhuhai, telah mengumpulkan lebih daripada 440 pencapaian di dalam inovasi sistem dalam pembangunan selama 10 tahun. KDNK Zon itu sekarang berkembang pada purata kadar tahunan 64%.

Sekarang, kerjasama dengan Shenzhen telah meningkatkan lagi pertumbuhan Zhuhai. “Zhuhai mengambil inisiatif untuk menjalankan pemindahan sumber perindustrian di Shenzhen, menggalakkan aliran bagi faktor kelas atas, untuk membina sebuah sistem perindustrian moden dengan daya saing antarabangsa,” kata Guo.
 
Sumber: Pejabat Penerangan bagi Perbandaran Zhuhai

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.