ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  PULSE SECURE NAC EXTENDS ZERO TRUST NETWORK ASSURANCE AS USERS, ENDPOINTS AND IOT DEVICES RETURN TO A HYBRID WORKPLACE

Friday 28/08/2020



Pulse Policy Secure baharu menyampaikan pematuhan berterusan dengan kebolehlihatan, kawalan, pemulihan dan respons ancaman bagi titik akhir dan IoT yang dipertingkat

SAN JOSE, Calif., 28 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pulse Secure hari ini mengumumkan ciri baharu pada penyelesaian Network Access Control (NAC), Pulse Policy Secure (PPS), yang mempertingkatkan kebolehlihatan, pematuhan, pemulihan dan respons ancaman bagi peranti titik akhir dan IoT dengan semakin banyak organisasi melaksanakan fleksibiliti kerja jarak jauh secara meluas dengan pekerja dan peranti yang sedang kembali ke tempat kerja hibrid mereka. 

Tersedia secara berasingan atau sebagai sebahagian daripada Pulse Access Suite Plus, Pulse Policy Secure (PPS) ialah penyelesaian NAC taraf perusahaan yang mudah dilaksanakan, diurus dan diskalakan. Keluaran kemas kini tersebut merangkumi lebih daripada 30 ciri dan peningkatan baharu seperti sokongan untuk pengesanan dan respons titik akhir (EDR) tambahan dan vendor IoT / OT termasuk McAfee dan Nozomi.

Dengan banyak perniagaan yang membuka lebih banyak tetapan kerja yang diubah suai dan berjarak sosial secara perlahan-lahan dan mempercepat penggunaan sumber berbilang awan dan IT hibrid, organisasi sedang mengalami vektor serangan dan eksploitasi meningkat yang berasal daripada pendedahan peranti titik akhir dan IoT. Perkara yang diperlukan untuk memastikan produktiviti pengguna dan keselamatan maklumat dalam persekitaran kerja hibrid hari ini merupakan pengawasan peranti diurus dan tidak diurus yang lebih besar, pematuhan titik akhir yang dikembangkan dan keupayaan pemulihan dan cara menyatukan kawalan akses jarak jauh dan pada premis.

Dalam “2020 Endpoint and IoT Zero Trust Security Report, Cybersecurity Insider’s menyatakan keputusan tinjauan yang berikut: *
  • 66% menyaksikan “peningkatan hingga peningkatan signifikan” dalam impak insiden keselamatan titik akhir dan IoT sepanjang 12 bulan yang lalu, dengan 3 teratas merupakan perisian hasad, akses rangkaian dan jarak jauh yang tidak selamat dan kelayakan terjejas / pengesahan lemah.
  • 50% menjangkakan bahawa organisasi mereka “berkemungkinan besar” akan terjejas akibat serangan yang berasal daripada titik akhir atau IoT dalam 12 bulan akan datang.
  • 48% mempunyai “cara yang sederhana hingga berkemungkinan tiada” untuk meneroka, mengenal pasti dan bertindak kepada peranti tidak diketahui, tidak diurus atau tidak kukuh yang mengakses sumber rangkaian dan awan.
Penyelesaian Network Access Control yang moden memberikan kebolehlihatan ejen dan tanpa ejen, kawalan dasar akses mengikut konteks dan keupayaan respons ancaman bersepadu yang diperlukan untuk mencegah pendedahan titik akhir yang mendatangkan pencurian identiti, perisian hasad dan rangkaian terjejas. Industri yang dikawal atur, seperti perkhidmatan kewangan dan jagaan kesihatan, perlu tekun dalam menguatkuasakan pematuhan titik akhir dan mengasingkan akses IoT.

Mengikut laporan pasaran baharu ini oleh IDC, NAC ialah pasaran arus utama yang diramalkan akan berkembang sebanyak 10.7%, mencecah %1.9B menjelang 2024.** NAC telah berkembang daripada alat kawalan penerimaan untuk membolehkan titik akhir di premis dalam masa nyata, penerokaan peranti mudah alih dan IoT, penilaian, penguatkuasaan dan keupayaan pemulihan. Dalam laporan ini, Pulse Secure diberikan kedudukan antara vendor NAC hibrid 3 teratas oleh bahagian pasaran global - menawarkan fungsi 802.1X, bukan-802.1X yang berasaskan ejen, tanpa ejen. Bahagian “Who Shaped the Year” dalam laporan tersebut menonjolkan keupayaan Pulse Secure: ***

“Pulse Policy Secure (NAC) menawarkan barisan keupayaan yang lengkap, termasuk 802.1X dan bukan-802.1X, Klien ejen dan tanpa ejen dan pemprofilan rangkaian dengan UEBA yang memberikan fleksibiliti kepada perusahaan untuk melaksanakan pelbagai persekitaran IT hibrid. Hal ini menjadikan NAC Pulse Secure ideal untuk menyokong kes penggunaan yang meluas seperti: 802.1X berciri penuh, kebolehlihatan sahaja, BYOD berasaskan ejen (mereka menawarkan VPN dan MDM mudah alih) serta keselamatan IoT dan IT/OT. Dengan pelayan RADIUS terbina dalam, perkakas prestasi tinggi (hingga 50,000 sesi serentak), pengurusan berpusat (hingga 400 perkakas) dan penyepaduan ekosistem juga menyediakan manfaat kepada kebolehskalaan dan kebolehan saling kendali NAC.

Sebagai platform Secure Access, bersaing dengan Cisco, Fortinet dan HP, Pulse Secure menyediakan sebuah portfolio penyelesaian yang tersedia secara berasingan atau sebagai suite bersepadu untuk IT hibrid. Pulse Secure menawarkan ketiga-tiga teknologi akses selamat yang utama yang diiktiraf oleh IDC: VPN, NAC dan SDP. Dengan Klien, perkakas, pengurusan dan enjin peraturan yang disatukan, kefungsian bersilang ini membolehkan dasar korporat ditetapkan merentasi sebarang kombinasi penyelesaian. Dengan pandemik yang memaksa organisasi membuat penyesuaian untuk memberikan keutamaan untuk menyediakan daya kerja jarak jauh yang semakin meningkat, Pulse Secure berkebolehan untuk menyediakan penyelesaian yang komprehensif tanpa mengorbankan keperluan keselamatan di premis yang berterusan.”

”Di sebalik merit kebolehlihatan peranti dan penguatkuasaan akses, penyelesaian NAC moden semakin menjadi komponen yang kritikal untuk program akses selamat pelbagai aspek, dalam menyokong pelbagai kegunaan penting dan menambahkan nilai menerusi penyepaduan penting dengan teknologi keselamatan lain,” kata Peter Finale, penganalisis penyelidikan kanan untuk pasukan keselamatan IDC. “Pulse Secure adalah unggul dalam kalangan pemain platform Secure Access lain dalam penawaran keupayaan NAC hibrid yang meluas, kecerdasan peranti, kebolehskalaan dan penyepaduan penting sementara menyampaikan pengalaman pengguna, keselamatan titik akhir dan pengurusan akses merentasi penyelesaian NAC, VPN dan SDP.”

Ciri Baharu Mempertingkat Pematuhan Titik Akhir

“Keluaran terkini NAC Pulse Secure terus memajukan pelaksanaan, kebolehgunaan dan keupayaan respons ancaman sambil menyampaikan kefungsian taraf perusahaan,” kata Ganesh Nakhawa, pengarah penyelesaian portfolio di Pulse Secure. “Dengan cara unik kami untuk menawarkan pematuhan titik akhir dan keupayaan kesambungan dilindungi merentasi persekitaran mudah alih, rangkaian dan awan yang disatukan, organisasi boleh mengurangkan risiko keselamatan titik akhir dan IoT sambil memastikan produktiviti tanpa mengira tempat pekerja berada.”

Pulse Secure menawarkan portfolio penyelesaian Secure Access yang menyediakan kebolehgunaan, kebolehlihatan dan perancangan dasar Sifar Kepercayaan yang hebat untuk mendayakan akses pengguna dan peranti patuh yang lancar kepada aplikasi dan sumber merentasi persekitaran rangkaian dan awan yang teragih. Ciri dan peningkatan PPS versi 9.1R8 yang baharu termasuk:
  • Peningkatan pematuhan keselamatan titik akhir dengan vendor pengesanan dan respons titik akhir (EDR) yang terkemuka termasuk penyepaduan McAfee ePolicy Orchestrator (ePO) yang baharu. Hal ini membolehkan organisasi meletakkan akses berdasarkan peranan berdasarkan butiran atribut peranti yang disediakan oleh McAfee ePO, memasang klien McAfee ePO secara automatik jika tidak dikesan dan mengehadkan atau menyekat kesambungan berdasarkan amaran ancaman yang diterima daripada ePO seperti peranti tidak patuh atau terjejas.
     
  • Kemajuan penemuan peranti tanpa ejen dan penilaian postur keselamatan seperti pengecapan jari peranti pasif dikembang yang menggunakan protokol TCP dan SMB untuk mempertingkat kawalan akses titik akhir dan mengurangkan tugas klasifikasi pentadbiran.
     
  • Kebolehlihatan peranti dan respons ancaman yang lebih berkesan untuk persekitaran Sistem Kawalan Industri (ICS) berdasarkan klasifikasi peranti IoT/IIoT dan kawalan akses automatik berdasarkan pemberitahuan keterukan ancaman daripada vendor keselamatan IT dan OT seperti Nozomi.
     
  • Penambahbaikan UI pengurusan yang meringkaskan dan memperkemas tugasan pentadbiran seperti carian dan pilihan laporan tersuai yang baharu untuk mempercepat audit, penyiasatan dan wawasan operasi.
Pulse Policy Secure mempunyai perakuan FIPS 140-2 Tahap 1 dan diperakukan oleh Common Criteria untuk pelaksanaan meluas dalam aplikasi kerajaan, ketenteraan dan kontraktor kerajaan. Digunakan untuk memenuhi kawalan NIST 800-53 dan keperluan Comply-to-Connect, penyelesaian tersebut diperakukan pada DoD Unified Capabilities (UC) Approved Products List (APL) A.S. dan untuk J Joint Warfighting IT Interoperability (JTIC).

Program Naik Taraf NAC

Organisasi boleh memanfaatkan Program Trade-in oleh Pulse Secure untuk menggantikan penyelesaian NAC semasa daripada syarikat seperti Forescout, Cisco, Aruba dan Fortinet. Untuk maklumat lanjut, hubungi wakil jualan pada info@pulsesecure.net, 844-807-8573 atau hubungi penjual semula yang sah.

CIAPKAN INI: @PulseSecure, pada kedudukan 3 teratas dalam penyelesaian NAC hibrid oleh @IDC paling laris dijual, mengeluarkan kebolehlihatan keselamatan titik akhir dan IoT, peningkatan pengurusan dan pemulihan yang baharu untuk jaminan Sifar Kepercayaan #PulseSecure #NAC #SecureAccess #ZeroTrust #endpoint #security #WFH

* Sumber: 2020 Cybersecurity Insiders, Endpoint and IoT Security Report Dijalankan oleh Cybersecurity Insiders dan dikomisenkan oleh Pulse Secure, laporan tersebut meninjau 413 pembuat keputusan, pada Ogos 2020, merentasi beberapa industri termasuk perkhidmatan kewangan, jagaan kesihatan, pengilangan, teknologi tinggi, kerajaan dan pendidikan.
** Sumber: IDC, Worldwide Network Access Control Forecast, 2020–2024: Demand for Visibility Drives New Growth, Doc # US46280820, Mei 2020
*** Sumber: IDC Worldwide NAC Market Shares, 2019: Diverse Market Demands Expand NAC's Addressable Market, Doc # US46276020

Perihal Pulse Secure Pulse
Pulse Secure menyediakan penyelesaian Secure Access dipacu perisian yang mudah dan menyeluruh untuk orang, peranti, benda dan perkhidmatan yang meningkatkan kebolehlihatan, perlindungan, dan produktiviti bagi pelanggan kami. Suite dan platform SaaS kami menyepadukan awan, mudah alih, aplikasi dan akses rangkaian secara unik untuk mendayakan IT hibrid dalam dunia Sifar Kepercayaan. Lebih daripada 24,000 perusahaan dan pembekal perkhidmatan merentasi setiap vertikal mengamanahkan Pulse Secure untuk memperkasakan tenaga kerja mudah alih mereka untuk menyambung kepada aplikasi dan maklumat dengan selamat merentasi pusat data dan berbilang awan sambil memastikan pematuhan perniagaan. Ketahui lebih lanjut di www.pulsesecure.net.

Ikuti kami di @PulseSecure pada Twitter atau lawati kami di LinkedIn dan Facebook.


Orang Hubungan Media:

Tony Tan
Autonomy untuk Pulse Secure
tony@autonomy-consulting.com
+65 6570 9139

Sumber: Pulse Secure, LLC

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.